Saturday, September 21, 2013

Mengapa Tiba-Tiba Hadi Awang Tekankan Dialog PAS-UMNO Tanpa Penyertaan Komponen BN Mahupun PR?


Pada 13 November 2010 PAS pernah menganjur "Seminar PAS Sedia Ganti UMNO" yang berlansung di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Setelah hampir 3 tahun berlalu, sejauh manakah seminar tersebut benar-benar mencapai matlamatnya?

Harus diakui bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara peranan PAS dalam PR dengan peranan UMNO dalam BN. Peranan UMNO yang lebih dominan dalam BN adalah lebih ketara, berbanding dengan ketidakberanian PAS yang amat ketara lemahnya, khusus dalam isu berkenaan Islam dan Melayu.

Pengadilan rakyat terhadap isu berkaitan Islam dan Melayu telah pun dihakimi melalui terjemahan kecenderungan pengundian oleh pemilih Melayu semasa PRU13, apabila PAS gagal mengatasi UMNO dari segi bilangan kerusi parlimen dan DUN.

Terbaru, Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa PAS tidak pernah menutup pintu rundingan dengan UMNO.

Menurut laporan NST,

ALOR STAR: Pas is willing to have a dialogue with Umno on issues concerning Islamic religious and Malay community on a condition that it is done based on four main references, namely Al-Quran, Hadith, 'Ijma ulama' and 'qiyas'. 

Its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said Pas had never shut its door for talks with Umno and stressed that the party was prepared to meet-up anytime based on issues and mutual interests.
 
However, he stressed that the talks would only between Pas and Umno, without the presence of neither components parties from Barisan Nasional or Pakatan Rakyat.
Membaca kenyataan Hadi yang meletakkan syarat dengan menjadikan 4 rujukan yang terdiri dari Al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan qiyas sebagai asas perbincangan, timbul persoalan samada syarat yang serupa menjadi asas perundingan antara PAS dengan PKR dan DAP?

Sepatutnya Hadi mesti menyedari kesilapan, disamping menyesali dengan kedudukan Islam yang dibawa oleh PAS dalam PR. Hakikatnya, Islam bawaan PAS dalam PR bukan disederhanakan, tetapi ia telah direndahkan kedudukannya dalam pakatan berkenaan.

Namun demi agama dan bangsa, tawaran Hadi tidak harus diabaikan begitu sahaja, malah boleh diperluaskan melalui dialog bukan sahaja dengan UMNO, tetapi harus juga disertai oleh Pari Pesaka Bumiputera (PPB) Sarawak.

Ini adalah amat penting dalam mendaulahkan Islam di Malaysia.

Kenyataan Hadi tersebut, sekurang-kurangnya telah memberi isyarat kepada kita yang PAS, khususnya ulamak sudah tidak yakin kepada DS Anwar Ibrahim dan PKR dalam perjuangan meletakkan Islam ditempat yang sepatutnya.

Friday, September 20, 2013

Malaysiakini Lapor Mata Anwar Ibrahim Bengkak Disebalik Kacamata Hitam - Alahan Botox?

"Anwar memakai kaca mata hitam ketika memberi keterangan sepanjang prosiding tersebut dan matanya kelihatan bengkak ketika ditemui pemberita di luar mahkamah. 
Ditanya mengenai matanya yang bengkak, Anwar menjawab ia disebabkan oleh alahan, dan menjangka ia akan pulih tidak lama lagi." - Lapor Malaysiakini
Kelmarin heboh diperkatakan yang wajah Anwar Ibrahim berubah dari biasa, hingga menimbulkan cakap-cakap yang beliau mengambil suntikan botox.

Malah laporan dari Malaysiakini (petikan atas) menyatakan mata Anwar kini bengkak dan apakah gara-gara alahan botox (?).

Thursday, September 19, 2013

Rentak Berubah Bila Mukhriz Umum Bertanding Naib Presiden


Menatap foto di atas, bagai ada kemuafakatan di Kedah untuk membariskan calon-calon untuk Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam keadaan yang demikian, memberi ruang kepada MB Mukhriz Mahathir yang telah secara rasmi mengumumkan untuk turut serta dalam persaingan merebut salah satu dari 3 kerusi Naib Presiden UMNO.

Pastinya penyertaan Mukhriz itu bakal mengubah rentak persaingan untuk Naib Presiden. Dengan penyandang, DS Ahmad Zahid Hamidi, DS Hishamudin Hussein dan DS Mohd Shafie Afdal, ia akan turut disertai oleh DS Mohd Ali Rustam dan DS Isa Samad.

Semasa Tun Dr Mahathir masih dalam masih ditampuk kuasa, kelihatan bagai ada kekangan untuk Mukhriz mencari tapak dalam UMNO. Penglibatannya dalam program-program UMNO adalah atas kapasiti Presiden ANSARA (Alumni Maktab Rendah Sains MARA).

Apabila TDM tidak lagi menjadi PM dan Presiden UMNO, ia bagai membuka kekangan yang membelengu Mukhriz.

Kini Mukhriz sudah tidak menoleh kebelakang dalam menampilkan dirinya sebagai salah seorang calon untuk kepimpinan tertinggi UMNO.

Chin Peng Nak Jadi Menteri Melalui Kerajaan Campuran Ketika Perundingan Dengan Cawangan Khas PDRM


Menyemak kembali butiran perundingan penamatan permusuhan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia pada tahun 1988, buku "Wira Tak Didendang" tulisan Zainudin Maidin (ZAM) mendedahkan bahawa tuntutan utama PKM ialah pembentukan Kerajaan Campuran.

Hal ini membayangkan yang Chin Peng berhasrat menjadi Menteri.

Selain dari itu, tuntutan besar mereka ialah penyerapan anggota PKM kedalam pasukan bersenjata dan polis, disamping diberikan tanah 10 ekar seorang serta PKM dihalalkan sebagai parti politik di Malaysia.

Namun akhirnya Chin Peng sedar bahawa PKM tidak sekuat mana dan menerima syarat penamatan permusuhan dengan perjanjian yang simple dan ditandatangani oleh KSU Kementerian Dalam Negeri, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara.

Artikel 3 di atas adalah sebagai bukti yang anggota PKM diberi peluang untuk menetap di Malaysia, tetapi mengapa Chin Peng tidak memilih untuk berbuat demikian?

Chin Peng pasti mempunyai sebab tertentu dengan keputusan tidak kembali di Malaysia dan penolakan majoriti rakyat Malaysia mungkin menjadi sebab utama.

Dengan pilihan itu, bermakna beliau sendiri tidak berminat menjadi sebahagian warganegara Malaysia yang majoritinya menolak fahaman komunis.

Jika Chin Peng membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia pada 1989, apakah Mat Sabu yang berkira hendak menjadi calon PAS di Nilam Puri, Kelantan akan menyambut dengan tangan terbuka?

Jadi soal membawa kembali abu mayat Chin Peng tidak perlu diusahakan, kerana Chin Peng telah membuat pilihannya.

Tuesday, September 17, 2013

Nasib Aktivis Melayu Sertai DAP - Walaupun Borang Diserah Pada Lim Guan Eng, Nama Tetap Tidak Ada Dalam Senarai Cawangan


Itulah hakikat yang terjadi kepada Aspan Alias yang asalnya adalah pemimpin UMNO peringkat Bahagian yang mencuba nasib menyertai DAP awal tahun lalu, tetapi mendapati namanya tidak terdapat dalam senarai keahlian dalam cawangan di Seremban.

Malang nasib bekas pemimpin UMNO ini, meskipun disambut dengan red carpet dan borang keahlian diserahkan kepada Setia Usaha Agong DAP Lim Guan Eng, namun borang tersebut tidak diproses oleh pengurusan par

Dari pendedahan Aspan itu menyerlahkan kelembapan dalam pentadbiran DAP dan beliau pasti dapat menyaksikan betapa sistem rekod keahlian DAP yang ternyata jauh kebelakang berbanding UMNO.

Ini bermakna DAP tidak layak untuk bercakap bab good governance.

Pendedahan Teman Baik Ahli Parlimen DAP Melayu - PAS Jadi Mangsa Permainan Politik DAP & PKR


Aspan Alias yang pernah menggemparkan politik negara pasca PRU12, apabila menjadi salah seorang dari 2 ahli UMNO yang menyertai DAP,

Penyeryertan Aspan bersama dengan Ariff Sabri Abdul Aziz yang kini menjadi Ahli Parlimen DAP Raub, menarik perhatian kerana kedua-dua mereka pernah menyandang jawatan diperingkat UMNO Bahagian.

Dalam mengulas kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, ahli DAP Melayu itu secara terus-terang menyifatkan PAS menjadi mangsa permainan politik DAP dan PKR. Malah beliau dengan tegas menyatakan bahawa DAP tidak jujur kepada PAS.

Monday, September 16, 2013

GEMPARRR!!! Akhirnya PAS Tunduk Kepada Tekanan DAP - Nik Aziz Mahu Bukan Islam Dapat Agihan Zakat


"Saya mendengar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur. 
Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim," - Nik Aziz Nik Mat
Bagai hajat sebelum memejamkan mata, Nik Aziz syorkan wang zakat diberikan kepada orang bukan Islam. Petikan di atas adalah pandangannya yang dipetik dari kenyataan media Nik Aziz bertarikh 15/9/2013.

Kalau begitu jadinya, bermakna Nik Aziz telah tunduk kepada tekanan DAP yang mahukan wang zakat turut diagihkan kepada orang bukan Islam.

Sebelum ini, Mohamad Razali Abdul Rahman (bekas aktivis dan operatif Melayu-DAP) yang dipecat kerana mendedahkan perancangan DAP menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, pernah membuat kenyataan terbuka yang 2 orang Adun DAP Perak telah bertemu Mufti Perak dengan hasrat mahukan separuh dari agihan zakat diperuntukkan kepada orang-orang Cina.
"Begitu juga wang zakat, boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Bagi DAP, wang zakat merupakan wang cukai, kenapa orang bukan Islam tak boleh guna? 
Semasa saya memberi taklimat ini di hadapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani. Masa saya cakap benda ni, dia stop saya. Dia kata, bukan mereka akan minta, mereka dah minta dah. 
Semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak 11 bulan, dia kata, dua orang ADUN DAP telah datang berjumpa dengan beliau dan minta agar separuh dari wang zakat Perak diberikan kepada orang Cina. Kalau Tuan-tuan sempat berjumpa dengan Tan Sri Harussani, tanyalah dekat beliau. Beliau akan menceritakan segala-galanya. Saya kata mereka akan minta, tapi beliau kata mereka dah minta pun," - Pendedahan Mohamad Razali Abdul Rahman, Bekas aktivis dan operatif Melayu-DAP
Memang diakui bahawa wujud khilaf ulamak berkenaan pengagihan zakat, yang mana ada pendapat yang mengatakan dibolehkan pengagihan kepada bukan Islam. Namun keputusan dibolehkan agihan tersebut kepada bukan Islam, hanya dibuat dalam keadaan Islam itu kuat dan bukan dalam keadaan Islam yang lemah seperti yang dipikul oleh PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan PAS gagal meletakkan Islam ditempat yang dominan dalam Pakatan Rakyat dan ditambah pula dengan kedudukan ekonomi umat Islam yang lebih rendah berbanding dengan bukan Islam samada dalam Pakatan Rakyat mahupun negara, maka saya tidak nampak agihan zakat kepada bukan Islam menjadi keharusan.

Sebaliknya, ia lebih terarah kepada 'pemberian ufti' oleh PAS kepada orang bukan Islam kerana menjadi kelompok yang paling bawah dalam Pakatan Rakyat. Desakan DAP agar agihan zakat kepada orang bukan Islam, hakikatnya adalah berbentuk tekanan. Ini bermakna idea Nik Aziz telah mencemarkan kedudukan Mursyidul Am PAS kerana tunduk kepada tekanan DAP.

Cadangan Nik Aziz yang tidak merujuk kepada suasana dan keadaan, lebih menyerlahkan betapa tidak cerdiknya beliau dalam mengutarakan pandangan. Nik Aziz mengambil contoh agihan zakat kepada bukan Islam di Afrika Selatan, yang hakikatnya begitu berbeza suasana dan keadaannya berbanding Malaysia. Pemimpin Islam mungkin mengambilkiran kedudukan mereka yang minoriti dan atas muslihat tertentu maka agihan kepada bukan Islam terpaksa dibuat.

Tambahan pula, sumber hasil negara dan negeri melalui cukai dan tidak sepenuhnya melalui zakat, maka kebajikan orang bukan Islam boleh dipupuk dan dipelihara melalui sumber cukai.

Melainkan jika ulamak PAS yang mengepalai dan mendominasi Pakatan Rakyat, maka ketika itulah cadangan Nik Aziz akan dilihat sebagai praktikal.

Oleh itu, Nik Aziz seharusnya tidak SUKA-SUKA dan MAIN-MAIN dalam melontarkan pandangan kontroversial yang sedemikian.

Baca kenyataan media penuh Nik Aziz yang dipetik dari Harakah Daily.

Anwar Ibrahim & Nurul Izzah Murung Dihentam Ahli PAS


Resolusi yang dibuat oleh Multaqa Dewan Ulamak PAS Pusat pimpinan Datuk Harun di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut pada Sabtu lepas, bagai sengaja mencari pasal dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, khususnya terhadap Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim.

Tema multaqa sudah cukup untuk menggambarkan sindiran terhadap pemikiran dan tabii politik Anwar Ibrahim, bila Dewan Ulamak memilih ‘Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam’.

'Izzah' yang bermaksud mulia telah digunakan, walhal istilah 'kemulian Islam' lebih manis digunakan. Ia seolah-olah sengaja digunakan bagi memberi gambaran umum, betapa wujudnya 2 'Izzah' iaitu 'Izzah Islam' dan 'Izzah PKR'; yang pada yang sama 'Izzah PKR' dipotretkan sebagai lebih membawa kepada kemudaratan kepada harakah Islam yang dipejuangkan oleh PAS.

Dewan Ulamak dengan nada yang cukup berani mencadangkan supaya Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR (yang sebelum ini menjadi doktrin kepada kerjasama PAS dengan DAP dan PKR) disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah (kepentingan) dan membendung serta menghalang mafsadah (keburukan) Syariah.

Ulamak Islam sebenarnya tidak sepakat dalam menerima pakai doktrin ini, bila mana ada pihak yang menghukumkan 'haram' dan dipihak lain menyifatkan sebagai 'harus'. Baca tafsiran Tahaluf Siyasi di bawah;
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. 
Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama. 
Disamping itu, satu lagi resolusi yang agak kontroversi ialah ketegasan Dewan Ulamak yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS dipilih dari kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa.

Dua resolusi berkenaan sudah cukup untuk mengharu birukan kepimpinan Pakatan Rakyat, khususnya dikalangan para pemimpin PAS sendiri.

Presiden PAS TG Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz terpaksa membuat kenyataan untuk meredakan keadaan. Hadi dalam responsnya terhadap resolusi Dewan Ulamak menjelaskan, "Yang menentukan ialah perwakilan setiap kawasan seluruh negara. Dewan ulama hanyalah satu badan jawatan kuasa, terserah kepada perwakilan seluruh negara," lapor Antara Pos.

Dalam pada itu, Nik Aziz cuba menyelamatkan diri dari 'hentaman' rakan-rakannya dari PKR dan DAP menyatakan bahawa beliau tidak hadir dan tidak terbabit dengan cetusan idea 8 resolusi berkenaan, melalui kenyataan medianya yang disiarkan oleh Harakahdaily.

Sementara itu, Setia Usaha PKR Saifuddin Nasution Ismail meremehkan keputusan Dewan Ulamak PAS tersebut dengan menganggap bahawa ia hanyalah keputusan sayap dalam organisasi PAS.

Secara keseluruhannya, 8 resolusi berkenaan adalah seperti berikut:-

1- Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam.

2- Multaqa Ulamak Se-Malaysia juga mengajak para ulamak haraki PAS bagi melakukan pengukuhan gerak kerja, antaranya:
  • mengukuhkan gerak kerja tarbiyah 
  • mengukuhkan kedudukan kepimpinan ulamak yang menjadi tunjang utama kepada PAS 
  • memperkasakan ilmu pengurusan dan kepimpinan.
3- Multaqa Ulamak SeMalaysia mengambil ketetapan untuk bersama-sama menangani dan menghadapi pemikiran yang merosakkan (haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak tersasar dari asas Islam.

4- Multaqa Ulamak SeMalaysia mengambil ketetapan mencadangkan kepada PAS Pusat supaya melakukan analisa yang menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisa bagi tujuan untuk menilai prestasi PRU13 untuk lonjakan PRU14.

5- Multaqa Ulamak SeMalaysia turut mencadangkan supaya Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah (kepentingan) dan membendung serta menghalang mafsadah (keburukan)Syariah.

6- Multaqa Ulamak SeMalaysia menyarankan kepada semua kerajaan negeri di bawah PR supaya memberi ruang yang munasabah dan bersesuaian kepada ulama haraki PAS yang berkelayakan supaya dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.

7- Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulama dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.

8- Multaqa Ulamak SeMalaysia menyeru kepada seluruh ulamak haraki PAS supaya bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan dalam PRU14 ke arah perlaksanaan Islam yang syumul di Malaysia.

Sunday, September 15, 2013

Selagi Ada Bulan & Bintang Serta Hayat Dikandung Badan Najib Bersumpah................


".........., kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera, usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah, kerana,...... selagi ada bulan dan bintang,.......... selagi hayat dikandung badan, .......... survival Melayu dan Bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila," - Najib Razak
Di atas adalah antara ikrar PM DS Najib Razak yang dilafazkan semasa melancarkan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA, Shah Alam semalam.

Agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera yang dilancarkan oleh Najib merangkumi aspek modal insan khususnya melalui pendidikan, memantapkan pemilikan ekuiti, memperkukuh pemilikan aset dan memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera. (Baca SINI).

Tentunya perlaksanaan agenda ini adalah sebagai membalas budi lantaran undi Melayu dan Bumiputera yang menjadi penentu kepada kemenangan BN dalam PRU13 yang lalu.

Antara perancangan yang dibuat ialah pelancaran ASB2 dengan nilai RM10 bilion, menambah bilangan pelajar dan bilangan kampus UiTM, disampin dana pendidikan MARA yang bernilai RM1 bilion.

Baca teks ucapan penuh Najib klik SINI.