Saturday, March 31, 2012

Menjejak Kerosakan Yang Dibawa Dr Xavier Jayakumar Keatas Masjid Ar-Rahimiah, Bukit Lipat Kajang, Klang


Pada November 2009, blog GAP telah mendedahkan ADUN PKR Andalas Dr Xavier Jayakumar berada dalam dalam Masjid ArRahimiah, Bukit Lipat Kajang, Klang.

Perbahasan timbul, bila ada pendapat mengatakan boleh dan disatu pihak pula mengatakan tidak boleh orang bukan Islam berada dalam dewan solat.

Dipihak Xavier, beliau menganggap bahawa ia sekadar perjumpaan dengan rakyat dan menjurus kepada interaksi dengan rakyat.

Namun boleh dipertikaikan, sejauh mana perjumpaan tersebut membawa kepada ukhwah ahli kariah. Sebaliknya, ia lebih membawa kepada fitnah dan pertikaian sesama ahli kariah.


Semalam, Jumaat 30/3/12 ditempat Xavier berucap telah digenangi air. Lantaran itu, dewan solat utama tidak dapat digunakan untuk solat Jumaat.



Apakah banjir tersebut memberi maksud, dewan solat tersebut perlu disamak? Dalam pada itu, akhirnya solat Jumaat telah diadakan di tingkat atas masjid berkenaan.

BASAH...solat Jumaat  disempurnakan 
di tingkat satu dan dua Masjid Ar-Rahimiah selepas dewan solat utama dinaiki air, semalam.

Friday, March 30, 2012

Dasar Hindraf Manoharan - Bila Bercakap Bukan Main Keletah, Tapi Bila Rakyat Ditimpa Bencana, Jenguk Muka Pun Tidak

Bila bercakap bukan main keletah. Kononnya dialah anti-rasis dan kononnya dialah tokoh memperjuang dan membela nasib orang India. Tapi bila rakyat yang diwakili ditimpa bencana, langsung tak nampak muka.

Inilah dia M. Manoharan pelopor Hindraf dan ADUN Kota Alam Shah yang dimenanginya atas tiket DAP pada PRU12. Malah kemenangan Manoharan ketika PRU12, adalah ketika beliau masih didalam tahanan ISA.

Pagi tadi, dengan kejadian banjir di Jalan Mohd Yamin, Telok Gadong, Klang adalah ujian sebenarnya sebagai wakil rakyat. Rupa-rupanya dia hanya keletah bercakap, tetapi zero dalam kerja.

Bukan Manoharan sahaja, malah MP DAP Klang Charles Santiago pun berperangai sama.

Sebaliknya, yang muncul sebagai hero bagi kawasan itu ialah Ketua UMNO Cawangan Telok Gadong (berjeket kuning), iaitu insan dari parti yang begitu dibenci dan dimusuhi oleh Manoharan.

Sedar dengan bencana yang dialami oleh penduduk-penduduk di Telok Gadong, Haji Alkamal Alifollah yang juga Ketua Cawangan UMNO Telok Gadong, mengambil inisiatif menyediakan khemah sebagai pusat operasi bantuan mangsa-mangsa banjir disitu.

Alkamal dengan bantuan dan sokongan moral dari bekas wakil rakyat Ch'ng Su Chin menyediakan apa yang terdaya bagi mereka untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa-mangsa banjir.

Dengan permulaan wang poket sendiri, sebelum kehadiran team parti Gerakan Klang (diketuai oleh Ch'ng), Alkamal dengan dibantu oleh pasukan Bomba & Penyelamat menyediakan makanan untuk mangsa-mangsa banjir.

Selain Gerakan Klang, antara yang hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Klang dan pegawai dari ICU Jabatan Perdana Menteri. Tiada wakil dari kerajaan negeri, kecuali Pengerusi JKKK yang hanya sekadar datang menjenguk tanpa sebarang bantuan yang dihulur.

Nampaknya, selepas kejadian banjir di Lembah Jaya, Ampang, banjir di Klang juga menjadi bukti kelemahan kerajaan PR Selangor dalam mengurus bencana.

Khalid Ibrahim, tolong nafikan kenyataan ini.



Anwar Bawa Sial Ke Selangor

Rupanya selain Telok Gadong dan Pandamaran, dua kawasan lain yang terjejas dengan banjir kilat di daerah Klang ialah Kg Raja Uda dan Kg Delek.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 2 pusat pemindahan di Kg Raja Uda dan Kg Delek.

Nak tahu siapa wakil rakyat kedua-dua kampung berkenaan?

Kg Raja Uda berada dalam kawasan Pandamaran yang diwakili oleh ADUN DAP Ronnie Liu, sementara Kg Delek berada dalam kawasan Selat Klang yang diwakili oleh ADUN PAS Dr Halimah Ali (kedua-duanya bertanda bulat di dalam foto di atas).

Kedua-duanya adalah anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan kedua-duanya juga dikesan hadir di Konsert Panggil Hujan Anwar Ibrahim di Kuala Selangor.

Banjir Di Klang - Sekolah Dr Hasan Ali & Zahid Hamidi Terjejas Teruk

SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang dilanda banjir besar 2 kali dalam tempoh seminggu. Gambar atas yang dipetik dari Berita Harian adalah pada banjir yang pertama, berlaku pada Rabu lepas.

Menurut sebaran SMS Pengerusi Alumni sekolah berkenaan, banjir yang berlaku pagi tadi, telah merosakkan 21 cpu, pelbagai buku, perabut dan peralatan pejabat.

SMK Tengku Ampuan Rahimah merupakan tempat Dato' Dr Hasan Ali mendapat pendidikan awal menengah dan adalah sekolah yang harian No. 1 di Klang. Selain Hasan, antara tokoh-tokoh yang pernah mendapat pendidikan di sekolah ini ialah Menteri Pertahanan DS Zahid Hamidi, SUK Selangor Dato' Khusrin Munawi, ADUN Sementa Dato' Abdul Rahman Palil dan beberapa orang YDP (samada yang masih memegang jawatan atau bekas YDP serta bekas Dato' Bandar) PBT di Selangor.

Antara selebriti yang turut pernah belajar di sekolah ini ialah Ratu Rock Ella dan Saiful Apek.

Sementara itu, kawasan Telok Gadong merupakan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.



Meskipun bencana banjir ini merupakan ketentuan Illahi, namun persoalannya mengapa ia hanya melibatkan kawasan-kawasan DUN milik Pakatan Rakyat? Kawasan-kawasan yang diwakili oleh Ronnie Liu dan orang kuat Hindraf M. Manoharan terjejas teruk.

Ini seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena pada wakil-wakil rakyat DAP di kawasan-kawasan yang terlibat dalam mengurus pembangunan dan penyelenggaraan di kawasan masing-masing. Apatah lagi pengurusan PBT (Majlis Perbandiran Klang) adalah dibawah ahli-ahli majlis secara keseluruhan dikuasai oleh DAP serta rakan sekutu mereka PKR dan PAS.

Pelik Tapi Benar - Banjir Hanya Di kawasan DUN DAP

Hujan lebat di Klang sejak awal pagi telah mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di parlimen Klang.

Pelik tapi benar, daripada 3 kawasan DUN, 2 kawasan DAP iaitu Kota Alam Shah (Manoharan) dan Pandamaran (Ronnie Liu) telah dilanda banjir. Sementara kawasan BN Pelabuhan Klang (Badrul Hisham) tidak terjejas.

Gambar di atas diambil selepas subuh di kawasan Kota Alam Shah. Beberapa kawasan, khususnya sekolah-sekolah dilanda banjir teruk. Rakan sekolah anak saya yang telah berada awal di sekolah, telah menelefon dan memberitahu supaya jangan datang ke sekolah.

Sementara itu, di kawasan Pandamaran air turut naik. Kawasan perumahan di atas, tidak pernah banjir sejak dihuni 24 tahun lalu. Mengikut laporan rakan-rakan di Pandamaran, air naik hingga ke paras betis di beberapa tempat.

Yang peliknya, meskipun hujan lebat turun gambar atas yang diambil di kawasan BN Pelabuhan Klang, tidak menunjukkan kenaikan paras air yang luar biasa.

Dalam perkembangan yang sama, air turut naik di kawasan parlimen Kapar dan Kota Raja. Beberapa tempat di DUN Andalas (PKR - Dr Xavier Jayakumar) turut banjir. Begitu juga di Kapar, bila dilaporkan banjir di DUN Selat Klang (PAS - Dr Halimah Ali).

Banjir pun pandai pilih kawasan?

Thursday, March 29, 2012

Buah 'Peach' Pembuka Selera Dari Mahfuz Buat Anwar Ibrahim Sempena 'Impeachment'

Selepas sehari launch dengan Speaker Dewan Rakyat, Mahfuz terdengar isu impeachment keatas Anwar Ibrahim.

Menatang apa pula impeachment tu?

Dalam agakan Mahfuz, barangkali ia merujuk kepada memberi hadiah buah peach kepada seseorang.

Lantas, dengan pantas Mahfuz membeli peach yang boleh membuka selera Anwar, macam dalam gambar di atas.

**************************
Ingat skandal Presiden Bill Clinton dengan Monica Lewinsky? Di Amerika dan beberapa negara ada proses yang dipanggil impeachment.
Ia bermaksud mencabar kelayakan seorang penjawat jawatan penting yang misalnya didakwa terlibat dalam sesuatu yang tidak bermoral menerusi usul di Parlimen.
Memandangkan perbicaraan kes di mahkamah biasanya memakan masa yang panjang, apakah langkah seperti kenakan keatas Bill Clinton boleh digunapakai di Parlimen Malaysia?
Proses ini dikira lebih segera dalam membuat penentuan.
Menjawab soalan mengenai hal ini semasa sidang akhbar bersama Datuk S Nallakarupan di Kuala Lumpur Rabu,peguam terkemuka Datuk Seri Shafie Abdullah mengakui proses seperti ini tidak pernah dilaksanakan di Malaysia.
Namun beliau berpendapat langkah itu boleh diambil dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana jawatan beliau selaku Ketua Pembangkahg di Parlimen melibatkan kepentingan awam.
Bagi beliau peranan pembangkang juga sama penting dengan kerajaan dalam sistem ' check and balance'.
Untuk rekod satu hakikat yang perlu diingat Anwar pernah dikenakan hukuman tidak boleh hadir sidang Parlimen selama enam bulan tidak lama dulu setelah diputuskan bersalah oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana dakwaan berbohong isu Apco.
Apakah isu dakwaan moral Anwar boleh dimasukan dalam skop bidang kuasa jawatankuasa berkenaan?
Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Datuk Zulkifli Nordin yang hadir sama pada sidang akhbar itu berkata pihaknya sedia menimbang untuk mengemukakan usul berkenaan.
Katanya usul seumpama itu boleh dikemukakan bila-bila masa sahaja. -Agenda Daily 28/3/2012

Anwar Herdik Mat Sabu Bila Buat Kenyataan Gila

Rahsia Kenapa Khalid Ibrahim Tak Halang PKNS Teruskan Rancangan Meng'kubur'kan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya


Jawapan MB Selangor di DUN Selangor yang kononnya bersifat profesional, apabila tidak menghalang apa juga projek pembangunan di kawasan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya, sebenarnya ada maksud yang tersembunyi.

Dalam PKNS, meskipun tidak termasuk dalam carta organisasi, wujud suatu jawatan kuasa yang dipanggil sebagai Jawatankuasa Kerja Exco PKNS. Cuba lihat petikan dari portal KL-Today di bawah:-


Menurut sumber, jawatankuasa kerja yang dipengerusikan mempunyai kuasa yang begitu ditakuti oleh lembaga pengarah PKNS. Oleh kerana, takutkan Azmin maka Khalid tidak berani untuk membatalkan keputusan projek berkenaan, walhal beliau mempunyai kuasa tertinggi samada di dalam PKNS, mahupun dalam kerajaan negeri.

Wednesday, March 28, 2012

Anwar Jadi Teleng Disebabkan Nallla

Perangai Anwar, kalau nak menelengkan kepala maknanya beliau menunjukkan reaksi tengah geram.

Sambil meneleng dan menjeling, Nalla dituduh telah dipergunakan oleh UMNO untuk mengenakannya.

Bila PAS Pegang Portfolio Sukan Selangor, Pak Aji Giat Berlatih Di Malam Hari Nak Jadi Juara Lontar Peluru

Bila PAS diperuntukkan menjaga portfolio sukan dan bukannya agama, petanda awal kebangkitan sukan di Selangor telah dibuktikan.

Contohnya di Stadium Mini Kuala Selangor, seorang pak aji dilihat berlatih lontar peluru pada waktu malam.

Tahniah Dr Ahmad Yunus Hairi, ADUN PAS yang menjadi exco sukan Selangor yang telah menjana transformasi dalam acara lontar peluru.

"Betulkah Isteri YB Ada Hubungan Dengan Anwar Ibrahim?" - ADUN Bebas

Kalau Azmin masih cuba nak memperlekehkan Dr Hasan Ali, satu lagi soalan tambahan boleh diajukan oleh Hasan.

"Betulkah, seperti yang dinyatakan oleh Dato' Nallakarupan yang isteri YB pernah menjalinkan hubungan dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim?"

Kalau CIMB Berpindah Dari Bangunan UMNO Selangor, Satu Tamparan Kepada Najib

Ada desas-desus mengatakan CIMB Shah Alam yang terletak di Bangunan UMNO Selangor akan berpindah. Alasan yang didengar ialah masalah parkir dan yang kedua, fengshui.

Kalau BN gagal di Selangor pada PRU13, rasanya gerenti CIMB akan keluar dari bangunan milik UMNO Selangor tersebut.

Jangan main-main, ini bakal jadi satu tamparan kepada PM Najib.

Untuk kepastian cuba-cubalah pegawai-pegawai UMNO Selangor bertanya pada kakitangan bank berkenaan.

Tanda-tanda CIMB buat kerjasama sosial (bukan bisnes?) telah pun terbukti awal tahun lepas.


Di atas dan di bawah adalah petikan dari blog 1 Mai Tom Yam, yang melaporkan jalinan CIMB dengan DAP melalui aktiviti sosial mereka bersama ADUN DAP Kampung Tunku Lau Weng San, selain kehadiran MP PKR Kelana Jaya Low Gwo Burne.

Tuesday, March 27, 2012

Kenyataan Kontrol Malu Dari Speaker Teng Chang Khim Bila Tersalah Hantar SMS Cinta!

Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim mengalami malu yang amat sangat, bila tersalah hantar SMS kepada ADUN Bebas Gombak Setia Dato' Dr Hasan Ali yang sepatutnya hanya kepada exco-exco Selangor yang berbunyi,
"This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like whay Yaacob is doing now."
Hal ini mendorong kepada tindakan keluar dewan oleh ADUN-ADUN BN kerana beranggapan ia adalah bias.

Dengan selamba Teng kontrol malu dan menganggap perbuatannya adalah tidak salah.

Speaker mana boleh bagi guide, apek ooiiii!!!!

"Izin anak perempuan YB jalani ujian DNA untuk menentukan kesahihan nasab biologinya," - Dr Hasan Ali

Dua-duanya anak Pak Ali. Tapi 2 Ali yang berlainan, malah saling bertentangan.

Seorang di hulu (Klang) dan seorang di kuala (Klang).

Azmin anak Pak Ali yang tinggal di Kg Klang Gate, Hulu Klang. Sementara Dr Hasan anak Pak Ali yang tinggal di Pulau Indah, Kuala Klang (Kuala Klang adalah nama asal Pelabuhan Klang).

Kini kedua-dua anak Pak Ali saling serang menyerang.

Monday, March 26, 2012

Anwar Yang Merelakan Atau Latheefa Koya Yang Gopoh?

Tidak pasti samada Anwar Ibrahim benar-benar merelakan saman terhadap Nalllakarupan, atau firma guaman Latheefa Koya, Tetuan Daim & Gamany yang gopoh hendak menyaman.

Perlu diingat Latheefa ialah Pengarah Biro Guaman PKR Pusat.

Kalau bagi Nalla, cabaran yang dibuat terhadap Anwar sebagai suatu perangkap, maka adakah ini bermakna Anwar dah masuk jerat?

Isu biseksual: Anwar saman RM100j Nalla dan Utusan

26/03/2012 11:39am

KUALA LUMPUR 26 Mac – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta, terhadap Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.

Anwar memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Anwar selaku plaintif, menamakan Nallakaruppan, UMMB dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing selaku defendan pertama hingga ketiga.

Saman itu berhubung artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk: “Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla” bertarikh 20 Mac lalu. – UTUSAN

Jangan Buat Hal - Takkan Dah Tahap Nenek Zuraida Kamarudin & Dr Siti Mariah Boleh Tergoda?

Mana mungkin MP PKR Ampang Zuraida Kamarudin dan MP PAS Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud terpedaya dengan dakyah Freemasonry hanya kerana memakai glove putih.

Tapi itulah yang diperkatakan yang mereka ini terikut-ikut dengan ritual bukan Islam. Untuk mengetahui makna sebenar disebalik ritual glove putih, klik SINI.


Sunday, March 25, 2012

Girl Friend Anwar Herdik Kanak-Kanak Berlatih Bola Sepak Kerana Ganggu Mereka Ber'Dating'


Pengarah Biro Guaman PKR Pusat Latheefa Koya telah mengherdik jurulatih dan kanak-kanak yang sedang berlatih bolasepak di padang milik MBPJ.

Ini adalah contoh kesombongan PKR dan rakan mereka DAP bila mendapat kuasa di Selangor.


Ini hanya gara-gara terlalu mengagungkan program 'sarung tangan putih'nya, hingga terlupa kepada hak orang lain.


Begini cara layanan Latheefa yang juga ahli majlis di MBPJ, menghambat warga kota Petaling Jaya.

Mengapa Mereka Tikam Anwar?

Bila membaca Mingguan Malaysia pagi tadi dan menatap gambar sekumpulan bekas penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Dato' Nallakarupan dan Senator Mohd Ezam Mohd Nor, terselit gambar dua orang rakan lama saya Mohd Nazmi Rosli dan Mohd Ali Mokhtar.

Mengimbau kembali kenangan 1999, Nazmi (bekas Setiausaha PKR Selangor) dan Ali (bekas Naib Ketua AMK Cabang Shah Alam) merupakan penggiat awal era reformasi.

Nazmi dan Ali bukanlah ahli UMNO ketika itu, jadi tidak hairanlah bagi saya melihat mereka terjun membela Anwar yang mendakwa telah dianiaya oleh Tun Dr Mahathir. Sementara, bagi saya yang telah pun lebih awal bersama UMNO tetap memilih kekal dengan UMNO.

Bila kedua-dua mereka meninggalkan PKR untuk membantu UMNO selepas PRU12, timbul tandatanya dibenak saya. Perlu diingat bahawa mereka tidak pernah bersama UMNO, apatah lagi memegang apa-apa jawatan dalam UMNO, jadi sukar untuk saya membuat anggapan bahawa mereka mengejar sesuatu di dalam UMNO yang telah mereka tinggalkan.

Saya pernah bertanya kepada Nazmi dan Ali, mengapa mereka tiba-tiba menghentam Anwar Ibrahim. Jawapan mereka adalah hampir serupa dan saya rumuskan seperti berikut:-
  • Ragu terhadap moral Anwar
  • Simpati terhadap pemecatan Anwar oleh TDM
  • Naluri muda (ketika itu) yang ingin lonjakan perubahan tanpa mengira betul atau salah dan pihak (parti) mana yang lebih berwibawa
  • Atas rasa tanggungjawab memandangkan UMNO berada dalam keadaan yang begitu lemah ketika itu; dan yang lebih penting
  • Yakin Anwar tidak layak menjadi PM
Sebenarnya, inilah yang berlaku kepada 2 orang yang memang tidak pernah bersama UMNO. Berbeza dengan Ezam yang pernah bersama UMNO, tetapi mereka ini tiba-tiba terbuka pintu hati untuk membantu memperkukuhkan UMNO.

Zaman muda mereka telah berlalu dan putaran masa telah berlalu dan bagi mereka peredaran itu mematangkan mereka. Oleh itu, kepada anak-anak muda yang masih terpengaruh dengan Anwar, belajarlah dari Nazmi dan Ali yang pernah berarak dijalanan di era reformasi dan telah melihat betapa jalan yang mereka tempuh penuh dengan kepalsuan.

Kini mereka adalah sebahagian dari kumpulan asal yang berani mencabar Anwar. Malah lebih dari itu mereka akan menikam Anwar secara berdepan!

Laporan gambar, klik SINI.