Saturday, January 26, 2013

Khalid Ibrahim Kantoi, Lepas Sehari Lafaz Ikrar Sempena Maulidur Rasul


Ketika berucap di kawasan parlimen yang diwakilinya Bandar Tun Razak sempena sambutan Maulidur Rasul, MB Selangor Khalid Ibrahim dengan penuh keinsafan mengumumkankan bahawa ikonnya ialah Khalifah Umar Abdul Aziz.

Baca petikan portal Media Selangorku di bawah.


Malangnya, penyelewangannya kembali dilakukan hanya selepas sehari beliau melafazkan kata-kata di atas.

Semalam, berdasarkan bukti-bukti foto-foto dari portal Media Selangorku, Khalid telah menggunakan sewenang-wenangnya premis di kediaman Menteri Besar Selangor, untuk melancar jentera PRU kawasan DUN Ijok dan kawasan parlimen Bandar Tun Razak, yang kedua-duanya adalah diwakili oleh beliau.

Apakah Khalid telah menyewa generator set untuk menerangi dewan di dalam kawasan kediaman MB Selangor kerana majlis itu adalah majlis PKR dan bukannya majlis Kerajaan Negeri? Jika tidak, bermakna bahawa beliau telah mengkhianati ikrar yang telah dibuatnya sempena Maulidur Rasul.

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 01

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 02

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 03

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 04

Friday, January 25, 2013

Koleksi Foto Aksi-Aksi Anwar 'The Cicakman'




Perangai Anwar Ibrahim, bila bercakap sering mengeluarkan lidah seperti cicak.

Di atas adalah beberapa aksi Anwar 'The Cicakman'.

Kalau lidahnya bercabang, maka boleh naik sikit martabat menjadi biawak.

Dalam menyusun tuturkata, Anwar sedaya upaya mengatur lidah supaya Nik Aziz tidak tersinggung. Namun, Anwar tak berupaya dari menahan lidahnya dari terjulur keluar.

Dalam isu keputusan Majlis Syura Ulamak PAS berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, Anwar menafikan tidak bersetuju dengan ketetapan majlis tersebut. Bagi Anwar, beliau berpegang kepada kenyataan awal Hadi Awang semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Apakah itu bermaksud, kalau betul-betul keputusan majlis syura tersebut boleh menjejaskan sokongan terhadap PKR, maka Anwar akan menyokong keputusan tersebut?

Anifah Aman & Jamil Khir Beri Laluan Pada Nasharuddin Mat Isa


Meskipun dari segi protokol, sepatutnya Menteri Luar dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  berada disisi Perdana Menteri, namun mereka memberi laluan kepada MP PAS Bachok Ustaz Nasharuddin Mat Isa untuk berada disisi DS Najib.

Saksikan gambar penuh (di bawah) yang dirakamkan di Palestine baru-baru ini.

Thursday, January 24, 2013

Takut Kehilangan Gaji & Elaun RM40,000 Sebulan Serta Bonus Tahunan RM280,000, Pengurus Besar PKNS Menggelupur Nak Minta Sambung Kontrak


Kalau dilihat pada tarikh perlantikan Pengurus Besar PKNS Othman Omar (foto atas - sebelah kanan Azmin Ali), ia bermula pada 1 Februari 2009 dan berakhir pada 31 Januari 2011.

Lantaran pembaharuan kontrak selepas itu, bermakna tanggal 31 Januari 2013 adalah tarikh luput bagi Otman sebagai Pengurus Besar SEDC yang terkaya di Malaysia.

Soksek-soksek dari PKNS didengari sebagai menyebut Othman memang berhajat untuk agar kontraknya dapat diperpanjangkan lagi. Adalah sukar untuk Othman untuk meninggalkan PKNS kerana gaji dan elaun dengan PKNS serta anak-anak syarikat PKNS mencecah RM40,000 sebulan. Malah, Othman juga menerima RM280,000 sebagai imbuhan tahunan.

Dari dalam PKNS turut didengari bahawa mereka amat berharap agar Othman tidak disambung kontrak. Menurut mereka, Othman tidak membantu usahawan dan kontraktor Melayu, walhal dalam matlamat penubuhan SEDC ia adalah bermatlamatkan membimbing dan membantu usahawan dan kontraktor bumiputera.

MB Selangor Khalid Ibrahim dalam mempertahankan perlantikan dan imbuhan-imbuhan yang diterima oleh Othman, menyatakan bahawa Pengurus Besar itu telah memperkenalkan tender terbuka dan tindakan itu telah menjimatkan kos PKNS. Namun begitu, beberapa projek telah gagal disiapkan, gara-gara harga tender terendah.

Sebaliknya, kegagalan projek dengan harga tender terendah, telah membawa kepada pemberhentian kontrak. Dari pemberhentian kontrak itu, projek telah diberikan kepada kontraktor bukan bumiputera dengan harga yang lebih lumayan, berbanding dengan harga kontrak asal. Bak kata mereka yang memerhati dari dalam PKNS, 'kontraktor bumi hirup kuah, sementara penyambung kepada projek yang terbengkalai, makan daging yang sedap-sedap'.

Justeru, mereka amat berharap supaya kontrak Pengurus Besar itu tidak disambung.

Baca lagi perihal Othman Omar diawal perkhidmatannya bersama PKNS di blog The Unspinners.

Anwar Jelir Lidah Pada Najib - Majlis Syura Ulamak PAS Larang Orang Islam Sokong UMNO


Anwar Ibrahim mendakwa Majlis Syura Ulamak PAS telah melarang orang-orang Islam dari menyokong UMNO.

Dengan modal itu Anwar tidak ambil pusing dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, selagi tidak memfatwakan larangan sokongan kepada PKR dan DAP.

Dengar kenyataannya pada minit 0:30 video di bawah.

Wednesday, January 23, 2013

Sedangkan Meliwat Anwar Tak Ngaku, Inikan Pula Bab Bagi I.C Pada Pendatang Haram.............


Tangan Anwar tidak 100 % bersih daripada isu RCI dan kebanjiran pendatang haram di Sabah. Tidak bersih. Pendatang haram, termasuk satu unit khas yang ditubuhkan di bawah pejabat Ketua Menteri ditubuh tahun berapa? 1991. Apakah satu kebetulan apabila Anwar menang besar pemilihan Timbalan Presiden UMNO tahun 1993? Apakah tidak ada kaitan antara kebanjiran pendatang haram dengan pencalonan terbanyak Anwar sewaktu bertanding Timbalan Presiden?


Seboleh mungkin, Anwar tidak mahu namanya dikaitkan langsung dengan isu RCI. Anwar mahu cuci tangan.

Baca seterusnya di SINI.

Sandal Yang Anwar Pakai Di Sambutan Ponggal, Turut Dipakai Lelaki Mirip Anwar Ketika Temu Janji Dengan China Doll


Anwar dilihat hanya mengenakan sandal ketika sambutan Hari Ponggal di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Videonya ada di SINI.


Dalam pada itu, lelaki yang mirip Anwar dikesan memakai sandal yang serupa ketika menuju ke unit aprtment dalam temujanjinya bersama dengan China Doll.

Tuesday, January 22, 2013

Monday, January 21, 2013

Rahsia Mengapa Nik Aziz Setuju Bagi Lebih 10,000 Ekar Tanah Pada Ngeh & Nga


Kesian blogger Pisau.Net bila dikejar saman dari Ngeh & Nga bila mendedah transaksi Upayapadu dengan Yayasan Islam Kelantan berhubung pajakan tanah 4,260 hektar selama 70 tahun.

Hakikatnya, bermula dengan pendedahan Pisau.Net, pelbagai perkara yang selama ini terpendam, telah terdedah.

Cuba anda baca petikan butiran tanah berkenaan di bawah yang dipetik dari iProperty.


Dari butiran di atas, hanya 1,000 ekar (404.7 hektar) hutan telah ditebang dan telah digantikan dengan tanaman getah.

Berapakah keuntungan dari jualan balak berkenaan?

Kalau mengikut kiraan kasar, keuntungan sehektar dianggarkan RM1,357. [Rujuk pada formulanya di SINI]. Dari butiran diatas hanya 404.7 hektar yang telah ditebang. Bermakna keuntungan (RM1,357 X 404.7 hektar) adalah berjumlah RM549,178. Berdasarkan perjanjian, YIK akan menerima 30% daripada keuntungan, dan seterusnya anggaran perolehan hanyalah RM164,753 untuk tempoh 2006 - 2012.

Kalau dikira purata pendapatan tahunan YIK hanyalah RM27,459. Berbaloikah amaun tersebut?

Anggaran ini mengambilkira syarat perjanjian yang menetapkan bayaran pajakan tahunan yang berjumlah RM100 - RM150 setahun, hanya boleh berkuatkuasa setelah tanaman boleh dituai.

Oleh yang demikian, selama 6 tahun YIK hanya terNGANGA dengan hasil tanah seluas lebih 10,000 ekar tersebut yang berjumlah RM27,459 setahun.

Itu sebabnya bila Ngeh & Nga datang sebagai Santa Claus bawa beg dengan RM1.5 juta, Nik Aziz terus setuju dengan pertukaran pemilikan Upayapadu dari Tengku Wong kepada Ngeh & Nga!

Lagi Kemungkaran Anwar Ibrahim Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor


Sejurus dilantik sebagai MB Selangor, TS Khalid Ibrahim telah mengumumkan perlantikan bossnya, DS Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Dengan perlantikan itu, Anwar punya kuasa untuk campurtangan dalam keputusan-keputusan yang membabitkan ekonomi di Selangor. Kenyataan ini amat sukar untuk disangkal oleh Khalid. Meskipun beliau punya kuasa eksekutif tertinggi di Selangor, mana mungkin ia tidak melibatkan keputusannya benar-benar bebas dari kuasa politik tertinggi dalam PKR yang dipegang oleh Anwar.

Semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, TPPT Sdn Bhd (syarikat yang ditubuhkan oleh Bank Negara yang berfungsi menyediakan dana  untuk projek perumahan dan fungsi diubah sebagai pemaju projek perumahan kos rendah dan mampu milik) telah menerima 27.11 ekar tanah di Pandamaran untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan kos rendah oleh kerajaan Negeri Selangor.

Namun, projek tersebut telah terbengkalai sejak Anwar masih dalam kerajaan.

Setelah sekian lama terbengkalai, akhirnya TPPT telah melupuskan keseluruhan tanah kepada Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd (anak syarikat Melati Ehsan Holdings Bhd) dengan harga RM15.5 juta pada November 2009. Ini bermakna, harga adalah lebih kurang RM572,000 seekar.

Oleh kerana pemberian tanah adalah untuk perumahan awam kos rendah dan mampu milik, sudah tentunya dalam transaksi tanah tersebut mempunyai sekatan, iaitu tertakluk kepada pembangunan rumah jenis tersebut.

Dalam kes tanah 223 ekar yang dianugerahkan kepada kerajaan persekutuan, melalui Pesuruhjaya Tanah Negara untuk pembangunan Kem Tentera di Bukit Raja, Khalid mengancam akan membatalkan transaksi tanah tersebut, iaitu dari Pesuruhjaya Tanah Negara kepada pemaju Puspahanas, Awan Megah. [Baca butiran di SINI].

Berbalik kepada isu 27.11 ekar tanah di Pandamaran untuk projek perumahan kos rendah dan  mampu milik, ternyata Anwar dan Khalid tidak mengambil pertimbangan terhadap tujuan dan matlamat tanah tersebut. Mengapakah tidak memulakan precedent keatas tanah yang diambilalih oleh Melati Ehsan Consolidated?

Kini, sedang rancak dalam pembinaan di atas lot tanah berkenaan ialah rumah teres 2 tingkat (22' X 75') yang harganya mencecah lebih RM400,000 seunit.

Baca butiran seterusnya di SINI.

Sunday, January 20, 2013

Masuk Celah Kelangkang


Semakin sengit Liga M.

Johor DT yang dipenuhi bintang masih terkial-kial mencari rentak.

Sebaliknya Pahang mencuri tumpuan dengan berada dipuncak, walau pun tewas ditangan Selangor malam tadi.