Friday, March 16, 2012

Hong Leong Anggota Bersekutu Baru Pakatan Rakyat?

Hong Leong, melalui Hong Leong Investment Bank telah mula memainkan sentimen.

Mungkin berselindung disebalik research, mereka boleh berdalih sebagai sekadar analisa pasaran saham. Namun jika diteliti terhadap kenyataan yang disiarkan oleh Utusan (keratan di bawah), HLIB Research membayangkan perlaksanaan cukai prabayar sebanyak 6% keatas perkhidmatan telco.

Bayangkan jika, dewan dibubarkan bagi memberi laluan PRU13 sebelum Julai, maka mudahlah Anwar Ibrahim untuk melakukan rejaman, selepas mendapat lambungan dari HLIB dalam bab cukai perkhidmatan telco.

Orang-orang yang di atas, masih tak nampak lagikah?

Thursday, March 15, 2012

Ohh Meremang Bulu Roma Tengok Nik Aziz Menurun!

Maklumat Kelakar - PKR Pindahkan Khalid Ibrahim Dari Kediaman Rasmi MB Selangor Ke Kuarters Kakitangan UM!

Bagai nak tersembur air kopi yang baru nakku teguk bila foto Khalid Ibrahim yang di atas digunakan KeadianDaily dalam laporannya yang MB Selangor berkenaan ditukarkan kawasan mengundi, dari PJ Selatan ke Lembah Pantai.

Jika diteliti betul-betul, ada pemainan dan persendaan terhadap Khalid diperingkat dalaman PKR sendiri:-
  • Selain untuk menunjukkan kelemahan SPR, perbuatan yang disengajakan bertujuan hendak sabotaj Khalid Ibrahim.
  • Kuarters kakitangan UM digunakan, maknanya Khalid secara sinis diibaratnya hanya layak tinggal di kuarters berkenaan dan bukannya kediaman rasmi MB Selangor.
  • Menggunakan gambar hodoh Khalid yang bertujuan menjadi bahan tawa, bukan sahaja dikalangan orang BN tapi juga dikalangan orang PR.
Sebagai portal rasmi Kerajaan Selangor (keratan di atas), Khalid digambarkan bagai tiada sokongan didalam PKR sendiri. Sebaliknya memetik kenyataan Dewan Pemuda PAS Pusat, sebagai pembelaan terhadap Khalid.

Apakah UMNO yang sabotaj Khalid?

Jawabnya pasti tidak. Masakan UMNO hendak sabotaj Khalid yang sememangnya liabiliti dan bakal menjadi bahan kempen untuk PRU13, diatas kegagalannya mengemudi Selangor.

Kalau Lelaki Kesayangan Khalid Ibrahim Ini Kerja Di Sektor Perbankan, Dah Lama Dia Kena 'Remove'

Sebenarnya, saya telah menonton video penuh lelaki di atas yang bekerja sebagai CEO di Yayasan Selangor semasa sessi pendengaran awam Selcat.

Dalam pengamatan saya, terlalu banyak audit findings keatas organisasi yang diketuainya dan kalaulah lelaki yang bernama Ilham Marzuki ini berkhidmat dalam sektor perbankan, sudah lama dia kena remove dari jawatannya.

Pengerusi Selcat Teng Chang Khim pun boleh jadi bodoh untuk menerima kenyataan Ilham berhubung dengan ketirisan RM500 juta dalam Yayasan Selangor untuk tempoh 1991 hingga Mac 2008.

Mana mungkin kenyataan Ilham boleh dianggap credible walhal dari segi audit compliance, terang-terang beliau seorang yang gagal dan boleh dipertikaikan 'credibility'nya.

Mama Dah Bermadu Ke?

Kenapa papa kebelakangan ini suka nyanyi lagu "Madu & Racun"

Mama dah bermadu ke?

KM Melaka pun dah buat lirik lagu, dedicated to papa.

Wednesday, March 14, 2012

"Nik Aziz toleh ke kanan, jampi dan hembus pada botol-botol air yang disusun kat situ," - Saksi

Rakan saya, suatu ketika dulu merupakan penyokong kuat PAS. Tidak pasti apa jawatannya, tetapi dia pernah buat kerja gila, naik motosikal kapcai pergi ke Kelantan semata-mata untuk berjumpa dengan Nik Aziz, dengan tujuan untuk menjemput beliau hadir memberi ceramah di Klang.

Beberapa bulan yang lepas, beliau (kini tidak lagi bersama PAS) menceritakan pengalaman beliau berjemaah subuh dengan Nik Aziz.

Dengan hanya ber'kapcai' dari Klang ke Kelantan, beliau terus menunaikan solat Subuh bersama dengan Nik Aziz.

Selesai solat dan memberi kuliah Subuh, Nik Aziz menoleh ke kanan sambil membaca sesuatu dan kemudiannya menghembus ke arah botol-botol air yang banyak tersusun di situ.

Kemudian, Nik Aziz akan memegang pula bayi-bayi yang datang diunjukkan oleh ibu bapa masing-masing.

Bila ditanya samada masih menyokong Nik Aziz. Beliau sekadar menggelengkan kepala. "Cuma hormat," sambungnya.

Lagi-lagi gambar-gambar 'upacara' Nik Aziz klik SINI.

Anwar Yakin Akan 'Lentokkan' Nik Aziz Setelah Pengerusikan Mesyuarat PAS

Dari gambar di atas, seolah-olah Anwar sedang mempengerusikan mesyuarat PAS. Namun, itulah lebih kurang hakikatnya.

Sebenarnya gambar di atas adalah perjumpaan/mesyuarat khas Pakatan Rakyat berhubung pengagihan kerusi untuk PRU13 yang berlangsung di Bangunan Parlimen.

Meskipun cakap secara berlapik, semasa sidang akhbarnya Anwar menzahirkan keyakinan akan dapat me'lentok'kan Nik Aziz dalam isu pilihanraya berasingan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat.

Dengar kenyataan Anwar pada min 2:11 dalam video di bawah.

Wan Azizah Tersinggung - Ada Percubaan Menghinanya Oleh Wanita Pakatan Rakyat

MP wanita Pakatan Rakyat sengaja mengejek Wan Azizah?

Semalam MP Pakatan Rakyat beramai-ramai memakai sarung tangan. (Foto Malaysiakini)

Kumpulan ini mengedarkan sarung tangan sebagai simbolik menuntut kerajaan bersih (Foto Malaysiakini). Atau mungkin mereka menyindir Wan Azizah?

Wan Azizah sudah terlebih dulu memakai sarung tangan.

Mengapa Wan Azizah mengenakan sarung tangan?

Ramai yang berkata Wan Azizah menuntut tingkah laku suami bersih dari Anwar.

Tuesday, March 13, 2012

Papa & Mama Dah Tak Tidur Sebilik ke?

Kenapa mama Nurul meluru nak masuk kereta?

Kelihatan macam tak mahu bergambar dengan papa Nurul.

Kalau depan khalayak pun buat tunjuk perangai macam tu, apa lagi kalau di belakang khalayak.

Kat rumah dia orang masih tidur sebilik ke?

Muka mama Nurul pun kelihatan masam. Macam ada yang tak kena.

Foto asal dari akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily


Khalid Ibrahim Bagi 'Hint' Sokongan Terhadap Najib

Khalid Ibrahim menjadi gelap mata bila ETP dilaksanakan oleh PM DS Najib Razak. Beliau nampak peluang itu dan menjadikan asrama Yayasan Selangor di Kg Pandan, Kuala Lumpur sebagai mangsa. Secara tidak langsung, Khalid mengiktiraf akan potensi Kuala Lumpur International Financial District.

Bila membaca notis tender pembangunan semula asrama Yayasan Selangot, terdapat frasa di bawah, yang memasukkan sekali lokasinya yang begitu hampir dengan KLIFD.


Malang sekali peluang untuk pendedahan pelajar-pelajar luar bandar untuk menghirup udara pembangunan menyeluruh KLIFD dinafikan.

Apa salahnya Asrama-Asrama Dr Latif, Tun Dr Ismail dan Toh Puan Norashikin kekal disitu dan ditambah baik mengikut persekitaran yang bakal dimajukan di kawasan kejiranannya.

Sebaliknya dengan perobohan asrama tersebut, peluang anak-anak luar bandar tertutup sama sekali untuk bersekolah di kawasan bandaraya. Malah lebih teruk dari itu, anak-anak luar bandar ini bakal kekal dicerukkan di sekolah milik Yayasan Selangor yang bakal dibina di Ijok.

Di bawah ialah  notis tender pembangunan semula berkenaan.

Monday, March 12, 2012

Eli Wong & Teresa Kok Bakal Bersaing Akhiri Zaman Bujang Untuk Menjadi Penyewa Sulung Majlis Resepsi Di Pusat Konvensyen Yayasan Selangor?

Bodoh piang namanya, apabila Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor MB Khalid Ibrahim meluluskan cadangan pembinaan Pusat Konvensyen dan Serbaguna (YSCC) di Shah Alam.

Apakah Khalid yang pada masa yang sama mempengerusikan Lembaga PKNS yang memiliki Shah Alam Convention Centre, ingin membiarkan persaingan Yayasan Selangor - PKNS yang membunuh sesama sendiri?

Khalid juga turut menjadi bodoh ekoran, kes CEO Yayasan Selangor Ilham Marzuki yang terbukti berdepan dengan audit findings yang menyerlahkan betapa tidak kompetennya mengetuai yayasan pendidikan Selangor tersebut.

Sempatkah Eli Wong dan Teresa Kok untuk menggunakan YSCC untuk majlis resepsi perkahwinan masing-masing?

Malah apakah peluang masih terbuka untuk Badrolamin bersukaria meraikan perkahwinan ke-4nya di YSCC?

Cadangan oleh Ilham Marzuki wajib ditentang oleh rakyat Selangor. Bukan itu sahaja, rakyat harus menolak pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor melalui peti undi.

Pakatan Rakyat berlagak pandai, namun hakikatnya mereka tidak layak untuk diberi mandat mentadbir Selangor.

Notis Tawaran dipetik dari laman web Yayasan Selangor

"Jangan Undi PKR Dan Jangan Undi Parasit Dalam PAS" - Dr Hasan Ali

Yang pakai jubah hijau bersebelahan dengan TG Nik Aziz dikenalpasti sebagai parasit dalam PAS.

Jawatannya ialah Pesuruhjaya PAS Selangor. Namanya ialah Dr Rani Osman dan beliau juga adalah ADUN Meru.

Dr Hasan Ali (tonton video dibawah) dan pesan. Selain jangan undi PKR, pengundi-pengundi DUN Meru diingatkan jangan undi Dr Rani.

Sekadar memanjangkan pesanan Dr Hasan Ali.

Hadi Awang Arah Mulakan Rundingan Dengan UMNO?

Mulai pertengahan 70an, saya telah didedahkan dengan gerakan Islam.

Ia bermula, apabila seorang aktivis Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (KPPIM) dan juga seorang lepasan sekolah swasta milik Anwar Ibrahim, Yayasan Anda menjadi guru sementara dan mengajar saya di sebuah sekolah menengah di Klang. Guru tersebut (kini arwah) memperkenalkan kepada kami semua tentang Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden ABIM ketika itu.

Apabila pecah berita perkahwinan Anwar dengan Wan Azizah Ismail (ketika di tingkatan 6), Pengetua sekolah (kini arwah) saya turut menyentuhnya dalam perhimpunan sekolah, kerana beliau satu batch dengan Anwar. Secara berjenaka, beliau bersama dengan Presiden ABIM yang ketika itu di UM. Cuma yang membezakan ialah Anwar seorang mahasiswa, sedangkan beliau adalah 'mahasitua' ketika itu.

Kebetulan pada masa itu, GPK yang juga mengajar saya subjek Kertas Am (sekarang Pengajian Am) juga adalah rakan sekelas Anwar semasa pengajian mereka di UM. Pernah ketika mengajar di kelas, beliau memberitahu kami bahawa beliau berdoa agar suatu masa nanti akan menjadi PM Malaysia.

Namun begitu, hari ini bekas guru saya itu adalah 'Tok Ayah' sebuah pertubuhan silat yang begitu tidak bersetuju dengan Anwar.

Apabila saya melanjutkan pelajaran ke ITM, saya melihat gerakan fundamental Islam begitu meriah tetapi tidak terarah dan tanpa koordinisasi. Ada MI (Militari Islam), Al-Arqam, kumpulan tabligh dan beberapa grup lagi.

Apabila Anwar menyertai UMNO dan bertanding untuk PRU1982, saya masih di dalam kampus ITM. Penyertaan Anwar ke UMNO, turut disemarakkan kemunculan golongan muda dalam PAS seperti Fadhil Nor, Hadi Awang, Nakhaie dan Mahmud Zohdi. Sementara di pihak lain, Al-Arqam dibawah Ashaari Mohamad juga bergerak cergas. Pada masa yang sama, Revolusi Islam di Iran telah pun menjadi kenyataan.

Sepanjang tempoh tersebut pelbagai krisis berlaku, antaranya penyingkiran Dato' Asri serta perubahan teraju Kelantan diatas kerjasama UMNO-Berjasa. Oleh sebab itulah, saya menyimpulkan bahawa gerakan Islam tidak punya koordinisasi, malah saling bercakaran.

Bila blog Jawa Bernam melaporkan desas-desus mengidupkan kembali inisiatif Kerajaan Perpaduan (UG) - klik SINI, walau pun tanpa pengesahan, saya mengalu-alukan inisiatif itu. Pada saya, ini adalah permulaan untuk membentuk satu gerakan Islam yang lebih tersusun.

PAS telah wujud sebagai organisasi politik lebih 60 tahun. Sepatutnya dalam tempoh itu sudah cukup mematangkan dan Islam sepatutnya sudah ada dipersada yang lebih tinggi dari keadaan hari ini. Kesilapan-kesilapan dan taktikal yang dilakukan bukan membawa kehadapan, sebaliknya ia berada terbelakang dari 2 rakan kongsinya DAP dan PKR.

Walau pun perkembangan yang terkini bukanlah kayu pengukur yang sebenar, namun PAS harus tidak memandang ringan kepada kekuatan Dr Hasan Ali yang dilaporkan oleh blog Gerakan Timur [baca SINI] dan kemurungan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman [baca SINI].

Kepada PAS berhati-hatilah. Khusus kepada ahli-ahli PAS tentukan pendirian anda. Samada memilih untuk bersama UMNO yang sedia ada adalah tunjang dalam BN, atau PR yang meletakkan organisasi dibaris ke3?

Perjanjian MAS-Air Asia Batal? Sejak 7 Bulan Lalu Hanya Beri Faedah & Kelebihan Kepada Tony Fernandes

Awal-awal lagi khalayak memberikan reaksi negatif berhubung share swap MAS dan Air Asia.

Tidak semua perkara harus dilihat dari perspektif perniagaan semata-mata. Sebaliknya, ia harus turut mengambil kira asal usul dan matlamat penubuhan MAS itu sendiri, disamping sentimen, kepentingan dan maruah negara.

Perlu diingatkan bahawa MAS bukan ditubuhkan oleh Azmin bin Mustari, yang boleh dilupuskan bila-bila masa bila rugi. Justeru kebolehan dan kreativiti berserta dengan kekuatan aspirasi amat dituntut untuk menyelamat dan melonjakkan semula MAS.

KUALA LUMPUR 11 Mac – Pertukaran saham antara Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) dipercayai akan dibatalkan kerana perjanjian yang dilaksanakan sejak tujuh bulan lalu tidak memberi sebarang faedah dan kelebihan kepada MAS.

Sumber berkata, spekulasi pembatalan pertukaran saham MAS-AirAsia itu kini semakin hangat diperkatakan dalam pasaran dan dipercayai turut menjadi perhatian kerajaan.

‘‘Sama ada perjanjian tersebut benar-benar dibatalkan atau dirombak semula, perkara itu dijangka berlaku.

‘‘Cuma persoalannya bagaimana ia akan dibuat kerana dikhuatiri pembatalan atau rombakan akan memberi implikasi kos kepada MAS.

‘‘Kalau ia berlaku (implikasi kos), dikhuatiri akan memberikan kesan yang tidak baik kepada MAS yang kini dilanda krisis,’’ kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Lelaki Berkain Pelikat Tak Mengaku Terbabit

Kalau benar lelaki yang berkain pelikat benar-benar tidak terlibat dalam kemelut pentadbiran negeri Kedah, mengapa tidak pula menahan atau melarang orang-orangnya (contohnya Aziz Bari) dari membuat kenyataan yang menuntut Azizan berhenti sebagai MB Kedah?

Sunday, March 11, 2012

Ronnie Liu Tunduk Pada Najib Bila Kena Sound "Ini Dewan Bukan Lu Orang Bikin" - Kini Dewan PBT Boleh Digunakan Untuk Aktiviti BN


Semalam bak menjadi majlis menyamak Dewan MPK Kg Idaman, Pelabuhan Klang. Ini berikutan kehadiran Adam Adli ke situ, umpama membawa najis dan perlu disamak.

Dewan yang dibawah pentadbiran MPK, terpaksa diberikan kepada BN untuk mengadakan aktiviti memandangkan kekuatan PR di Kg Idaman bak wujud di atas kertas.

Malah juga, Pengerusi BN Selangor DS Najib Selangor pernah mengungkit bahawa semua dewan orang ramai di Selangor dibina semasa pentadbiran BN.

Justeru Exco PBT Selangor Ronnie Liu terpaksa akur dengan program BN di kawasan Dewan berkenaan.


Lihat betapa megahnya gerbang BN di pintu masuk Dewan MPK Kg Idaman. Kemeriahan program BN seolah-olah Selangor elah pun dibawah penguasaan mereka.


Sebenarnya, majlis di situ ialah Pesta Rakyat 1Malaysia. Program telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi BN Klang Dato' Teh Kim Poo.

Angkara MB Khalid Ibrahim Engkar Pesanan Almarhum Sultan Selangor


'Space u8', kompleks membeli belah baru yang terletak di Seksyen U8, Shah Alam. Ia berhampiran dengan kawasan kediaman TTDI Jaya dan Bukit Jelutong.

Uniknya kompleks ini, ia terletak di kawasan industri dan distribution centre (gudang).

Malah yang lebih unik dan melanggar pantang larang tertubuhnya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor, ia menawarkan cineplex yang pertama di Shah Alam, yang mungkin satu-satu jasa Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Bak melanggar pesanan Almarhum Sultan, 'Space u8' tidak menyerlah sejak hari pembukaannya.

**********
Suasana Hari Minggu





**********
Suasana Hari Biasa