Tuesday, September 13, 2011

Kalau Tony Fernandes Guru Besar SRJK Tamil Pasti Dah Kena Buang Kerja

Kes 1

Andaikan Tony Fernandes seorang Guru Besar sebuah SRJK Tamil. Pada masa yang sama dia juga pemilik kedai buku tulis.

Jika dia arahkan murid-murid sekolahnya beli buku di kedai miliknya, boleh tak dia dipecat?

Kes 2

Tony Fernandes memiliki Queen Park Rangers dan pada masa yang sama beliau adalah pemegang saham utama MAS dan Air Asia.

Jika CEO kedua-dua membuat keputusan untuk menaja kelab EPL tersebut;
  • Apakah CEO syarikat berkenaan ditakrifkan sebagai pembodek, terpaksa atau suatu urusniaga yang adil
  • Bolehkah Tony Fernandes diambil tindakan undang-undang? Berikan alasan-alasan anda jika anda menjawab 'ya' atau 'tidak'.
Sebelum anda menjawab, anda disarankan membaca nota [INI]

Monday, September 12, 2011

Ucapan Politik Seorang Kanak-Kanak Di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru

Tahukah anda bahawa semasa Kongres Melayu 1, di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur, pada tanggal 1 Mac 1946 seorang kanak-kanak telah membuat rayuan terbuka kepada peserta-peserta kongres?

Rayuan kanak-kanak tersebut berbunyi:
"Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar"
Antara tokoh-tokoh yang lahir di 1930an ialah Nik Aziz (1931) dan Pak Lah (1939).

Siapa gerangan kanak-kanak berkenaan?

Tak mungkin Mat Sabu, sebab dia pun lahir pada 1954.

Isteri Mat Sabu Dilantik Sebagai CEO SIRIM?

Saya pernah menyarankan supaya SIRIM Berhad dikembalikan sebagai agensi kerajaan. [Baca SINI]

Suatu yang amat malang, apabila pengkorporatan SIRIM tidak memberikan sebarang perkara yang gah, berbanding Northport (bermula dengan KCT), TNB dan TM.

Dengan kekosongan kerusi CEO SIRIM, berikutan kematian Dato' Dr Yahaya Ahmad pada Julai yang lalu, maka seharusnya tempat itu diisi oleh seseorang yang innovatif lagi kreatif agar perubahan kepada institusi berkenaan.

Memang diakui memang agak sukar untuk membawa SIRIM dengan keuntungan besar, tetapi perlu diigat bahawa arwah Dr Yahaya Ahmad dikatakan sebagai CEO pertama yang datangnya dari dalam SIRIM sendiri. Mungkin itu satu percubaan untuk menghasil idea-idea baru dari kalangan dalam SIRIM sendiri, disamping memberi peluang kepada kenaikan pangkat dikalangan pengurusan kanan diperingkat dalaman.

Namun begitu, tidak kedengaran bahawa SIRIM dapat duduk sebaris dengan nama-nama besar seperti GLCs yang lain.

Oleh yang demikian, pilihan kepada kerajaan yang masih sebagai pemegang utama kepentingan SIRIM haruslah memikirkan sesuatu untuk membawa perubahan yang amat bermakna kepada SIRIM. Bukan mempertikaikan sumbangan SIRIM, tetapi hakikatnya badan itu harus dipandang sebagai suatu badan yang membawa keuntungan.

Kalau tak untung, lebih baik ia diletakkan semula sebagai badan berkanun dan kekal sebagai organisasi tidak berorientasikan keuntungan. Jika kerajaan memilih untuk mengekal status yang sedia ada, maka CEO baru yang berkelayakan haruslah dilantik mengisi kekosongan tersebut. Secara tidak langsung, bila SIRIM maju maka kakitangannya malah pengurusannya juga akan mendapat tempias dari kemajuan tersebut.

Sebagai sebuah institusi penetapan piawaian, jangan nanti timbul pula bunyi-bunyi sumbang, "alah..... SIRIM sendiri pun tak perform (tak untung)........".

p/s Isteri Mat Sabu merupakan bekas pegawai SIRIM

Hasrat Mat Sabu Untuk Mengubah Biografi Dirinya

Dr Koh Tsu Koon jangan membuang masa dan membazir wang untuk menaja Mat Sabu untuk belajar ke menara gading.

Sebabnya, otaknya semakin beku dan yang pasti namanya pasti tidak tersenarai di semeter berikutnya. Gerenti kena dismiss! Sejarah peribadinya telah membuktikan.

Malah yang paling dikhuatiri, jika dia lulus maka dia akan mengubah fakta biografi dirinya.
KUALA LUMPUR: Gerakan bersedia menawarkan biasiswa kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk mempelajari semula sejarah negara di universiti tempatan kerana beliau dilihat masih kurang arif mengenai sejarah negara. [mStar]

Sunday, September 11, 2011

Relakah Kita Jika Satu Lagi Pasukan Pengurusan Melayu Bakal Lenyap Menjelang 2013?

Cerita di kedai kopi mengatakan bahawa kontrak pajakan Northport Corporation Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) bakal tamat pada 2013.

Perlu diimbas kembali, bahawa Northport adalah hasil gabungan Klang Container Terminal (KCT) dengan Klang Port Management (KPM). Dalam pada itu, perlu diimbas kembali bahawa KCT adalah entiti pertama yang diswastakan, melalui pengenalan konsep penswastaan yang diilham oleh Tun Dr Mahathir.

Berbalik kepada hal tempoh kontrak pajakan yang bakal berakhir, timbul soksek yang mengatakan MMC juga berminat untuk mengambil tempat Northport, disamping PNB sendiri sebagai pemegang saham utama Northport yang semestinya ingin meneruskan pengurusan mereka.

Dalam pada itu, ada cerita yang tak sedap timbul yang kononnya kata dua telah diberikan kepada kerajaan oleh salah sebuah parti komponen BN yang khabarnya turut berminat. Alasannya, Gnanalingam mengurus Westport, manakala PTP diurus Syed Mokhtar. Jadi mereka mahu mereka juga diberi peluang.

Kalau benar hal ini telah menimbulkan kekecohan, rasanya molek benar kalau LPK mengambil semula pengurusan pelabuhan, atau PNB diberikan hak semula melalui Northport. Jika tiada sebarang kecacatan dan kelemahan yang ditunjukkan oleh Northport, rasanya tidak salah untuk memanjangkan pajakan.

Dari 'Usaha Jaya Mara' Ke 'Usaha Taqwa Mulia' Kini Bakal Diisytiharkan Universiti Diraja

Khabarnya Universiti Teknologi MARA bakal diisytiharkan sebagai Universiti Diraja pada 20/10/11.

Tunggukan pengumuman rasmi.

Apa pun, saya secara peribadi lebih senang memanggil UiTM dengan panggilan ITM kerana disitulah bermulanya survival.

Lagu rasmi ITM

Lagu rasmi UiTM

Kalau Boleh, Azmin Nak Snook PAS

Sebentar tadi singgah sebentar di restoran mamak untuk pekena teh tarik. Kebetulan, 2 orang sahabat yang dah lama tak jumpa, JM dan IJ sedang minum di situ.

JM dan IJ mempunyai watak berbeza. JM seorang yang jovial & havoc, sementara IJ seorang yang cool lagi low-profile dan banyak melakukan kerja-kerja di belakang tabir.

"Bro! Mari duduk di meja parlimen," jerit MJ. Lalu aku pun turut duduk di meja berkenaan.

Baru melabuhkan punggung, JM terus memulakan cerita politiknya.

"Itu hari aku naik kereta Mr Y (orang kuat PKR) dan dia terus bawa aku ke rumah Azmin Ali. Kau tau bro, Azmin kata kerusi DUN Pelabuhan Klang PAS dah minta untuk bertanding. Dalam pada tu, dalam PKR sendiri pun ada ramai yang hendak"

"Habis tu, apa kata Azmin?" tanyaku.

"Katanya, mana boleh. Pelabuhan Klang tetap PKR punya."

"Siapa bakal-bakal calon PKR?"

"Berebut bro. Suhaimi Penyelaras DUN sekarang mesti hendak. Begitu juga dengan calon ketua cabang yang kalah, Dato' Sheikh turut tengah buat kerja untuk kerusi tu. Tambah pula dengan permintaan PAS, maka dah jadi kecoh sikitlah. Silap-silap gaya Timbalan Ketua Cabang Hashim Mat Piah yang dapat,bukannya Boon Lai (Ketua Cabang) sebab tradisinya kerusi itu untuk calon Melayu"

"Ohhh....." balasku dan IJ turut menganggukkan kepala.