Saturday, May 28, 2011

Ronnie Liu & Gobind Singh Deo Sudah Sedia Untuk Dibakar

Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Lie dan MP Puchong Gobind Singh Deo sudah sedia untuk dibakar.

Mereka bukan minta 1 tapi 2 rumah pembakaran mayat.

Menurut Ronnie, pembinaan rumah pembakaran mayat perlu di setiap PBT bagi kemudahan orang ramai termasuk menjimatkan kos.

Sementara itu Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo juga mahu kreamatorium di Subang Jaya itu mempunyai sekurang-kurangnya dua alat pembakar. [Selangorkini]

KJ Nak Cium Tangan Najib

Mesti sesuatu yang menggembirakan Khairy Jamaluddin.

Setelah kertas cadangan LCCT Labu ditolak, sekurang-kurangnya KJ sudah boleh cium tangan PM, setelah Sendayan dinamakan sebagai lokasi baru menggantikan Sg Besi sebagai pengkalan udara tentera.

GEMAS: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today named Sendayan in Negeri Sembilan as a new base for the Royal Malaysia Air Force(RMAF), replacing the military airport in Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Read more: NST

Friday, May 27, 2011

Najib & Hadi Akan Sertai Anwar Dalam Gotong Royong Rakyat?

(Klik untuk imej yang lebih jelas)
(Free Malaysia Today) - PKR secretary-general Saifuddin Nasution denied allegations that the party is in a financial quandary as the opposition lynchpin faces eviction from its current headquarters. [Malaysia-Today]

Gempar!!! Azmin Ali Nyaris Ditelan Bumi

Disebabkan selalu tidak berada di dalam kawasan telah menyelamat Azmin Ali dari ditelan bumi.

KUALA LUMPUR: Lebih 200 penduduk kawasan perumahan Town Villa, Jalan 8/11, Taman Seri Gombak, dekat sini, bimbang keselamatan mereka terancam selepas tebing bukit berhampiran kediaman mereka runtuh dan pada masa sama hakisan tanah masih berlaku disebabkan hujan lebat beberapa hari lalu.

Runtuhan setinggi kira-kira 30 meter itu bermula sejak dua minggu lalu dan menjadi semakin serius apabila hakisan tanah melebar sehingga kurang 10 meter dari rumah mereka serta sebuah sub stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membekalkan tenaga elektrik di perumahan itu. [myMetro]

Zaid Ibrahim Dah Mula Buat Lawak!


Berita baik untuk mereka yang mirip pelaku dalam video China Doll.

Anda ditawarkan sebuah Roll Royce, jika anda benar-benar pelaku dalam video.

Anda akan diadili oleh 3 panel yang dianggotai oleh Zaid Ibrahim sendiri, Shazryl Eskay dan Ezam Mohd Nor.

Sila tampil jika anda pelakunya!

Laporan penuh baca [FMT]

Kalau Ronnie Liu Dah Serah, Ambil Sajalah!


Dek kerana saling menepis dari mengambil tanggung jawab atas tragedi Rumah Anak Yatim AtTaqwa, Hulu Langat, rasanya elok benar Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah mengambil tanggung jawab tersebut.

Lagi pun Ahli Exco Selangor Ronnie Liu telah pun secara tidak langsung menyerah dan meletakkan tanggung jawab berkenaan.

State Local Government, Research and Development Committee chairman Ronnie Liu said the area laid outside the jurisdiction of MPKJ and it came under the purview of the Rural and Regional Development Ministry.

Read more: [NST]
DS Mohd Shafie Apdal kena cepat ambil, biar padan muka dia orang!

Habislah Ariffahmi Sebab Nik Aziz Dah Ada Khairul Fahmi

Kali ini Ariffahmi kemungkinan tidak boleh lepas. Jangan ingat dia menantu MB Kelantan dia boleh lepas.

Bapa mentuanya TG Nik Aziz Nik Mat kini sudah bagi green light pada SPRM.
Kita pun jangan buat telahan yang Nik Aziz bermaksud, SPRM jangan babitkan diri beliau sekali. Maksud sebenar Nik Aziz ialah supaya SPRM tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada Ariffahmi, meski pun dia adalah menantunya. Walau pun Nik Aziz tak cakap, maksudnya kalau perlu dibelasah dan disumbat dalam penjara, sumbatlah, kalau betul si Ariffahmi tu menantu tak guna.

Ariffahmi kena nilailah diri dia. Apatah lagi Nik Aziz ada lagi satu Fahmi, iaitu Khairul Fahmi.

Bagi Nik Aziz, daripada dia sayang Arifahmi, lebih baik dia sayang Khairul Fahmi. Jasa paling besar Khairul Fahmi ialah jaga gawang Kelantan dan Malaysia dari dibolosi. Sebaliknya Arif Fahmi pula senang-senang membolosi kantung Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK).

Thursday, May 26, 2011

Fariz Musa Gunakan Video Bengawan Solo Untuk Sabotaj Anwar?

Suatu yang menarik sebenarnya, disebalik terbitnya video "Anwar Nyanyi Bengawan Solo" di Youtube.

Saya melihat bahawa wujud konspirasi diperingkat dalaman PKR sendiri untuk menunjukkan jalan keluar kepada Ketua Umum mereka Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pada 24 Mei 2011, Timbalan Pengarah Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor Fariz Musa (gambar bawah) yang menjadi salah seorang penceramah dalam program JELAS - Tawan Malaysia, di Pelabuhan Klang telah menggambarkan Anwar sebagai seorang yang tidak lengkang bertasbih dan berzikir. Fariz seterusnya, memberitahu khalayak bahawa Anwar sentiasa memegang tasbih, malah jika duduk tangannya sentiasa di bawah meja membilang tasbih. Maknanya, mesej yang cuba disampaikan oleh Fariz ialah Anwar adalah seorang yang wara'.

Baca juga bagaimana Fariz buat Nurul Izzah tersipu-sipu di SINI.

Yang peliknya, keesokan harinya (25 Mei 2011) dipaparkan di laman-laman blog video Anwar sedang bergembira menyanyi, sementara ditangannya tidak lekang dengan telefon bimbit dan jari-jarinya aktif bergerak seperti sedang bertasbih.

Adakah itu yang cuba dimaksudkan oleh Fariz sebenarnya? Maksudnya apa yang dikatakannya sebenarnya berlawanan dengan watak sebenar Anwar?

(Video asal yang telah di'private'kan)

Tonton pula video yang telah di'upload' semula (dibawah) dan cuba cam imej lelaki yang tiba-tiba mucul di skrin di minit 1:31, samada mirip Fariz Musa seperti gambarnya (di atas).


Kalau tiada garisan hitam dibahagian paling bawah skrin, pasti akan jelas kelihatan jejari Anwar aktif bermain keypad telefon. Apakah ini yang dimaksudkan oleh Fariz Musa sebagai asyik bertasbih di bawah meja?

Baca link yang berkaitan dengan video ini di SINI dan SINI.

Teresa Kok Ikut Rombongan Najib Ke Tokyo?

Gambar Hiasan

Betulkah Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor Teresa Kok ikut misi dagang Najib ke Tokyo?

Pasti beliau pergi, jika tidak masakan boleh dapat pelaburan RM3.8B?

Bravo Teresa Kok!!!

Syarikat Jepun dijangka labur RM3.8 bilion 2011-2012

26/05/2011 3:49pm

TOKYO 26 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, syarikat-syarikat Jepun telah mengesahkan bahawa mereka akan melabur RM3.8 bilion di Malaysia antara tahun ini dan tahun depan di dalam pelbagai sektor, yang mencerminkan kepercayaan berterusan Tokyo terhadap Malaysia sebagai destinasi utama di rantau ini.

Bagi tempoh jangka panjang antara 2013 dan 2015, mereka akan membuat pelaburan kira-kira RM5.22 bilion di dalam projek-projek berkaitan elektrik dan elektronik, logam, biomas, PCP serta substrat yang digunakan untuk membuat pemacu cakera keras, kata Perdana Menteri kepada pemberita mengenai lawatan dua harinya ke Jepun di sini.

Pelaburan jangka panjang itu termasuk pelaburan Tokuyama Corporation di Bintulu yang mengeluarkan polisilikon, sejenis bahan yang digunakan untuk mengeluarkan sel solar dan elektronik.

Fasa pertama loji itu terdiri daripada pelaburan RM3.7 bilion yang akan siap pada 2013. - Bernama/Utusan

Teng Chang Khim Semakin Pro Kerajaan

Speker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim yang duduk sepentas dengan Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang yang terdiri dari Charles Santiago (DAP-Klang), Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Nurul Izzah (PKR-Lembah Pantai) mengakui yang kini, beliau seolah-olah kehilangan aura sebagai pembangkang dan pidatonya tidak sehebat ketiga-tiga Ahli Parlimen tersebut, walhal beliau pernah menjadi Ketua Pembangkang di DUN Selangor.

Alasannya, beliau kini adalah sebahagian anggota kerajaan Negeri Selangor.

Oleh itu, pidatonya lebih fokus kepada propaganda dan sempat menggariskan kejayaaan Kerajaan PR Selangor dalam tempoh 3 tahun tetapi sukar untuk dipercayai oleh rakyat Selangor, iaitu:-

1. Menubuhkan kerajaan bersih dan bebas rasuah, tapi sebenarnya


2. Kerajaan yang lebih mampu dari segi pentadbiran, tapi sebenarnya


3. Mengembalikan maruah rakyat, tapi sebenarnya

Video Private Life Anwar Yang Gagal Dipadamkan


Video yang di'private'kan telah berjaya di'rakyat'kan. Ditemui di [Sahabat Gunung]

Lagi Satu Skim Yang Bakal Didakwa Idea Nurul Izzah

Skim Insuran Ketua Isi Rumah (KIR) bakal di'claims' sebagai idea Nurul Izzah dan mempunyai kepentingan PM.

Kita tunggu respons dari para pemimpin PR berkenaan skim tersebut yang telah diumumkan oleh DS Sharizat Abdul Jalil hari ini.

Kerajaan sediakan insurans hayat kepada ketua isi rumah

25/05/2011 8:22pm

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kerajaan pada tahun ini mula memberikan insurans kepada keluarga berpendapatan rendah terutama ketua isi rumah (KIR) jika berlaku kematian atau kecederaan kekal, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, skim itu adalah satu inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Isi Rumah Berpendapatan Rendah bertujuan membantu isi rumah dari segi kewangan jika terjadi kematian dalam kalangan KIR.

"Terdapat tiga skim di bawahnya iaitu skim perlindungan hayat, skim kemalangan dan skim khairat kematian yang meliputi ketua keluarga, pasangan dan juga anak-anak.

"Skim ini layak diterima semua ketua isi rumah yang disahkan berdaftar dalam sistem e-Kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri sehingga Januari 2011,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sijil insurans skim itu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini hari ini.

Shahrizat berkata, kerajaan membelanjakan RM12 juta untuk mendapatkan insurans dari Syarikat Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz) untuk diberikan kepada 100,000 ketua isi rumah seluruh negara. – Bernama/Utusan

Wednesday, May 25, 2011

Hidup-Hidup PAS Kena Tipu Dengan DAP Akibat Jahil Tak Ikut Arus Perdana!

Selangor Capai Jumlah Pelaburan Asing Tertinggi Bagi Tempoh Januari - Mac 2011

SHAH ALAM 25 MEI : Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok berkata jumlah pelaburan asing dan projek perindustrian yang tertinggi di Malaysia menunjukkan bahawa ekonomi Selangor terus mantap dan merupakan destinasi pelaburan popular bagi pelabur asing dan tempatan.

Menurut Teresa statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mac 2011 mengikut negeri menunjukkan bahawa Selangor mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 2.5 billion bagi tempoh tersebut.

Selangor juga berjaya mencapai jumlah pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM 1.5 billion. Angka ini merupakan dua kali ganda negeri di tempat kedua iaitu Johor yang memperolehi nilai pelaburan asing sebanyak RM 766 juta.Ia diikuti oleh Sarawak di tempat ketiga dengan pelaburan asing sebanyak RM 656 juta.

Tambah Teresa, Selangor juga mencapai jumlah projek perindustrian yang diluluskan yang tertinggi di Malaysia dengan 59 projek perindustrian. Angka ini merupakan 32 peratus daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

"Daripada 59 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 43 merupakan projek baru manakala baki 16 merupakan projek yang diperkembangkan,Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 51 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 20 projek," katanya.

Menurut Teresa lagi, Selangor mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang kedua tertinggi di Malaysia dengan 3,880 pekerjaan.

Sementara itu RM 1.5 billion atau 60 peratus daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala 40 peratus atau RM 1 billion terdiri daripada pelaburan tempatan.

"Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan juga berpuas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor, maka mereka sudi melabur di Selangor.

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Korea Selatan menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM637 juta, diikuti oleh Singapura dengan RM 485 juta, dan Australia dengan RM102 juta." katanya. -tvsnews

Tahniah Selangor, tahniah Tan Sri Khalid Ibrahim, tahniah YB-YB PR Selangor. Begitu juga Pulau Pinang. Anda membuktikan PR BOLEH dan menutup terus pintu kritikan para menteri UMNO BN yang selama ini memburuk-buruk pemerintahan PR kononnya PR tidak tahu dan tidak pandai mengurus dan mentadbir kerajaan. [Greenboc]

Aku dah jangka awal-awal lagi, juak-juak pakatan yang tak tahu malu akan claim bab bawa masuk pelaburan asing, itu kerja-kerja mereka.

Pelaburan dari Korea Selatan dibawa oleh PM DS Najib. Baca [SINI]

Pelaburan dari USA pun dibawa masuk oleh DS Najib. Baca [SINI]

Takkan Tiba-Tiba Video Mirip Anwar Di'Private'kan?


Tiba-tiba sahaja video mirip Anwar sedang bergembira di'private'kan.

Inilah jenis manusia, bila senang di'private'kan, bila susah di'rakyat'kan.

Maka Terus Berkokoklah Ayam-Ayam Pakatan.......

Kabinet telah pun memutuskan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95, disel dan gas petroleum cecair.

Pastinya, ayam-ayam Pakatan Rakyat tidak akan berhenti berkokok dan akan mendakwa ini adalah hasil usaha mereka.

Kerajaan BN tidak zalim, malah diperingkat dalaman BN sendiri pun tidak bersetuju. Dr Khir Toyo menulis di blognya,

"Dulu saya cadangkan supaya ditutup sahaja Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana yang dibuat bukannya rasional sangat kepada rakyat. Makmal ini harus melihat isu subsidi secara keseluruhan bukannya secara berasingan." [Laporan penuh di SINI]

Mirip Anwar Lagi?


Dalam perjalanan bertemu mata air dari Solo?

Fariz Musa Sahkan Wan Azizah & Nurul Izzah Telah Tonton Video China Doll!

Fariz Musa, Ahli MPP PKR merangkap Timbalan Pengarah Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor telah membuat pendedahan terbuka bahawa DS Wan Azizah dan Nurul Izzah telah menonton vcd terhangat dipasaran yang melibat suami dan papa masing-masing.

Nurul Izzah yang turut berada di pentas ketika itu, menjadi tidak tentu arah apabila pendedahan tersebut dibuat oleh Fariz.

Kedua-dua mereka berada di atas pentas yang sama dalam program JELAS - Tawan Malaysia di Pelabuhan Klang yang berlangsung malam tadi.

Dengan mengambil contoh kes kematian kemalangan jalan raya, Fariz menambah, biasanya isterilah yang akan membuat pengecaman. Wan Azizah dan Nurul Izzah telah menonton video berkenaan dan menafikan imej lelaki itu adalah Anwar Ibrahim.

Mereka yang hadir, menunggu-nunggu penafian dari mulut Nurul Izzah sendiri tapi hampa apabila Nurul Izzah tidak menyentuh secara khusus berkenaan imej tersebut. Beliau sekadar mengatakan "tidak elok kalau anak-anak menonton video berkenaan".

Terdengar bisikan orang yang berada disebelah kepada rakannya, "sekurang-kurang katakanlah - papa saya tak ada seluar dalam seperti yang dipakai oleh lelaki dalam video itu"!

Kasihan Nurul Izah - Penonton Ceramah Seorang Demi Seorang Beredar Bila Mula Berucap

Malam tadi telah diadakan Program Jelajah Selangor (JELAS - Tawan Malaysia) anjuran Pakatan Rakyat Selangor, di Dewan MPK, Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang. Lebih kurang program ini nak counter program SDDElah tu.

Antara penceramahnya ialah Timbalan Pengarah JLKS Fariz Musa, MP Klang Charles Santiago, Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim, MP Shah Alam Khalid Samad dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah.

Kehadiran lebih kurang 600 orang. Anggaran dibuat berdasarkan 40 kerusi X 15 baris. Itu pun tutup sebelah mata, anggap semua kerusi penuh walhal banyak yang kosong.

Jumlah derma dikutip malam tadi, seperti diumumkan oleh pengerusi majlis ialah sebanyak RM576. Jadi purata derma dihulur setiap orang, pastinya bawah RM1 atau lebih tepat 96 sen. Logik juga, takkan dia orang nak derma lebih dari elaun Penasihat Ekonomi Selangor (RM1 sebulan).

Kasihan betul kepada Nurul Izzah. Bila beliau mula berucap, seorang demi seorang bangun dan beredar. Salah seorang yang bangun beredar ialah Pak Imam kawasan tersebut. Kalau dia minat tentu dia tunggu hingga ucapan Nurul berakhir.

Tuesday, May 24, 2011

Beza Antara Najib & Anwar Mengikut Pandangan Teman Sepermainan Anwar


Mengikut pandangan teman sepermainan Anwar S. Gobalakrishnan, Najib turun ke bawah menemui rakyat untuk mendengar dan memahami kehendak rakyat, lantas memenuhi hasrat rakyat.

Sementara Anwar menemui rakyat untuk memecah belahkan rakyat dan membangkit rasa kebencian terhadap seteru-seteru politiknya. Akhirnya, meninggalkan keadaan lintang pukang dalam masyarakat.

Percaturan Dalam PAS Sudah Bermula - Tuan Ibrahim Bertanding Timbalan & Husam Bertanding Naib

Tuan Ibrahim Bertanding Timbalan

Husam Musa Bertanding Naib

Umpama buah-buah catur sudah mula digerakkan. Begitulah yang boleh diandaikan dari reaksi pengesahan kemasukan Tuan Ibrahim Tuan Man dalam persaingan Timbalan Presiden PAS.

Kemudian, disambut pula penerimaan pencalonan Husam Musa untuk jawatan Naib Presiden. Apa yang menarik, Husam memberitahu bahawa kesediaannya untuk bertanding adalah untuk kekosongan yang ditinggalkan oleh Tuan Ibrahim, ekoran hasratnya bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Gerak demi gerak buah-buah catur, memungkinkan terkuisnya penyandang jawatan Nasharuddin Mat Isa dari saf kepimpinan tertinggi PAS.

Apa pun kuasa penentu ialah para perwakilan PAS yang akan menyertai muktamar yang bakal berlangsung minggu depan.

Strauss-Kahn Perlu Banyak Belajar Dari Anwar Ibrahim

Jangan gusar.

Strauss-Khan mesti cari first available flight ke Kuala Lumpur. Beliau kena banyak belajar dengan Anwar Ibrahim dan pasukan peguamnya yang terhebat untuk berdalih.

DNA Strauss-Kahn ditemui pada baju pekerja hotel

24/05/2011 1:18pm

NEW YORK 24 Mei - Pasukan penyiasat menemui DNA bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn pada baju yang dipakai pekerja hotel di Manhattan yang dilaporkan cuba dirogolnya.

Associated Press yang memetik dua orang sumber berkata, selepas ujian dijalankan, DNA yang ditemui pada baju berkenaan adalah sepadan dengan sampel DNA Strauss-Kahn.

Pemimpin IMF itu meletakkan jawatan selepas dia ditahan kerana melakukan serangan seksual ke atas pekerja hotel tersebut baru-baru ini. - AP/Utusan

Susah Sangatkah Cari Kambing Hitam? Kambing Janapala Kan Ada Depan Mata

McTheory dan Husin Lempoyang sebok mencari sukarelawan kambing hitam.

Apa susah sangat, ambil tali dan jerut kat leher kambing janapala depan mata!

Kini Sah, Orangnya Bukan Anwar Ibrahim

Kekosongan jawatan Ketua IMF pastinya bukan milik Anwar Ibrahim.

Gabenor BNM TS Dr Zeti Akhtar Aziz menjangka secara tradisinya penjawatnya adalah dari Eropah.

Ketua IMF baru secara tradisi dari Eropah: Zeti


2011/05/23

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, menjangkakan Pengarah Urusan baharu Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah dari Eropah.

Namun, beliau mahu melihat pemilihan berasaskan merit.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Pusat Antarabangsa untuk Kepimpinan dalam Kewangan (Malaysia), di sini hari ini, beliau berkata, pengarah urusan baru itu yang akan memantau sistem kewangan dunia, mestilah seseorang yang bersedia untuk bekerja untuk kebaikan dunia.
Zeti mengenepikan dirinya untuk jawatan itu sambil berkata: "Saya akan terus berada di Malaysia.

"Tempoh perkhidmatan saya baru sahaja dilanjutkan lima tahun lagi. Saya mahu memastikan peralihan Malaysia menjadi ekonomi maju."

Mengulas siapa pilihan Malaysia untuk jawatan itu, Zeti berkata, tidak ada perbincangan setakat ini mengenainya antara bank pusat dan Kementerian Kewangan.

"Kami tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan Kementerian Kewangan. Secara tradisinya ia calon Eropah dan besar kemungkinan ia akan terus diterajui tokoh dari Eropah." - BERNAMA /Berita Harian

Takkan Kerana Anwar Ibrahim Masih Bertenaga Maka Usia Persaraan Perlu Dinaikkan Ke 62 Tahun

Cadangan telah dibuat oleh MTUC Cawangan Sarawak agar usia persaraan sektor swasta dianjakkan ke 62 tahun.

Begitu menarik cadangan tersebut, memandangkan Anwar Ibrahim yang telah berusia 64 tahun pun masih gagah.

KUALA LUMPUR: Private sector workers have called for a gradual increment of retirement age to 62.

They proposed a retirement age of 58 by Jan 1, 2012, and to increase it by one year every three years to reach 60 by 2018 and 62 by 2024.

The proposal was tabled at the Human Resources Ministry's focus group meeting recently by Malaysian Trades Union Congress (Sarawak branch) secretary Andrew Lo.


Read more: [ NST]

Monday, May 23, 2011

Mat Sabu & Che Gu Bard Berpakat Untuk Kenen Siapa?


Mat Sabu mula bermain politik dalaman parti sendiri.

Beliau dengan yakin akan dapat mengumpulkan 100,000 ahli PAS untuk perhimpunan "Walk For Democracy" anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (Bersih). [Malaysiakini]

Pengumuman beliau, atas kapasiti Badan Penggerak Mobilisasi PAS dibuat ketika menjelang 2 minggu pemilihan PAS.

Sementara itu, Chegu Bard atas kapasitinya sebagai Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun menyatakan kesediaanya untuk menyertai Mat Sabu untuk perhimpunan tersebut. [Blog Chegu Bard]

Dalam hati Mat Sabu dan Chegu Bard terdetik kata-kata masing-masing ditujukan kepada Nasharudin Mat Isa dan Sam Ketot, "Kau boleh kumpul orang, macam aku ke?".