Mungkin untuk memenangi hati Azmin dan konco-konconya, Faekah dalam kenyataan di Media Selangorku telah mengarahkan Majlis Daerah Kuala Selangor merobohkan 7 billboard PM dan Menteri Pertanian yang didakwa didirikan dalam kawasan PBT berkenaan.
Tindakan ini juga dilihat sebagai satu proses pembersihan dosa-dosa kecurangan YDP MDKS Noraini Roslan yang memandai-manda meminda zoning status MBPJ (ketika menyandang jawatan Pengarah Perancang Bandar), lantas mencetuskan kontroversi dalam kelulusan projek pembangunan di atas padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya.
Bagai ingin menebus dosanya sewaktu menyandang jawatan Pengarah Perancang Bandar MBPJ dengan kesilapan besarnya meminda RTPJ2 yang seterusnya membawa kepada kelulusan pembangunan padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya, Noraini Roslan yang kini YDP MD Kuala Selangor mebuat peraturan baru.
MDKS telah mengeluar notis larangan kepada pasangan bukan muhrim duduk berdua-duan dalam pangung wayang.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman merayu agar Dr Hasan Ali memberi tempoh 30 - 45 hari bagi merealisasikan Debat PAS Vs JATI.
Melalui banner yang telah pun dipasang, debat tersebut dijadualkan berlangsung pada 11 Julai 2012 di suatu lokasi di kawasan DUN Meru.
Malahan juga, kegentaran Rani amat terserlah apabila mengalihkan perdebatan yang ditawarkan kepada timbalannya, Khalid Samad.
Sememangnya sedia maklum kepada pengetahuan umum bahawa Rani hanyalah Pesuruhjaya pada nama sahaja, walhal dari segi tindakan Khalid dilihat bertindak melebihi Pesuruhjaya.
Agak-agak di DUN mana yang menjadi sasaran Wan Azizah untuk membolehkan impiannya menjadi ADUN tercapai?
Jangan-jangan di Pulau Pinang kot?
Kalau di Pulau Pinang paling kurang pun tentu boleh jadi Timbalan Ketua Menteri I. Masakan Pakatan Rakyat nak biarkan Presiden PKR itu menjadi ADUN biasa.
Cuma yang agak meragukan ialah apakah PKR masih mempunyai pengaruh di Pulau Pinang.
Diteliti dari laporan dan foto yang tersiar di Utusan Malaysia, hanya seramai 200 orang yang hadir dalam Konvensyen Pilihanraya PKR Pulau Pinang yang berlangsung di Bayan Baru semalam.