Saturday, November 10, 2012

Sambil Baring Eli Wong Boleh Dapat RM80,000 Sebulan!


Dato' Dr Hasam Ali dalam kenyataannya yang dipetik oleh portal berita KL Pos mendedahkan gaji anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat adalah diantara RM70,000 - RM80,000 sebulan.
Ini bermakna, hanya sambil baring-baring di ruang tamu rumahnya, Elizabeth Wong mendapat sejumlah yang dinyatakan sebulan.

Kalau pendapatan exco RM80,000 sebulan, memadaikah program 'Jom Shopping' untuk warga emas hanya berbekalkan baucer RM100 seorang?

Friday, November 9, 2012

Pandamaran Banjir Selepas 3 Minggu Dilewati Anwar Ibrahim


Baru sahaja melewati kawasan yang dilanda banjir ini sebentar tadi. Malah, jalan ini pernah dilewati Anwar Ibrahim 3 minggu lepas.

Lokasinya ialah berhampiran kawasan parkir Hypermarket Econsaves, Pandamaran yang pernah menjadi tapak ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim, yang berlansung pada 21 Oktober 2012. [Laporan baca SINI].

Amat jarang jalan ini dilanda banjir.

Kebetulan atau bala?

Husam Tersepuk & Malu Bila Ditegur Nik Aziz Di Sidang Media


Video di bawah menunjukkan betapa malu-malu alahnya Husam bila dengan sekali dehem sahaja, beliau menarik balik dan memperbetulkan kenyetaannya terhadap PM.


Baca selanjutnya di SINI.

Thursday, November 8, 2012

Tergamaknya Rosmah Mansor Bagi Bihun Goreng Takda Telur Pada Mangsa Banjir


Benarkah mangsa-mangsa banjir dihidangkan makanan di atas kepada mangsa-mangsa banjir?

Sebenarnya, itulah dakwaan oleh blog pro pembangkang seperti dinyatakan dalam petikan di bawah.


MB Selangor dah melawat pusat pemindahan banjir? Kalau belum dan bercadang untuk melawat, jangan lupa bawa 2 biji telur.

Barangkali juak-juak pembangkang bangga bahawa mangsa-mangsa banjir di Selangor (negeri ditadbir PR), telah dijamu dengan sate dan makanan yang sedap-sedap.

Video di bawah menjawab persoalan berkenaan.

Klip Video Dangdut Ito Untuk Promo Anwar


Koleksi Aksi-Aksi Gedik Mat Sabu - Nyampah You




Wednesday, November 7, 2012

Demi Nurul Izzah - Suami Bekas Penyanyi Lagu Kabaret Sanggup Mengadap Sultan


Suami seorang bekas penyanyi lagu kabaret [klik SINI], menawarkan diri menjadi 'Pak Sanggup' demi menyelamatkan Nurul Izzah dari sebarang tindakan dibawah jenayah syariah.

Portal Media Selangorku melaporkan berkenaan hasrat tersebut.


Apa lagi yang ingin diterangkan? Kenyataan Nurul Izzah boleh diperolehi di Youtube. Antaranya ialah video di bawah:-


Natijah dari kenyataan Nurul ini, beliau boleh didakwa dibawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 seperti berikut:-
Seksyen 13. Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.
(1) Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang apa-apa isu, ajaran Islam atau Hukum Syara' yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 
(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau bahan antara lain yang mengandungi pendapat yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan yang berkaitan dengan pendapat itu.

YDP PAS Tanjung Malim Naik Syok Bila Tokong Jadi Penganjur Himpunan Terbesar Ummah


YDP PAS Tanjung Malim Haji Aminuddin Zulkipli begitu teruja bila Tokong Kahi Kee Theng, Slim River menjadi catalyst kebangkitan sokongan Pakatan Rakyat di kawasan parlimen Tanjung Malim.

Mabruk Haji Aminudin! Mabruk TG Nik Aziz! Mabruk DS Hadi Awang!

Tuesday, November 6, 2012

Fakta-Fakta Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan 2 Masjid Yang Ditimpa Musibah Di Daerah Klang

Masjid Ar-Rahimiah, Jalan Langat, Klang
Apakah kejadian 2 masjid di Daerah Klang pada tahun ini adalah suratan atau kebetulan? Atau ia adalah pembalasan tuhan?

Berikut adalah beberapa fakta yang mungkin boleh dijadikan hint terhadap persoalan di atas:-
  • 2  masjid yang terlibat ialah Masjid Ar-Rahimiah, Jalan Langat dan Masjid Al-Bakri, Bukit Naga adalah dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang diwakili MP PAS Dr Siti Mariah Mahmud.
  • Meskipun terletak dalam daerah dan kawasan parlimen yang sama, Masjid Ar-Rahimiah terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Klang, sementara Masjid Al-Bakri dibawah Majlis Bandaraya Shah Alam.
  • Kejadian banjir di Masjid Ar-Rahimiah berlaku pada 30/3/2012 dan banjir di Masjid Al-Bakri pula berlaku pada 2/11/12. Kebetulan kedua-dua kejadian berlaku pada hari Jumaat.
Masjid Ar-Rahimiah (atas) Al-Bakri (bawah)
  • Banjir di Masjid Ar-Rahimiah dikaitkan dengan orang bukan Islam Dr Xavier Jayakumar yang berucap di dewan solat, manakala di Masjid Al-Bakri dikaitkan dengan seorang yang sinonim dengan liwat Anwar Ibrahim.


  • Kawasan Parlimen Kota Raja mempunyai 2 kawasan DUN iaitu Seri Andalas (diwakili oleh Dr Xavier Jayakumar - PKR) dan Seri Muda (diwakili oleh Suhaimi Shafie - PKR). Allah Maha Adil dan 2 masjid berkenaan masing-masing terletak di Seri Andalas dan di Seri Muda.
Tafsirkan sendiri fakta-fakta berkenaan.

Lim Guan Eng Balas Dendam Gara-Gara Ditibai Adik Speaker DUN Selangor


Gara-gara perbuatan adiknya yang sering menibai KM Pulau Pinang Lim Guan Eng, lantas Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim pula yang menjadi mangsa balas dendam.

Seperti Lim yang dianggap tokong di Pulau Pinang oleh Timbalan KM1 Mansor Osman, Teng juga ibarat tokong di kawasannya.  Semenjak 1995 hingga 1999, Teng menjadi ADUN di Klang Bandar.

Ekoran persempadanan kawasan pilihanraya pada 2004, sebahagian besar Klang Bandar menjadi kawasan utama untuk DUN Sungai Pinang (kawasan parlimen Kapar), iaitu berpindah dari kawasan parlimen Klang.

Meskipun DAP kalah teruk dalam PRU 2004, namun Teng tetap mempertahankan kerusi yang didudukinya, malah dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor untuk penggal tersebut.

Sekali lagi pada PRU 2008, Teng terus kekal disitu dan telah dilantik sebagai Speaker DUN Selangor. Jadi tidak hairanlah maka beliau bagai tokong di kawasannya.

Namun begitu, Teng kini bagai tersisih. Mungkin ada kaitan dengan adiknya yang saban hari menibai Lim di Pulau Pinang.

Siapakah adik Teng di Pulau Pinang? Adiknya ialah Teng Chang Yeow yang merupakan Pengerusi BN Pulau Pinang.

Dalam keluhan terbaru Speaker DUN Selangor itu yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini, Teng mendakwa telah disisihkan dari menghadiri Konvensyen DAP Selangor.

Apakah gelagat adiknya itu terhadap Lim yang juga Setiausaha Agong DAP menjadi penyebab kepada penyisihan Teng?

Gempar!!! Disebabkan Celupar. Rafizi 'The Trumpet Blower' Dibelasah AMK Selangor Menjelang Subuh


Rafizi 'The Trumpet Blower' sengaja mendedahkan dirinya untuk dibelasah oleh kalangan PKR sendiri.

Rafizi mula memainkan video, yang meskipun tanpa wajah Nazri Aziz, namun baginya sudah cukup sebagai bukti untuk meyakinkan rakyat.


Kenyataan Rafizi ini boleh mendedahkan dirinya terhadap bahaya dibelasah oleh AMK dan dikalangan PKR sendiri.

Harap-harap Rafizi tidak bersikap double standard terhadap video Anwar di bawah.

Sunday, November 4, 2012

Nik Aziz Teringin Saksikan Harakiri Hadi Awang Melalui Pertembungan Hadi-Najib Di Pekan


Laporan Sinar Harian ini memetik Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat bersetuju dan   bagai menanti-nantikan harakiri hayat politik Hadi Awang.
KOTA BHARU - Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu bertanding di Parlimen Pekan, Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disambut baik dan direstui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz semalam memberi 'lampu hijau’ kepada Ahli Parlimen Marang itu dan menyokong kenyataannya bertanding PRU13 menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dia (Abdul Hadi) adalah presiden parti, jadi apa (hasrat) yang dicakapkan kita akan turut dan sokong demi kebaikan parti serta perjuangan Islam.

“Saya sangat menyokong sekiranya Abdul Hadi benar- benar mahu bertanding di Pekan pada pilihan raya akan datang untuk menentang mereka yang mengagun-gagungkan perjuangan kebangsaan daripada memilih agama,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam.