Friday, March 29, 2013

Dr Juanda Jaya Bakal Lakar Sejarah Sebagai Anak Sarawak Jadi MB Di Semenanjung?

Kalau sudah sememangnya takdir Allah s.w.t, maka tiada sesiapa pun jua yang boleh menghalang Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dari dilantik sebagai MB Perlis selepas PRU13.

Andai ini terjadi, maka Mufti Perlis berkenaan bakal melakar sejarah sebagai anak Sarawak yang pertama dilantik menjadi MB di sebuah negeri di Semenanjung.

Dr Juanda Jaya dan bekas Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin dinamakan oleh bekas MB Perlis DS Sahidan Kasim sebagai layak dilantik untuk jawatan MB Perlis.

Khabar angin menyebut bahawa pihak Istana Perlis mahu Dr Juanda dilantik sebagai MB.

Thursday, March 28, 2013

Apa Akan Jadi Kalau Najib Sengaja Buat Keras Biarkan Parlimen Terbubar Automatik?

Negeri Sembilan pada hari ini telah mencatat sejarah sebagai negeri pertama di dalam Persekutuan Malaysia yang Dewan Undangan Negeri (DUN)nya terbubar secara automatik. Dengan itu bermakna seramai 36 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menjadi kelompok pertama yang tidak lagi bergelar YB di kawasan masing-masing hasil dari eksperimen yang pertama kali diperkenalkan dalam sejarah PRU Malaysia.

Lihat senarai Adun terbabit yang dipetik dari Wikipedia.


Eksperimen ini turut mencatat:-
  • Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan menjadi ketua negeri yang pertama tidak menandatangani perisytiharan pembubaran DUN
  • MB Negeri Sembilan menjadi MB yang pertama yang tidak memohon perkenan Diraja untuk pemburan DUN
  • Speaker DUN Negeri Sembilan menjadi Speaker DUN yang pertama memaklumkan terbubarnya DUN dengan sendiri.
Persoalannya, apakah pembubaran automatik DUN Negeri Sembilan berdasarkan tarikh matang ini adalah sebahagian dari isyarat dari PM DS Najib bahawa PRU akan diadakan hanya selepas kesemua DUN dan Parlimen mencecah tempoh matang?

Berdasarkan kepada tarikh terbubarnya DUN Negeri Sembilan pada hari ini, tarikh terakhir Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan adalah pada 27 Mei 2013.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan Utusan, DUN Kedah, Sabah dan Terengganu akan mencapai tarikh matang pada 5 Mei 2013.

Jika PM mengambil pendirian untuk menggunakan eksperimen ini sebagai precedent dimasa akan datang, PRU masih boleh diadakan serentak mengikut ketetapan SPR (SPR telah mengumumkan bahawa PRU13 akan diadakan serentak - kecuali PRN Sarawak), walau pun menunggu sehingga tarikh matang di 3 negeri terakhir berkenaan.

Dengan mengambil kira tarikh pembubaran automatik pada 5 Mei 2013 dan tempoh minimum kempen 10 hari yang ditetapkan oleh SPR, PRU serentak boleh dilaksanakan pada hari terakhir (tempoh 60 hari) bagi PRN Negeri Sembilan, iaitu sebelum 27 Mei 2013.

Andai perkara ini berlaku, maka secara lansung PM akan dapat mematikan cakap-cakap di pihak pembangkang yang kononnya wujud campurtangan badan eksekutif dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Wednesday, March 27, 2013

DUN Negeri Sembilan Bakal Terbubar Tengahmalam Ini - Mari Sorot Kembali Kenangan Paling Pahit ADUN PKR Dalam Sidang DUN Berkenaan


Hanya beberapa jam lagi maka terbubarlah secara automatik Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Bagi Cikgu Rashid Pendek yang telah menjadi ADUN Ampangan selepas PRU12, sudah cukup baginya kerana tercapai juga hajat menjadi YB.

Dalam suka selama 5 tahun menjadi YB, masakan Cikgu Rashid Pendek dapat melupakan peristiwa hitamnya dalam Sidang DUN.

Mari kita imbas kembali, pada peristiwa "Jangan asyik membeli nombor ekor" dalam video di bawah.

Tawaran Gencatan Senjata Bersyarat Papa Gomo Kepada Wan Azizah - Beri Tempoh 3 Hari Kepada Anwar Untuk Berundur Dari Politik

 

Pertikaian Papa Gomo - Anwar Ibrahim telah sampai ke fasa gencatan senjata.

Dalam surat terbuka Papa Gomo kepada Wan Azizah, tawaran gencatan senjata bersyarat telah dikemukakan oleh Papa Gomo untuk tindakan lanjut dari Presiden PKR tersebut.

Papa Gomo telah memberi tempoh 3 hari (sehingga hari Jumaat) untuk Anwar berundur terus dari dunia politik, bagi memberi laluan kepada penguatkuasaan gencatan senjata.

Baca surat terbuka Papa Gomo, klik SINI.

Lagi Blogger Akan Dihadapkan Ke Mahkamah


Notis saman telah diterima oleh seorang blogger untuk hadir ke Mahkamah Majistret Sepang pad 23 Mei 2013 jam 8 pagi.

Kesnya adalah seperti di bawah.


Perlu diingat bahawa saman AES telah mendapat reaksi pro & kontra, walau pun dikalangan para penggubal undang-undang dari BN sendiri.

Beberapa orang MP BN telah pun menyuarakan pandangan mereka yang menolak kaedah saman berkenaan, apatah lagi penolakan total di pihak pembangkang.

Sementara itu, Peguam Negara pernah membuat kenyataan pada Disember 2012 bahawa semua pendakwaan mahkamah terhadap saman berkenaan dibekukan, rujuk SINI.

Bila saman kepada pesalah-pesalah trafik berkenaan mula diedar kembali, ia menimbulkan kekeliruan samada pihak Peguam Negara telah membatalkan pembekuan tersebut?

Bagi saya, ia bukannya soal menentang perlaksanaan saman dan proseding mahkamah, tetapi sekadar mempertikaikan masa dan ketikanya serahan saman berkenaan kepada pesalah-pesalah trafik.

Apakah serahan saman berkenaan dibuat dengan sengaja oleh pihak tertentu untuk memberikan peluru kepada Pakatan Rakyat menjelang PRU13? Baca manifesto Pakatan Rakyat dibawah yang memasukkan janji pembatalan saman AES.


Kini terpulang kepada para pemimpin-pemimpin BN untuk memikir dan menilai natijah dari tindakan tersebut.

Tuesday, March 26, 2013

Mama Nurul Izzah Tamak Nak Bertanding Kerusi Parlimen & DUN?


Bulan lepas, seorang rakan dari PKR memberitahu saya bahawa PKR akan meletakkan  calon wanita untuk bertanding di kawasan DUN Pelabuhan Klang. Tambahnya lagi calon tersebut adalah Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Namun, Jumaat lepas seorang jiran sekampung yang lurus bendul menyokong PKR memberitahu bahawa Khalid Ibrahim juga berminat mengintai peluang bertanding di kawasan berkenaan, dengan alasan bahawa peluangnya mempertahan kerusi Ijok adalah sukar.

Jiran sekampung ini seterusnya menzahirkan kemarahannya kepada Wan Azizah kerana terlalu tamak bila ingin bertanding kerusi parlimen Kuala Langat dan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Malas bagi saya untuk menyanggah jiran yang lurus bendul ini, kerana hakikatnya Wan Azizah tidak layak untuk bertanding kerusi parlimen kerana beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen selepas PRU12.

Bagi saya, cerita yang disampaikan oleh jiran ini ada kebenarannya kerana selama ini saya sering umpamakan dirinya bagai burung nuri yang hanya pandai mengajukkan perkataan manusia. Maksudnya, mana mungkin beliau mereka-reka cerita, kalau ia tidak dari didengar dari kalangan bos-bosnya dalam PKR.

Rupa-rupanya, apa yang diceritakan oleh Si 'lurus bendul' ini adalah kisah perang proksi dalam PKR. Calon sebenar yang diperkatakan akan bertanding 2 kerusi serentak ialah Setpol MB Selangor Faekah Husin.

Baca kisah sebenar di SINI.

PKR Cabang Permatang Pauh Lebih Rela Anwar Tertiarap Di Gelanggang Sendiri, Dari Terduduk Di Lumut


PKR Cabang Permatang Pauh bagai lebih rela jika Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim tertiarap di gelanggang sendiri, berbanding jatuh terduduk di tempat orang.

NST melaporkan, cabang berkenaan telah menyerahkan memorandum rayuan supaya Anwar kekal bertanding di Permatang Pauh.

 Anwar membayangkan akan berpindah kawasan, dengan menjadikan kawasan samada di Perak atau Selangor sebagai pilihan.

Beberapa spekulasi mengatakan Anwar cenderung untuk bertanding di Lumut dan Ipoh Timur.

Petanda awal nasib malang telah ditunjukkan dalam video di bawah. Jadi apakah Anwar akan memilh kawasan di Selangor?

Monday, March 25, 2013

Kes Saman Fitnah Seks Terlarang - Anwar Kerugian RM3,000


Hari ini Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim telah kerugian RM3,000 apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan beliau membayar amaun berkenaan kepada Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Dato' Hamzah Zainudin.

Perintah telah dibuat oleh Rosilah Yop, apabila perbicaraan terpaksa ditangguhkan kerana ketidak hadiran Anwar. Mahkamah menetapkan 2 Mei 2013 untuk pendengaran kes. [Baca laporan Sin Chew].

Fakta kes yang difailkan oleh Anwar pada 22 Ogos 2008 adalah berkaitan saman fitnah RM10 juta terhadap Hamzah atas kenyataannya yang disiarkan di akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh (19 Ogos 2008).

Anwar mendakwa kenyataan Hamzah itu sebagai menggambarkan bahawa beliau terlibat dalam aktiviti seks terlarang, bermoral rendah dan tidak mempunyai nilai Islam yang rendah.

Senarai Projek-Projek PKR, PAS & DAP Di Selangor

Berikut adalah senarai projek-projek  PKR, PAS dan DAP yang dilaksanakan di kawasan masing-masing. Kawasan yang dipilih ialah kawasan-kawasan DUN Ijok (TS Khalid Ibrahim - PKR), Meru (Dr Rani Osman - PAS) dan Pandamaran (Ronnie Liu - DAP)

1. Projek Membaikpulih Jalan Dato' Sukim, Batu 7, Ijok


2. Projek Membina Tandas Awam di Tanah Perkuburan Hindu, Meru


3. Projek Membina Tandas Surau Al-Mansoriah, Rumah Pangsa Pandamaran


Jika diperbandingkan antara ketiga-tiga projek di kawasan-kawasan PKR, PAS dan DAP di atas, dapatlah disimpulkan bahawa projek di kawasan DAP adalah lebih gah berbanding apa yang dilaksanakan di kawasan-kawasan PKR dan PAS.

Oleh kerana gambar tandas (dalam pembinaan) di atas diambil menggunakan kamera telefon bimbit, maka tidak dapat memperlihatkan imej sebenar tandas tersebut. Untuk makluman, dinding di luar tandas bangunan ditampal dengan ceramics tile keseluruhannya.

Berbeza dengan baikpulih jalan di Ijok, ia hanya sekadar tampal dan di Meru pula cuma dibina 1 unit tandas tetapi diraikan dengan begitu meriah sekali.

Namun begitu, jangan sama sekali terus memuja projek yang dilaksanakan di kawasan yang diwakili oleh DAP di DUN Pandamaran.

Hakikatnya, binaan tandas dalam perkarangan surau berkenaan lebih terserlah kecantikannya berbanding bangunan utama surau dan foto di bawah dipaparkan untu anda membuat penilaian.