Sunday, January 8, 2017

Slogan Baru Pentadbiran Azmin Ali - 'Memparti Keadilan Rakyat'kan Ekonomi Negeri Selangor


MB Selangor DS Azmin Ali cuba mempotretkan dirinya dari sudut pandangan rakyat Selangor, kononnya beliau adalah seorang pemikir yang hebat, disamping punya etika dan urus tadbir yang baik dalam pembinaan negara bangsa.

Justeru sempena 2 tahun sebagai Menteri Besar, beliau telah meluncurkan buku yang didakwa ditulis olehnya dengan jodol 'Membangun Bangsa - Catatan Panduan Tentang Etika, Urus Tadbir dan Kenegaraan', pada 23 September 2016 yang lalu.

Berdasarkan dari jodol buku Azmin itu, cuba kita semak apakah ia selari dengan perlaksanaan terhadap pentadbirannya?



Foto atas dikhabarkan ialah mahligai yang dimiliki oleh Ketua AMK (Pemuda) PKR Ampang, Adam Rosly.

Heboh diperkatakan, selain memiliki mahligai seperti di atas, Adam dikatakan mempunyai beberapa unit kereta mewah, walhal umurnya yang dibawah 30an menjadi persoalan tentang keupayaan mengumpul harta ketika usia semuda itu.

Kebetulan pula, penemuan audit oleh Laporan Ketua Audit Negara 2015 keatas Majlis Perbandaran Ampang Jaya merumuskan sebagai hanya sekadar 'memuaskan' untuk aspek pengurusan perolehan PBT berkenaan, maka agak sukar bagi masyarakat untuk tidak mempertikaikan integriti dikalangan pemmpin-pemimpin PKR.

Malah telah menjadi perbualan umum tentang kebanyakan ahli-ahli PBT, bukan hanya di Ampang Jaya tetapi di PBT lain di Selangor.

Bak kata kawan-kawan, kalau dulu bagi cek tendang tetapi sekarang punya simpanan yang banyak (merujuk kepada seorang ahli majlis PBT).

Disamping itu, apabila pengambilalihan urusan sisa pepejal di beberapa PBT terpilih oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), ia dianggap sebagai permulaan kawalan mutlak Azmin terhadap agihan kontrak dan perolehan di semua PBT Selangor.

Jika itu terjadi, bermakna slogan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor akan bertuka kepada slogan baru, 'Memparti Keadilan Rakyatkan Ekonomi Selangor!

Thursday, January 5, 2017

Tiada Lagi Hak Istimewa Untuk Melayu Dibawah Pentadbiran Azmin Ali Di Selangor



Secara beransur-ansur, Kerajaaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran DS Azmin Ali menghapuskan hak keistimewaan Melayu.

Bermula dengan penghapusan diskaun harga rumah 7% kepada bumiputera, mulai tahun 2017 cukai tanah pertanian (rezab Melayu) telah dinaikkan hampir 200%.

Kalau dulu cukai tanah untuk satu lot tanah pertanian sebanyak RM33, kini telah dinaikkan kepada RM89.



Kenaikan ini adalah mengejutkan kerana ia tidak diumumkan oleh Azmin ketika pembentangan belanjawan Selangor 2017, melainkan beliau mengunjur pertambahan 13% dalam kutipan hasil yang disebut dalam ucapannya.

Untuk perbandingan unjuran hasil oleh Azmin ialah sebanyak RM2.55 bilion pada 2017, berbanding RM2.25 bilion hasil untuk tahun sebelumnya.

Bermakna peningkatan yang diunjurkan tersebut berjumlah RM300 juta,

Dari semakan dan perbandingan dengan bil cukai tanah kategori lain, didapati kenaikan hanya berlaku keatas tanah pertanian rezab Melayu dan tidak secara menyeluruh.

Memandangkan komposi keanggotaan jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang terdiri dari 6 orang Melayu (masing-masing 3 dari PKR dan PAS) tidak termasuk Azmin sebagai MB, membuktikan betapa lemahnya mereka untuk mempertahankan kenaikan cukai tanah pertanian rzab Melayu ketika berdepan dengan exco bukan Melayu ( 3 DAP dan 1 PKR).

Malang sungguh Melayu Selangor, keistimewaan Melayu tergadai disebabkan kelemahan PKR dan PAS.

Satu soalan kepada Azmin dan exco-exco Melayu PKR dan PAS, apakah tambahan hasil Selangor RM300 juta itu, adalah dari titik peluh masyarakat Melayu desa?