Saturday, May 18, 2013

Dah 5 Tahun Perintah Baru PAS Nak Merancang? Patutlah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Main Futsal Di Gelanggang BN


Ustaz yang tengah tendang bola dalam foto atas bukan calang-calang orang. Jawatannya ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor. Rasanya dia bangga dapat bermain di padang futsal yang terpampang dengan bendera BN.

Disamping jawatan tersebut, Sallehen Mukhyi juga adalah YDP PAS Sabak Bernam malah pernah menjadi Penyelaras DUN PR Selangor bagi DUN 02 Sabak.

Pada PRU13, Sallehen menang dan telah secara rasmi menjadi ADUN di kawasan berkenaan. Dalam kenyataannya kepada portal Media Selangorku, Sallehen berazam untuk melakukan penstrukturan semula pembangunan pekan Sabak Bernam dalam mempertingkatkan ekonomi dan membasmi kemiskinan.

Bukan memperkecilkan azam beliau, cuma sekadar bertanya apa yang beliau buat selama 5 tahun menjadi Penyelaras PR DUN Sabak? Malah untuk tempoh 5 tahun lepas, Selangor telah pun diperintah PR dan apa pula tindakan dan usaha beliau di Sabak? Goyang kaki?

Inilah antara contoh kelemahan PAS di Selangor, iaitu umpama melukut di tepi gantang. Oleh kerana tiada tindakan pro-aktif, maka tiada seorang pun layak untuk diketengahkan menjadi MB Selangor.

Sallehen gagal untuk 5 tahun pemerintahan PR di Selangor untuk mengurus sumber-sumber yang diwarisi dari Kerajaan BN sebelumnya.

Atas kapasitinya sebagai YDP PAS Sabak Bernam, sewajarnya untuk tempoh 5 tahun (2008 - 2013) Sallehen mengambil peluang dengan kewujudan institusi-intitusi nasional yang telah bertapak di Daerah Sabak Bernam. Antaranya termasuklah Institut Perakaunan Negara, Politeknik Sultan Idris, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi dan Kolej Komuniti yang dengan sendirinya menjadi pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan.

Ditambah pula dengan institusi yang dibina oleh Kerajaan Selangor seperti Institut Latihan Dakwah Selangor, Asrama Yayasan Selangor dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor, bermakna Sabak Bernam telah dijadikan hab modal insan oleh Kerajaan BN.

Malang sekali, Sallehen gagal mempertahankan Institut Kemahiran Yayasan Selangor yang pernah menjadi kontroversi apabila telah ditutup oleh regim Khalid Ibrahim atas alasan tidak membawa keuntungan. Hakikatnya, tidak kedengaran suara penentangan dari Sallehen dan dengan sendirinya menunjukkan kerelaannya dengan penutupan pusat modal insan di dalam kawasannya.

Kalau inilah kaedah dan pendekatan yang diambil oleh YDP PAS Sabak Bernam itu, bermakna proses pembangunan kawasan tersebut adalah 5 tahun untuk memandang, 5 tahun kedua untuk merancang dan 5 tahun ketiga untuk melaksana.

Soalnya, bila Sabak Bernam akan maju seperti daerah lain di Selangor?

Friday, May 17, 2013

Amaran Awal Khalid Ibrahim Pada Najib Razak


Satu risalah amaran MB Selangor kepada PM tersebar di laman sosial.

Amaran MB Selangor itu adalah berkenaan dengan cabaran supaya tidak mengutip cukai di Selangor jika Kerajaan Pusat tidak mahu membantu negeri berkenaan.


Suatu kelebihan bagi Khalid ialah mengira pendapatan, tetapi jika dikaji pula dari segi menjana pendapatan maka itu pulalah kekurangan Khalid.

Dalam meletakkan Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia bukanlah suatu proses sekelip mata. Namun itulah bagi Khalid, celik sahaja mata sebagai MB Selangor, negeri yang ditadbirnya telah pun menjadi kaya raya.

Maka itulah modal yang dijaja oleh Khalid dan Pakatan Rakyat, kononnya dalam tempoh 5 tahun mentadbir Selangor, sudah mengatasi puluhan tahun pentadbiran Barisan Nasional.

Khalid semasa kempen untuk kerusi DUN Pelabuhan Klang yang ditandinginya pada PRU13 mendakwa yang kononnya beliau lebih pandai dari Najib. Malah beliau juga tampil dengan anggaran hasil mahsul dari Pelabuhan Klang sebanyak RM30 bilion setahun dan menuntut 5% daripada amaun itu untuk kawasan yang telah dimenanginya itu.

Dengan gelagat Khalid itu, jelas bahawa beliau tidak punya pemikiran yang inovatif, malah kemampuan Khalid sebenarnya adalah sekadar mengurus kepada benda yang telah ada.

Dalam biografi Tun Dr Mahathir, 'A Doctor In The House', TDM memperincikan pembangunan Pelabuhan Klang sebagai hab perkapalan, yang menceritakan betapa sebelum beliau menjadi PM, kerajaan BN telah pun merangka untuk memperbesarkan dermaga di pelabuhan berkenaan.

Kawasan yang sebelumnya adalah kawasan paya bakau telah ditebus menjadi jajaran dermaga untuk kapal-kapal berlabuh. Bukan itu sahaja, TDM juga menceritakan betapa kabinet telah mengarahkan Menteri Pengangkutan untuk mengkaji jumlah TEU (20 footer equivalent unit container) yang diguna dan dikendalikan seluruh Malaysia. Penemuan kajian menunjukkan kebanyakan kontena dihantar ke pelabuhan Singapura untuk tujuan import dan eksport, kerana kebanyakan 'mother vessel' tidak masuk terus ke Pelabuhan Klang. Ini bermakna, peranan Pelabuhan Klang hanyalah sebagai 'feeder' kepada Singapura.

Kabinet TDM ketika  mengarahkan menteri sendiri menjadi 'salesman' untuk melobi syarikat-syarikat perkapalan membawa masuk 'mother vessel' mereka ke Pelabuhan Klang.

Hakikatnya, apa yang diusahakan oleh kerajaan BN lebih 20 tahun dulu telah pun menunjukkan kejayaan dengan jumlah TEU yang dikendalikan meningkat lebih 10 kali ganda (sebelum ini kendalian sekadar 1 juta TEU setahun dan kini mencecah 13 juta TEU untuk keseluruhan pelabuhan di Malaysia).

Berbalik kepada betapa tidak inovatifnya Khalid, beliau telah pun diberi peluang untuk menerajui Guthrie malahan diberi peluang untuk memilikinya. Khalid bukan bermula dengan 'zero' dalam mengendalikan Guthrie, tetapi diberi peluang untuk memulakan dirinya sebagai tokoh korporat pada sebuat entiti yang telah pun menempa nama.

Kegagalan Khalid di Guthrie, tidak dijadikan iktibar olehnya. Sebaliknya, ia terbawa-bawa dalam mengurus kerajaan Negeri Selangor. Kalau Khalid berjaya di Guthrie, tentunya Guthrie yang 'makan' Sime Darby dan bukan sebaliknya.

Apakah pembaharuan Khalid dalam menambah hasil negeri? Cukupkah dengan hanya dakwaan bahawa rezab tunai Selangor meningkat semasa pentadbirannya, walhal pada masa yang sama pembangunan infrastruktur asas gagal diteruskannya?

Kesimpulannya, inilah hakikat kelemahan Khalid. Beliau tidak inovatif dan sekadar mampu merengek untuk itu dan ini, serta setiap malam sebelum tidur menghitung 'harta' yang diwarisinya dari Kerajaan BN sebelumnya.

Jadi, apa yang hendak dibanggakan oleh para penyokong Khalid?

Mat Hip Hop Bakal Speaker DUN Selangor?


Mat Hip Hop dalam foto atas, berpeluang untuk dilantik sebagai Speaker DUN Selangor, ekoran pengosongan yang dibuat Dato' Teng Chang Khim.

Menurut laporan mStar, Setia Usaha Agong DAP Lim Guan Eng telah memperakukan Teng akan dilantik sebagai Exco Selangor disamping penyandang jawatan Ean Yong bagi mewakili DAP dalam teraju kepimpinan Selangor.

Justeru, Mat Hip Hop atau nama sebenarnya Dr Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS dan ADUN Meru  mempunyai peluang cerah untuk dinamakan kejawatan yang dikosongkan oleh Teng.

Tambahan pula, PRU13 telah menyaksikan pertambahan hampir sekali ganda bilangan ADUN PAS di Selangor, tidak mustahil jawatan Speaker akan diserahkan kepada PAS.

Wednesday, May 15, 2013

Penolakan Pemimpin India Terhadap Perlantikan Semula Dr Xavier Jeyakumar Sebagai Exco Selangor - Khalid Ibrahim Akan Pangku Porfolio Exco Pekerja Ladang & Hal Ehwal Masyarakat India?


FMT melaporkan sekumpulan pemimpin India dalam PKR telah menzahirkan bantahan perlantikan semula Dr Xavier Jeyakumar sebagai Exco Selangor.

Antara yang pemimpin-pemimpin yang dinamakan sebagai penentang terhadap perlantikan Xavier ialah ‘OMS’ P Thiagarajan, yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim, P Krishnasamy (Klang), S Murali (Puchong), M Jayabalan (Lembah Pantai), Anthony Dass (Kota Raja), S Balan (Subang), P Maniam (Hulu Selangor) dan Dr Neduchelian (Kapar).

Andai demikian jadinya, maka wajar benar kalau MB Selangor Khalid Ibrahim melepaskan portfolio agama dan perlu mengambil tugasan hal-ehwal   pekerja ladang dan masyarakat India yang disandang oleh Xavier sebelum ini.

Tambahan pula, bilangan exco PKR sepatutnya dikurangkan dan laluan sepatutnya diberikan kepada PAS yang mempunyai bilangan ADUN yang lebih berbanding PKR.

Pembaharuan Dalam Istiadat Angkat Sumpah Jawatan MB Selangor


Bila menatap foto angkat sumpah Dato' Menteri Besar Selangor, kelihatan ada kelainan berbanding dengan negeri-negeri lain.

Pakaian yang dipakai adalah baju istiadat tradisi Melayu serta bertanjak dan angkat sumpah dibaca sambil memegang tombak.

Tuesday, May 14, 2013

Khalid Ibrahim Dikehendaki Lafaz Akujanji Kerjasama Dengan Najib?


TS Khalid Ibrahim telah menyempurnakan angkat sumpah sebagai MB Selangor di hadapan DYMM Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pagi tadi.

Disamping angkat sumpah jawatan, Khalid telah melafazkan akujanji 10 perkara yang antaranya adalah memastikan Islam tidak diganggugugat, mempertahankan institusi raja, memastikan hak orang Melayu terpelihara dan menjaga hak sah kaum lain serta mendahulukan rakyat.

Khalid juga telah berikrar dihadapan Sultan untuk menjaga hubungan baik dengan kerajaan persekutuan, disamping menjalankan arahan Sultan dan menjauhi kelakuan yang menyalahi undang-undang.

Dengan lafaz aku janji dan menurunkan tandatangan keatas dokumen akujanji, bermakna antara perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Khalid ialah menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim.

Malah Khalid nampaknya tidak boleh lagi berdolak-dalik melengahkan pembinaan Empangan Langat 2. Malah dalam kenyataan media pertama Khalid selepas dilantik semula sebagai MB Selangor untuk kali kedua, beliau menyatakan akan menghubungi Perdana Menteri DS Najib bagi berbincang menyelesaikan isu air di Selangor.

Khalid Ibrahim Berjaya Dapatkan Perlindungan Mahkamah Dari Serangan Ibu Tunggal


2,020 Ibu Tunggal Selangor akhirnya gagal untuk mendapatkan penghakiman yang memihak kepada mereka.

Dalam tuntutan berjumlah RM10.9 juta, mereka mendakwa MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah gagal mengotakan janji manifesto PRU12 dalam memberikan elaun bulanan RM100 kepada mereka.

Hakikatnya, Khalid telah 'terselamat' apabila penghakiman yang memutuskan, bahawa manifesto pilihanraya tidak punya kuatkuasa undang-undang, disamping kes yang dibawa telah melewati tempoh. (Baca keratan di bawah dan laporan penuh NST).
Meskipun Khalid berjaya dengan penghakiman tersebut, namun jika dipandang sudut moralnya jelas bahawa  Khalid adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.

Monday, May 13, 2013

4 Penyokong DAP Didakwa Di Mahkamah Pecahkan Bas Awam - Sah Bukan Nak Sekat Pengundi Hantu Tapi Sengaja Nak Cetus Kekacauan Dihari Mengundi


Sejumlah 4 orang penyokong DAP telah didakwa di Mahkamah Majistret Klang setakat ini.

Jumaat lepas Lim Siong Kuan, 32, dan Yap Kwee Heng, 36 telah didakwa kerana memecahkan cermin tingkap dan depan bas pengangkutan awam milik City Liner ketika hari pembuangan undi pada 5 Mei 2013 di  Pekan Pandamaran Klang.


Hari ini, 2 lagi iaitu Gew Chen Hsiang, 33, dan Chua Kian Boon, 21, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang serupa keatas bas milik Wawasan Sutera T&T Sdn Bhd.

Oleh kerana kedua-dua kejadian merupakan serangan keatas bas pengangkutan awam, maka ini mengesahkan tanggapan umum yang mereka bukan untuk menghalang pengundi hantu, sebaliknya sengaja untuk mencetuskan kekacauan.