Tuesday, January 19, 2016

Transkrip Perbualan Melanggani Khidmat Seks Dari Rafizi Ramli @ Rara


Kelmarin Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli memuatnaik imej di atas di akaun twitternya, kononnya adalah transkrip perbualan dengan seorang seorang pemuda yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks darinya.

Mendakwa bahawa nombor telefonnya telah digunakan untuk iklan seks seorang wanita bernama Rara (yang mungkin bermaksud Rafizi Ramli), beliau telah dihubungi untuk dilanggani!

Meneliti transkrip tersebut, disyaki ia hanyalah lakonan murahan dari Rafizi dan mari kita semak satu persatu.
9.50 : Hi
9.50 : Hello (Pemanggil)
9.51 : Wrong no (Rafizi)
*Masakan baru hi dan hello, Rafizi dah tahu wrong number
9:51 : Wrong?(Pemanggil)
9.51 : This is not Rara
9.51 : Rara doesn't exist (Rafizi)
*Pemanggil tidak sebut pun nama Rara tapi Rafizi pula yang sebut. 
Dari situ nampak sangatlah perbualan diatas digarap oleh Rafizi sendiri untuk publisiti murahannya.

Monday, January 18, 2016

Guan Eng Kata PAS Lebih Jahat Dari DAP


Bila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mahfodz Mohamed mengumumkan, bahawa PAS tidak lagi terikat dengan konsensus Pakatan Rakyat dan berhak bertanding di semua keruusi yang ditandingi DAP dan PAN, perasaan geram timbul jua dari sanubari Setiauusaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam mempertahan DAP sebagai kurang jahatnya berbanding PAS dan menjadikan Selangor sebagai rujukan, Guan Eng mengesahkan tidak akan bersaing dengan di semua 15 kawasan dimenangi oleh PAS, sebaliknya akan menumpukan di beberapa kawasan yang diyakini boleh menang (dilfahamkan di 8 kawasan), dengan meletakkan calon-calon Melayu.

"Jadi, ia akan menjadi sedikit kerusi. Tapi jika mereka (PAS) mahu bertanding dalam setiap kerusi, itu pilihan mereka. Kita akan lihat sekarang, siapa yang jahat dan menyebabkan masalah?" soalnya kepada The Malaysian Insider.

Dari kenyataan itu, bermakna Guan Eng cuba menunjukkan bahawa PAS lebih JAHAT dari DAP.

Mengimbas kembali isu DAP lawan PAS dalam PRU14, ia bermula dengan kenyataan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua ketika Konvesyen DAP 2015, yang dilaporkan bahawa parti berkenaan akan meletakkan calon-calon mereka di beberapa kawasan PAS (yang dipercayai Taman Templer, Lembah Jaya, Seri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Cadangan tersebut bagai disahkan, apabila DAP Selangor mula meletakkan Penyelaras-Penyelaras DUN di dua kawasan DUN milik PAS, iaitu Dusun Tua dan Taman Templer.