Saturday, October 11, 2014

Apa Juga Tindakan Terhadap 2 Adun Khianat, Tidak Akan Bawa Signifikan Pada PAS Sebab Mereka Dah Jadi Wira DAP


Mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat akan bermesyuarat esok bagi menentukan nasib 2 Adunnya yang khianat kepada parti, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Hakikatnya, apa juga tindakan terhadap 2 Adun berkenaan tidak akan membawa sebarang signifikan terhadap PAS, kerana kedua-dua mereka telah pun diisytiharkan sebagai 'wira' oleh DAP dalam satu majlis di Petaling Jaya dua minggu lalu.

Malahan mengikut maklumat dalaman PAS, kemungkinan mereka sekadar akan digantung keahlian.

Sukar untuk Jawatan Kuasa PAS Pusat untuk memecat, kerana kebanyakan AJK PAS Pusat adalah memihak kepada kepada Saari dan Hasnul.

Tambahan pula, PAS tidak mempunyai SOP yang standard dalam pengendalian kes-kes disiplin seperti yang didedah SINI.

Kegagalan Dakwah Hadi Awang & Nik Aziz Bila Lim Kit Siang Bagi Sokongan Padu Pada Parti Beer

 
Keberadaan PAS bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dikatakan sebagai untuk memahamkan mereka supaya faham tentang Islam.

Keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat juga dikatakan untuk membawa mesej dakwah yang mencerminkan Islam itu sebagai Ad-Din dan pembimbing terbaik.

Sudah lebih 6 tahun PAS bersama DAP dan PKR, seramai mana yang sudah dibimbing oleh PAS?

Semalam bertempat Bandar Utama, Petaling Jaya, telah berlangsung parti 'beer' Oktoberfest yang mendapat sokongan moral dari wakil-wakil rakyat DAP dan PKR dari Selangor dan luar Selangor, melalui kehadiran Lim Kit Siang, R. Sivarasa, Tony Pua, Wong Chen, Elizabeth Wong, Teresa Kok dan ramai lagi.

Berjayakah dakwah PAS?

Jawapannya ialah tidak. Tindakan 2 orang Adun PAS Selangor (Saari Sungib dan Hasnul Baharudin) memilih untuk bersama PKR dan DAP sudah cukup untuk mematikan suara dakwah PAS.

Friday, October 10, 2014

Selanjutnya Azmin Ali Perbodohkan Anwar & Rafizi


Perkara utama pemberhentian TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor adalah dikaitkan dengan tindakan mengadakan perundingan dan perjanjian pentrukturan semula industri air Selangor dengan kerajaan persekutuan.

Rafizi Ramli dalam kenyataannya berhubung dengan pemberhentian Khalid sebagai MB pernah berkata, "Seluruh penstrukturan semula industri air termasuk Langat 2 akan dikaji balik kerana (perjanjian) ditanda tangani terlalu cepat oleh Khalid,” katanya kepada Agenda Daily pada 24 Julai 2014.

Malahan ketika menerima kunjungan MB Selangor Azmin Ali bersama 4 Exco Selangor dari PKR, DS Anwar Ibrahim mengulangi kenyataan awal Rafizi, "Saya juga sokong Azmin menyemak semula kelulusan tanah yang tidak mengikut proses termasuk perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor," lapor Sinar Harian.

Malangnya selepas 2 minggu mengangkat sumpah sebagai MB, Azmin membuat kenyataan yang begitu memeranjatkan.
"Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan air yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana perjanjian tersebut sedang terancam," - TMI
Azmin mendakwa ancaman tersebut datangnya dari Putra Jaya, yang mungkin bermaksud ada indikasi untuk tidak meneruskan projek penstrukturan semula tersebut oleh kerajaan pusat.

Laporan TMI turut menambah, Azmin mahu isu penstrukturan air ini dimuktamadkan supaya bekalan air bersih kepada pengguna tidak lagi menjadi isu.

Mungkin menujukan kata-katanya kepada Anwar dan Rafizi, Azmin turut mengharapkan agar perjanjian (yang diinisiatifkan oleh Khalid) itu dihormati semua pihak.

Lim Guan Eng Mula Cemas Bila Nampak Petanda Kejatuhan


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sudah mula menunjukkan tanda-tanda cemas dalam dirinya.

Sentuhan demi sentuhannya semakin tidak menjadi.

Pernah pada 1 May 2013, pernah Guan Eng dengan begitu gah menyatakan,
“Jika kita membandingkan jumlah pelaburan sejak lima tahun lalu iaitu dari 2008 sehingga kini, jumlahnya RM36.1 bilion adalah lebih baik berbanding tahun 2003-2007 iaitu RM18.7 bilion sahaja.  
“Malah buat julung kalinya dalam sejarah, Pulau Pinang menjadi juara pelaburan pada tahun 2010 dan mengulanginya lagi pada tahun 2011,’’ - (Petikan dari Buletin Mutiara)
Kenyataan itu adalah amat jelas bertujuan mengelirukan rakyat, kononnya DAP lebih baik berbanding Gerakan/BN dalam meningkatkan jumlah pelaburan di negeri berkenaan.

Malahan dimana-mana pentas ceramah Pakatan Rakyat, Pulau Pinang dan Selangor sering digembar-gemburkan sebagai destinasi pelaburan utama, seolah-olah tiada peranan dari Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam menarik meransang kemajuan di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat berkenaan.

Namun apabila Pulau Pinang sekadar dengan nilai pelaburan RM2.34 bilion yang menyaksi terperosok ditangga kelima untuk tempoh Jan - Mei 2014, di belakang Sarawak (RM7.45 bilion), Pahang (RM4.2 bilion), Kedah (RM4.1 billion) dan Johor (RM4.08 billion), Guan Eng mula menyalahkan pihak lain. (Angka dipetik dari TMI).

Beliau mula menyalahkan Putra Jaya diatas kejatuhan kedudukan negeri yang lain, kononnya MIDA ditekan untuk tidak membantu Pulau Pinang. Walhal sebelum ini, tiada ucapan terima kasih dari beliau kepada MIDA dan kerajaan pusat terhadap peningkatan nilai pelaburan untuk 5 tahun pertama mengambilalih pentadbiran Pulau Pinang.

Kebimbangan Guan Eng juga ditujukan kepada negeri-negeri jiran, Perak dan Kedah yang diperintah oleh BN.

Sumber air yang menjadi antara faktor yang membantu perkembangan industri di Pulau Pinang, amat diperlukan dari 2 negeri jiran berkenaan. Malah Guan Eng tanpa silu membayangkan kegusaran dalam mendapatkan kerjasama dari Perak dan Kedah.

Seperkara lagi yang menjadi kegusaran Guan Eng ialah apabila MB Kedah DS Paduka Mukhriz Mahathir mahukan pembinaan lapangan terbang di Kulim. Andai cadangan Mukhriz diterima oleh Kerajaan Pusat, maka dengan sendirinya akan 'membunuh' perkembangan industri di negeri tadbiran Guan Eng.

Kini Guan Eng baru sedar erti persahabatan.

Thursday, October 9, 2014

Azmin Terpaksa Dipapah Keluar Selepas Terjah Longkang


Azmin Ali memulakan langkah sebagai MB Selangor dengan aksi stunt menerjah longkang di kawasan parlimen yang diwakilinya, di Daerah Gombak.

Lakonan Azmin memeriksa longkang dirakam dan dimuatnaik di alam maya, sebagai propaganda menunjukkan keperihatinannya kepada masalah rakyat, walhal ia mempunyai agenda tersendiri dalam mengurus RM3.2 bilion peninggalan TS Khalid Ibrahim.

Blog GAP selain menganggap lakonan Azmin sebagai sudah 'backfired', turut menjangkakan bahawa Azmin akan menghadapi masalah dalam mengurus RM3.2 bilion berkenaan. Samada terkurang mahu pun terlebih pakai, tetap akan menimbulkan masalah kepada Azmin.

Dalam reaksinya setelah dilantik semula sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri pada 26 September 2014, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad menaruh harapan tinggi terhadap Azmin untuk meneruskan prinsip kerajaan negeri untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diamalkan oleh pentadbiran Khalid sebelum ini.

Namun, kenyataan Iskandar itu dengan sendirinya menggambarkan beliau tidak mengambil tahu terhadap kenyataan Azmin sejurus dilantik sebagai MB Selangor.

Azmin dalam kenyataan awalnya selepas terlantik sebagai MB pada 23 September 2014, telah mengumumkan bahawa pentadbirannya akan mengamalkan konsep Negeri Pembangunan atau Developmental State. (Kenyataan penuh Azmin boleh baca SINI).

Kami di blog Akar Umbi tertanya-tanya mengapa Azmin memilih konsep Developmental State, walhal Selangor telah pun diisytihar sebagai 'Negeri Maju' pada tahun 2005?

Kalau merujuk kepada konsep Developmental State yang diamalkan di Jepun sebelum negara tersebut dikategorikan sebagai 'Negara Maju', mereka mengamalkan hanya sedikit pemilikan kerajaan dalam sektor perniagaan, yang bermakna usaha pihak swasta adalah terbesarkan dalam perniagaan dan industri.

Satu contoh di Selangor, perlombongan pasir yang diberikan kawalan mutlak kepada syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta mungkin akan terjejas, jika amalan seperti di Jepun dilaksanakan.

Kini bukan lagi rahsia, apabila kumpulan-kumpulan tertentu dalam PKR sedang berkira-kira untuk memohon secara terus kawasan konsesi perlombongan pasir melalui Pejabat Tanah tertentu, seolah-olah monopoli Kumpulan Semesta akan dibatalkan.

Selain dari itu, ada pula kumpulan-kumpulan lain yang sibuk menghimpunkan kontraktor-kontraktor kelas 'F', seolah-olah telah ada isyarat dari Azmin akan 'mengada-adakan' kerja kepada kumpulan-kumpulan tersebut.

Stunt Azmin rupanya bukan sebarang stunt, sebaliknya adalah isyarat bersiap sedia kepada konco-konconya.

Bagai tak apalah berundur kebelakang dari 'Negeri Maju' kepada 'Developmental State', asalkan mereka dalam PKR dapat merasa racikan RM3.2 bilion oleh Azmin.

Dalam pada itu, PAS juga yang melopong.

Wednesday, October 8, 2014

3 Wakil Rakyat PAS Dari Kelantan, Terengganu & Pahang Ambilalih Tugasan Wakil Rakyat PAS Khalid Samad Di Selangor


Usahkan berpiket, menulis sepucuk surat pun sudah tidak termampu dilakukan oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam menyelesaikan isu pesta minum arak 'Oktoberfest' di Selangor.

Malah lebih teruk lagi Khalid sekadar mampu berkata, "Kalau mereka nak bermandikan beer sekalipun, apakah awak ada masalah?".

Ketidak mampuan Khalid sebagai wakil rakyat PAS dalam menegur pihak berkuasa negeri dalam isu 'Oktoberfest', mengundang kepada pengambilalihan tugas oleh 3 orang wakil rakyat dari luar Selangor.

Dilaporkan oleh The Rakyat Post, Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi, Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali Takiri dan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz telah menghantar memorandum tahniah kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, diatas arahan menurunkan iklan berkaitan 'Oktoberfest' dalam kawasan PBT berkenaan.

Membanding 'Gigi Arnab' Milik Mahfuz Dengan 'Gigi Arnab' Milik Tony Pua

"Kita tak mintak Datuk Najib batalkan kenaikan 20 sen itu, tetapi kita desak turun 40 sen. Ini kerana dalam tempoh setahun ini sudah 40 sen minyak naik," - Mahfuz Omar
Di atas adalah antara intipati yang diucapkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar di hadapan 60 orang peserta himpunan membantah kenaikan harga minyak.

Jelas bahawa pandangan Mahfuz di atas mencermin kedangkalan pemikirannya.


Sebaliknya, meskipun Pengerusi DAP Selangor Tony Pua juga punya 'gigi arnab' seperti Mahfuz, Pua jelas mempunyai pendirian yang berlawanan dengan pemimpin PAS berkenaan.

Apa yang Tony Pua kata?
"Saya setuju cara subsidi diberikan perlu dirombak, tetapi ini tidak bermakna subsidi petrol perlu dimansuhkan secara langsung kerana ada pihak yang memerlukan subsidi. 
"Cara BR1M lebih baik. Memang BR1M boleh disalah guna untuk politik, betul... tetapi terus dapat diterima oleh penerima yang layak. 
"BR1M dari segi dasar lebih baik daripada subsidi, adakah subsidi minyak adil bagi semua pihak? Tidak." - dipetik dari TMI

Tuesday, October 7, 2014

Mustafa Ali Akan Serahkan Butir-Butir Percakapan Kepada AJK PAS Pusat


Meskipun telah ditegur dalam Muktamar Pemuda PAS Pusat, berhubung dengan barisan Jawatankuasa Disiplin parti berkenaan, namun ia tetap dipandang sepi oleh Setia Usaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali.

Salah seorang perwakilan bertanya dalam muktamar berkenaan, "Mana dia Jawatankuasa Disiplin? Siapakah barisan AJKnya?". Meskipun diajukan dalam bentuk soalan, perwakilan berkenaan memberi cadangan terhadap permerkasaan jawatankuasa berkenaan.

Tentunya soalan yang dilontarkan tersebut adalah mengambil kira kewujudan Jawatankuasa Disiplin DAP yang diketuai oleh Tan Kok Wai dan PKR pula diketuai oleh Dr Tan Kee Kwong.

Perwakilan berkenaan membangkitkan isu berkenaan, rentetan dari tindakan 2 Adun mereka (Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin) yang berpaling tadah, apabila menandatangani perakuan berkanun yang menyokong DS Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti.

Dalam menangani disiplin anggota parti, PAS mengambil pendekatan yang berbeza-beza. Contoh dalam memecat Dato' Dr Hasan Mohd Ali, kes dibawa terus ke Jawatankuasa PAS Pusat untuk membuat keputusan.

Sementara kes pemecatan Ustaz Kazim Elias, ia memadai melalui usul dari Dewan Ulamak PAS Perak.

Bagi kes Saari dan Hasnul, Dewan Ulamak PAS Selangor yang bersidang pada 31 Ogos 2014 telah sebulat suara membuat ketetapan mengutuk dan mengecam tindakan 2 Adun berkenaan, malahan telah mengusulkan mereka dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin untuk tindakan selanjutnya.

Akan tetapi Mustafa mengabaikan saranan dan pandangan tersebut, sebaliknya beliau bertindak sebagai pegawai penyiasat terhadap kes berkenaan, dengan merakam keterangan mereka tanpa merujukkan kes berkenaan kepada Jawatankuasa Disiplin.

Menurut Harakah Daily, Setia Usaha Agung PAS itu dipetik sebagai berkata,"Segala butir-butir percakapan mereka dalam pertemuan dahulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat nanti.

"Dan bergantung kepada mesyuarat untuk membuat keputusannya bagaimana," sambungnya.

Namun begitu, berkemungkinan tindakan Mustafa itu bertujuan untuk mengenal pasti 'broker dan baruah' dikalangan AJK PAS Pusat, iaitu ketika menentukan bentuk tindakan keatas Saari dan Hasnul dalam mesyuarat yang dijadualkan pada 12 Oktober depan.

Sembelih Hadi Awang & Majlis Syura Ulamak Jadi Saranan Ahli Parlimen PAS Sempena Hari Raya Korban


Dengan memilih tarikh sambutan Hari Raya Korban untuk siaran artikel tulisannya, Ahli Parlimen PAS Sepang Mohamed Hanipa Maidin menulis di Malaysiakini, dengan luahan kurang keyakinannya terhadap Islam sebagai mampu menarik sokongan kepada PAS.

Sepatutnya sambutan Hari Raya Korban wajar dimeriahkan dengan takbir 'Allahu Akbar', sebaliknya Hanipa menempelak Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulamak sebagai 2 entiti yang membawa kepada 'kelam kabut' kepada Pakatan Rakyat.

Dalam merujuk kepada isu MB Selangor, Hanipa berpandangan bahawa bahawa 2 entiti berkenaan telah gagal untuk menunjukkan teladan yang baik dalam mendepani krisis, yang akhirnya menghakis keyakinan terhadap PAS.

Tanpa silu, Ahli Parlimen Sepang itu mencadangkan betapa PAS perlu 'diremajakan' dalam konteks memulihkan keyakinan rakyat terhadap PAS.

Apabila Hanipa menggunakan istilah 'rejuvenation' (peremajaan), dengan sendirinya ia membawa maksud bahawa dengan penampilan bercirikan Islam (jubah dan serban) dan pembawaan idealisme Islam sudah tidak relevan bagi PAS untuk berada dalam arus perdana politik negara, apatah lagi untuk duduk bersama Pakatan Rakyat.

Lebih dari itu, Hanipa memaksudkan bahawa selagi Hadi menjadi Presiden dan Majlis Syura Ulamak masih berkuasa dalam PAS, maka ia akan berterusan menghalang langkah Pakatan Rakyat ke Putra Jaya. Justeru, kedua-dua entiti itu sewajarnya di'korban'kan.

Khalid Samad Tak Mampu Bangun


Khalid Samad dulu orangnya gagah. Tapi sekarang dah tak kuat, tak larat malah dah tak mampu bangun.


2 tahun dulu pantang tercuit, cepat bangun Khalid untuk menunjuk perasaan, jika ada isu-isu berkaitan perkara-perkara maksiat.

Misalnya dalam foto atas, Khalid turut serta bersama anak-anak kariah Masjid As-Solihin, Padang Jawa menentang rancangan pembukaan panggung wayang di Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam pada Oktober 2012.

Malangnya bila pesta minum beer 'Oktoberfest Carlsberg' di Shah Alam, Khalid mengatakan sebagai 'boleh dibenarkan'.

Malah Khalid menyalahkan PBT yang tidak mengenakan peraturan ketat.

Sebenarnya, berlangsungnya 'Oktoberfest Carlsberg' bukan disebabkan kelemahan PBT, tetapi disebabkan kelemahan ahli parlimen Shah Alam yang tidak mampu menentang.

Lebih memelikkan, pesta beer ini turut dijadualkan berlangsung pada 17 - 18 Oktober di Centro Mall, Klang yang juga terletak dalam kawasan parlimen Shah Alam yang diwakili Khalid.

Apakah Khalid yang arahkan PBT-PBT dalam kawasannya untuk luluskan?