Wednesday, October 22, 2014

Tiada Yang Percuma Dalam PAS - Bayaran RM50 Untuk Sertai Sambutan Hari Hudud Peringkat Negeri Terengganu


Harakah Daily melaporkan, PAS Terengganu akan menganjurkan sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu pada Ahad, 26 Oktober ini.

Tentunya program ini adalah tindak balas terhadap tekanan demi tekanan yang diberikan terhadap PAS oleh DAP supaya membatalkan sama sekali hasrat melaksanakan hukum hudud.

Namun begitu tiada yang percuma dalam PAS, kerana jika anda berhasrat menyertai sambutan berkenaan, anda mesti membayar RM50.

Cuba anda perhatikan pada banner di atas.

Bahana Menerima Bantuan Syaitan - PAS Kini Sibuk Dengan Pemulihan Akidah Dikalangan Ahli Parti


PAS kini terperangkap dalam menentukan halatuju perjuangannya, gara-gara kesilapan menerima apa juga bantuan, meski pun datangnya dari syaitan.

Mungkin tuturan kata-kata Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz sekadar berkias bagi menunjukkan bahawa PAS sedia berkerjasama dengannya, asalkan dapat menumbangkan UMNO/BN, namun ia telah mendatang mudarat yang amat besar pada hari ini.


Atas dasar yang disandarkan atas matlamat menjatuhkan kerajaan UMNO/BN, tanpa pegangan untuk mendapat redha dari Allah, kerjasama PAS dengan DAP serta PKR tidak menampak hasil dakwah yang diharapkan, sebaliknya PAS menerima bahana secara langsung dari segi pencemaran idealismenya, mahupun dari segi struktur parti berkenaan.

Bermula dari krisis perlantikan MB Selangor, mendedahkan betapa dari segi menangani dan pendekatan yang digunakan dalam penyelesaian krisis jelas berbeda.

Percanggahan pendapat dibuktikan dalam Muktamar PAS Pusat 2014 yang berlangsung di Johor September lalu, bila berlaku pertembungan idea yang saling berlawanan sesama perwakilan, termasuk di barisan kepimpinan tertinggi mereka.

Adalah sukar untuk menafikan bahawa pertembungan ini adalah antara kelompok pro ulamak dengan kelompok profesional.

Rentetan dari apa yang berlaku di mukatamar berkenaan, ternyata bahawa kelompok pro ulamak tidak senang duduk dan melalui Lajnah Dakwah PAS Pusat bingkas untuk memperbetulkan pemikiran ahli-ahlinya serta memperkasa idealisme mengikut acuan mereka.

Golongan pro ulamak mula sedar akan ancaman liberalis, yang apa mereka labelkan sebagai 'Islam tanpa syariat' sedang melanda PAS. Ancaman liberalis ini sudah ketahap mempertikai Majlis Syura Ulamak, disamping luahan tidak senang terhadap kepimpinan ulamak.

Oleh itu mereka telah memulakan program yang dipanggil sebagai 'Nadwah Permekasaan Du'at' atau dengan ringkasannya NEKAD.

Setakat ini NEKAD 1.0 dan NEKAD 2.0 telah pun selesaikan dilaksanakan, malah NEKAD 3.0 akan menyusul pada 1 November 2014, di Merbok, Kedah.

NEKAD 1.0 telah berlangsung pada bulan September dengan fokus menjurus kepada pemerkasaan fikrah dan ideologi, sementara NEKAD 2.0 yang baru berlangsung bulan ini adalah bertemakan 'Melestarikan Keistiqmahan Perjuangan Islam'.

Dalam pada itu NEKAD 3.0 bulan depan akan membawa tajuk 'Daie : Mendepani Serangan Pemikiran'.

Jelas bahawa tumpuan kini lebih terarah kepada dakwah dikalangan ahli PAS sahaja. Menurut AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan, NEKAD merupakan wacana pengukuhan akidah. Dengan berterus terang beliau menyatakan bahawa matlamat program ialah menangkis serangan ideologi yang merosakkan akidah termasuklah yang datang dari fahaman Syiah, Islam tanpa Syariat, Islam Liberal dan seluruh jaringan mereka.

Melihat kepada trend, berkemungkinan NEKAD akan berlangsung setiap bulan sehinggalah ke tarikh pemilihan PAS Pusat yang dijadual berlangsung Jun tahun depan.

Nampak gayanya, kelompok pro ulamak telah bertindak 'menyediakan payung sebelum hujan'!

Tuesday, October 21, 2014

Puting Beliung & Banjir Sempena Kedatangan Anwar Ibrahim Ke Klang


Petang tadi KetUm Anwar Ibrahim telah melakukan walk about di Little India, Klang.

Walau bagaimana pun, telah berlaku puting beliung dan banjir di beberapa kawasan di Klang.


Berikut adalah antara beberapa kesan akibat puting beliung berkenaan.





Antara kawasan yang terjejas teruk ialah kawasan Pendamaran Jaya dan Kampung Pendamar, yang kedua-dua kawasan berkenaan adalah dibawah DUN Pelabuhan Klang yang diwakili oleh TS Abdul Khalid Ibrahim.

Monday, October 20, 2014

Azmin Ali & Anwar Sama Sahaja Anutannya


MB Selangor Azmin Ali mengambil kesempatan dari pelancaran 'Bulan Bahasa Kebangsaan' peringkat negeri Selangor untuk menterjemah tiga buku ke Bahasa Melayu, iaitu;
  1. World Order - Henry Kissinger
  2. Einstein: His Life and Universe - Walter Isaacson
  3. Jinnah, Pakistan and Islamic Identity: The Search for Saladin - Akbar Ahmed
World Order umumnya adalah suatu kerangka yang ditulis oleh Henry Kissinger (Bekas Setia Usaha Negara Amerika) dalam mewujudkan suatu bentuk hubungan kuasa besar berdasarkan 'Sistem Walphian' dan keseimbangan kuasa, yang dipraktik secara global dan bukan berasaskan wilayah.

Dalam pada itu Einstein: His Life and Universe pula lebih menjurus kepada biografi sainstis terkemuka Albert Einstein yang ditulis dari sisi pendirian politiknya sebagai pendukung federalisme sejagat, internasionalisme, pasifisme dan sosialisme demokratik, dengan pengabdian yang kuat untuk kebebasan individu dan kebebasan bersuara.

Sementara buku Jinnah, Pakistan and Islamic Identity: The Search for Saladin digarap berkenaan Mohammed Ali Jinnah, bapa penubuhan negara Pakistan (sebelumnya adalah sebahagian dari India). Jinnah awalnya membawa slogan 'negara Islam' untuk tujuan pemisahan Pakistan dari India, tetapi kemudiannya memilih sekularisme, apabila bertindak mengumumkan bahawa agama tiada perkaitan dengan negara.

Jika diamati dengan usaha penterjemahan yang dilakukan oleh Azmin ini, jelas bahawa anutan pemikirannya adalah sama dengan DS Anwar Ibrahim.

Ia adalah suara liberalis dan pada masa yang sama cuba memesongkan pegangan dan anutan politik PAS, supaya tidak lagi menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Dengarkan sendiri pengumuman Azmin berkenaan usaha penterjemahan tersebut dalam video di bawah;


PAS sebenarnya telah awal-awal lagi telah diberi amaran berkenaan hal ini sejak 2012 lagi dan boleh rujuk SINI.

Soalnya sekarang, apakah PAS Selangor bersetuju dengan penggunaan wang rakyat Selangor untuk menterjemahkan ketiga-tiga buku berkenaan?

Anwar Ibrahim & Khalid Ibrahim Mendarat Di KLIA Pada Tarikh Yang Sama Dengan Tekad Untuk Lawan


Menarik sekali apabila dua seteru dari Bani Ibrahim, DS Anwar Ibrahim dan TS Abdul Khalid Ibrahim mendarat di KLIA pada tarikh yang sama, cuma dipisahkan oleh waktu yang berlainan.

Anwar yang tiba malam tadi dari London, disambut dengan kata sokongan dari penyokong-penyokongnya di media sosial, "Berani Pulang! DS tiba di KLIA dari London. Tenang & Lawan tetap lawan".


Sementara Khalid yang tiba lebih awal (awal pagi) dari Brisbane, turut menggunakan "lawan tetap lawan", sejurus mendarat di KLIA.

"Saya tidak akan ''mengalah dan meletakkan jawatan'' sebagai ADUN Pelabuhan Kelang maupun Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.. Saya akan lawan untuk membersihkan nama baik saya, biar Rakyat Menjadi Hakim Negara pula," katanya yang dipetik oleh FB Archide-Cronnix.

Elok sangatlah tu dengan pertembungan Anwar vs Khalid yang kedua-duanya pernah bersama mempunyai kedudukan penting dalam PKR, tetapi kini bertembung menggunakan platform 'Rakyat Hakim Negara' untuk menyelak kain masing-masing.

Syabas untuk kedua-dua Bani Ibrahim, lawan jangan tak lawan!

Sunday, October 19, 2014

Pemimpin PAS Bidas Kesatuan Sekerja MAS Kerana Tidak Membantu Memulih Imej Syarikat


Pemimpin PAS Dr Dzulkefly Ahmad telah menggariskan 3 cadangan kepada MAS dalam memulihkan organisasi syarikat penerbangan nasional berkenaan, melalui artikelnya di Harakah Daily;

  • Mengatasi permasalahan pengurusan yg tidak cekap dan berkesan di segi ‘Menajamkan Akumen Strategi Bisnes bagi menangani cabaran persaingan sengit perkhidmatan ‘routes’ serta kawalan kewangan dan pelaburan-perolehan supaya produktif dan berpulangan tinggi. 
  • Menghentikan campurtangan politik yang menyiksa pengurusan..’Political Interference’ yg menganggu kelancaran pengurusan di segi pengambilan, perlantikan dan kenaikan pangkat serta khususnya di segi pemberian kontrak servis dan perbekalan yang 'berat sebelah' serta membebankan kewangan dan menguntungkan kroni.
Akan tetapi, suatu perkara yang amat memeranjatkan apabila beliau turut membidas peranan kesatuan sekerja syarikat penerbangan itu, yang terlalu bersifat menekan pengurusan, hingga tidak langsung membantu dalam pengukuhan MAS.

Beliau menulis saranan ketiga beliau (disamping 2 saranan di atas) seperti berikut,
  • Mengimbangi peranan dan tekanan kesatuan sekerja yg ditanggapi terlalu kuat dan tidak membantu pencapaian prestasi dan keefisienan sistem pengurusan. Peranan mereka mesti diolah dan ditala bagi memperkukuhkan MAS dan tidak sebaliknya.

Ini Dia Wajah Perwakilan Gerakan Yang Kata Melayu Pun Pendatang Di Malaysia


Seperkara yang mungkin yang Tan Lai Soon (Perwakilan Gerakan Johor) tak ambil tahu ialah berkenaan definisi 'wilayah kebudayaan Melayu' hingga membuat kenyataan bahawa Melayu pun adalah pendatang di Tanah Melayu.

Lantaran penjajahan Inggeris dan Belanda di wilayah kebudayaan Melayu, mereka meracik wilayah ini mengikut kepentingan kedua-dua kuasa Eropah berkenaan.

Kerajaan Melayu Melaka wujud pada kurun ke 15, meliputi sebahagian besar Semananjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Perjanjian Inggeris - Belanda (1824) membahagikan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura sebagai wilayah Inggeris, sementara Kepulauan lain seperti Batam, Sumatera dan Jawa sebagai milik Belanda.hawa

Walhal sebelum ini, mobilasi penduduk adalah bebas di wilayah-wilayah berkenaan.

Perlu diingat bahawa Indonesia hanya wujud pada tahun 1945 dan Tan Lai Soon sudah bernaib baik bila Gagasan Melayu Raya tidak menjadi kenyataan.

Apa pun, masing-masing kena faham hakikat yang dihadapi hari ini.