Monday, February 27, 2012

Najib Takut Langau


Unggas di atas ialah langau dan yang paling ditakuti malah dibenci oleh PM DS Najib Razak. Ini dinyatakan oleh beliau dalam perhimpunan jentera pilihanraya BN Selangor, di Pelabuhan Klang yang berlangsung petang semalam.

Betapa seriusnya PM dalam hal ini hingga beliau memberi penekanan supaya semua orang tulis apa yang bakal dikatakannya.

Beliau kata, "kalau tak boleh jadi garam, jangan jadi langau". Maksudnya, garam boleh jadi pengawet kepada ikan daripada menjadi busuk. Sementara langau pula mempercepatkan proses ikan menjadi busuk. Dalam erti kata sebenar, kalau tak terpilih jadi calon, jangan sabotaj parti yang boleh membawa kekalahan kepada BN.

Apa pun, jangan dilupakan kepada mereka yang basah kuyup berhujan menunggu ketibaan PM ke majlis tersebut.


Hancusss!!!!! PAS Lebih Percaya Auta Ronnie Liu Dari Fakta Dr Rosli Che Mat


Dr Che Rosli Che Mat adalah seorang saintis nuklear, malah beliau juga adalah ahli PAS dan merupakan MP Hulu Langat, Selangor.

Berbanding dengan ADUN DAP Pandamaran, Selangor Ronnie Liu yang tidak diketahui asal usulnya (kerana tidak ada biodata peribadinya), pandangan Dr Che Rosli tidak diambil pakai oleh PAS sendiri.

Sedih..... PAS lebih percaya pada auta Ronnie Liu berbanding fakta Dr Che Rosli.

Nyata sekali PAS tidak bercakap dari sudut ilmu tapi dari perspektif politik yang boleh membawa kemunduran ummah.

Rakaman Deti-Detik Kerusi Melayang Di Padang Kota Yang Boleh Mencetuskan Pergaduhan Yang Lebih Besar

Ah Eng (bukan nama sebenar) di bawah bukan baling batu sembunyi tangan, tapi baling kerusi sembunyi tangan.

Perbuatan Ah Eng amat merbahaya dan boleh mencetuskan pergaduhan yang lebih besar, sebab perbuatan itu balingan yang tertumpu kepada crowd.







Najib Dedah Penyakit Pisang Layu Di Cabang PKR Badrulamin Bahron

Jelajah sehari PM DS Najib Razak ke Selangor pada bermula di DUN Sg Air Tawar, Sabak Bernam.

Di sana, Najib telah dimaklumkan bahawa pisang yang ditanam para petani telah diancam dengan penyakit pisang layu.

Kebetulan Badrulamin Bahron yang ditangkap khalwat dan dibelasah oleh 20 orang lelaki (seperti yang didakwa oleh Badrul sendiri) merupakan Ketua PKR Cabang Sabak Bernam.

Tatkala pisang petani menjadi layu, pisang Badrul tetap segar!

Selain Sg Air Tawar, Najib turut ke Sekinchan, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang dan Kapar.

Gambar di bawah adalah semasa Pelancaran Jentera Pilihanraya BN Selangor di Pelabuhan Klang.








Hadi Awang Tak Setuju Bab Nuklear Dirujuk Pada Fuziah Salleh


Gambar-Gambar Kandid Pemimpin-Pemimpin PAS

Anak Nik Aziz yang sorang ni, kalau nak korek hidung pun janganlah depan public. Lagi satu, jangan gunakan tangan kanan. Tanpa disedari nanti boleh aniaya orang lain bila bersalam.

Bagi MB Kedah dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor pula, tabiat mereka cium jari kanan. Ada sesiapa yang tahu apa sebabnya?


Sunday, February 26, 2012

Najib Sindir Badrulamin - Jentera BN Kena Kerja Kuat-Kuat Tapi Jangan Sampai Lewat, Nanti Kena Tangkap Khalwat


Hujan lebat tidak menghalang lebih 20,000 petugas Pilihanraya BN Selangor, berkumpul untuk mendengar amanat BN Selangor DS Najib Razak dan seterusnya menyempurnakan Pelancaran Jentera Pilihanraya BN Selangor.

Dalam nada sinikal (mungkin merujuk kepada Badrulamin Bahron), Najib mengingatkan jentera BN supaya bekerja kuat, tetapi jangan terlalu lewat hingga ke malam, takut nanti ditangkap khalwat.

Najib selanjutnya memberitahu, apabila orang-orang BN dalam keadaan kuat dan berani, maka beliau tidak teragak-agak akan mengadakan PRU.

Pelancaran Jentera BN Selangor telah berlangsung di Pelabuhan Klang petang tadi.