Saturday, July 30, 2011

Bila Najib Kata "No Such Thing", Maknanya Panelpoint adalah "Con Man"?

Tajuk entri ini dipetik dari Business Times.

Ia adalah berkenaan penafian PM DS Najib Razak berhubung dakwaan Panelpoint Sdn Bhd yang mendapat restu memajukan 8,000 km laluan paip dari Mersing ke China.
Kuala Lumpur: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak yesterday denied that the government had given its blessing to PanelPoint Sdn Bhd to develop a US$100 billion (RM296 billion) gas pipeline network linking Malaysia to China.

"No, no such thing. (It was) never discussed," the prime minister said, appearing shocked and perplexed.

PanelPoint on Thursday claimed that it had received a "written mandate" from Najib early this month.
Penafian ini penting kerana, apabila menyemak laman web syarikat berkenaan, ada halaman yang mempelawa pendaftaran kontraktor berserta dengan yuran pemprosesan RM100 dan yuran pendaftaran RM1,500 (untuk kontraktor tempatan) dan US$1,500 (untuk kontraktor luar negara). Untuk semakan klik [SINI].

Apakah syarikat tersebut dikendalikan con man untuk meraih keuntungan melalui pendaftaran kontraktor untuk projek yang tidak wujud?

Suhardi Md Isa Mengaku Masih Hidup Dan Sanggup Dimaki Ditalian 012-3900740

Malaun yang dikatakan sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad, tampil dan mengaku masih hidup. Dia ada tinggalkan nombor telefon untuk membolehkan kita semua memakinya.

Suhardi berkata, beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740. — Bernama/Utusan

Najib Kesal Satu Bab Yang ATM & PDRM Tak Boleh Kompromi

Sebenar hanya seloroh PM DS Najib Razak, berkenaan seperkara yang ATM dan PDRM tidak boleh berkompromi, iaitu tabik hormat.

Perkara ini dinyatakan oleh PM, semasa berucap di majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana ATM & PDRM di Port Dickson, pagi tadi.

Tabik hormat ATM

Tabik hormat polis

Tapi yang lebih menarik ialah, tabik hormat pengakap yang hanya menggunakan 3 jari. Hal ini menjadi usikan PM kepada Ketua Pengakap Negara DS Dr Shafie Mohd Salleh semasa majlis Penerangan Perdana pada 10 Julai yang lalu.

Tabik hormat pengakap

Hang Tuah Lima Bersaudara Versi Cina - Wa Tatak Takut Sama Gangster!


Tan Sri Md Nor Yusof Kembali Ke Pejabat Yang Lebih Besar Di MAS

Umpama sirih pulang ke gagang, Tan Sri Md Nor Yusof kembali ke Malaysia Airlines System Bhd (MAS) sebagai Pengerusi, berkuatkuasa 1 Ogos 2011. Sebelum ini beliau pernah menjadi Pengarah Urusan di syarikat penerbangan utama negara itu.

Seperkara yang menarik mengenai Md Nor, beliau pernah memimpin sebuah bank yang kecil iaitu Bank of Commerce. Kemudian Bank of Commerce yang ketika hanya mempunyai kurang dari 10 cawangan seluruh negara, telah mengambilalih United Asian Bank lalu diserap dibawah Bank of Commerce.

Hari ini, setelah Bank of Commerce melalui penggabungan dengan Bank Bumiputera dan membentuk jenama perbankan Bumiputera Commerce Bank, bank tersebut dikenali sebagai CIMB Bank dengan melibatkan sekali penggabungan dengan Southern Bank Berhad.

Pada masa yang sama, selain bakal memegang jawatan Pengerusi MAS pada Ogos nanti, beliau adalah Pengerusi CIMB Group.
KUALA LUMPUR: MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BHD [] has appointed its former managing director Tan Sri Md Nor Md Yusof as its chairman with effect from August 1, 2011.

In a filing Friday, July 29, MAS said Md Nor was appointed as director of Khazanah Nasional Bhd on April 1, ''and currently serves as the chairman of its executive committee.

'He also sits on the Boards of several companies and institutions including Malaysian Agrifood Corporation Bhd, Pelaburan Hartanah Bhd and is also a Trustee of Yayasan Khazanah,' it said.

Md Nor was appointed to the board of CIMB Group Holdings Bhd as director in June 2006 and assumed the post of chairman on July 31, 2006. He is also chairman of CIMB Group Sdn. Bhd.

Md Nor spent 18 years of his working career with the CIMB Group, and more notably as president and chief executive officer of Bank of Commerce (M) Berhad (now known as CIMB Bank).

He completed his term as executive chairman of the Securities Commission on March 31, 2006.

Prior to that appointment, he was the MAS managing director after serving a period as advisor to theMinistry of Finance. [investor.com]

Friday, July 29, 2011

Moga Dijauhi Fitnah - Aleesha Farhana (Mohd Ashraf Hafiz) Di I.C.U

Moga Aleesha Farhana akan sembuh dan moga dijauhi fitnah dajjal.
KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang
gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, kini dirawat di
Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, kerana mengalamimasalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di hospital itu berkata anaknya mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri kira-kira 3 pagi tadi. [Berita Harian]

Guang Eng & Setpol Dihadiahkan Seluar Tarzan!

Kelakar! Kelakar! Kelakar!

Telah berlaku percubaan untuk ke pejabat KM Pulau Pinang tetapi telah ditahan di pintu lif.

Salahkah rakyat nak jumpa KMnya. (Pinjam ayat penyokong kuat PKR Zaki Yamani yang cuba serah memorandum kepada PM di KL Sentral Rabu lalu).
GEORGE TOWN 29 Julai - Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik. [Bernama/Utusan]

Oh Malaysiaku! 'Ultimatum Date' Yang Selalu Berubah


Tidak tegas.

Baik apa juga tarikh yang ditetapkan gerenti extend kecuali borang taksiran LHDN.

KUALA LUMPUR 29 Julai- Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sepatutnya berakhir 31 Julai ini dilanjutkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia bagi membolehkan proses pendaftaran oleh majikan, pekerja asing sah dan tidak sah berjaya diselesaikan secara keseluruhannya. - Utusan

Azizan Razak Tergamam Bila Najib Razak Begitu Berani Bawa RM2.2B Dalam Kapal Terbang Untuk Diagih Pada Mad A

Awal-awal lagi MB Kedah DS Azizan Razak telah menunggu ketibaan PM DS Najib Razak.

Mungkin, beliau awal-awal lagi telah tahu PM membawa RM2.2 bilion.

Memang benar PM ada bawa RM2.2 bilion, tapi bukan untuk MB Kedah tapi khusus untuk Mad A.

Siapa Mad A?

Untuk mengetahui jawapannya, klik [SINI]

P/s RM2.2 Bilion bukan dalam bentuk tunai tapi dalam bentuk nota pengumuman!

Thursday, July 28, 2011

SelangorOKU : Sempena Bulan Puasa Amil PKR Akan Mula Tugas Kutip RM20,000 Seorang

Sebelum ini dikhabarkan bahawa Ahli Majlis PBT Selangor dari PKR diminta mencari sumbangan dana pilihanraya dengan amaun RM20,000 seorang. [klik SINI].

Bil-bil cukai taksiran untuk setengah tahun kedua, telah pun diedarkan kepada pemilik-pemilik harta di setiap PBT Selangor dan ia mesti dibayar sebelum 31 Ogos 2011.

Ini bermakna kantung PBT akan mula terisi dan projek-projek akan mula dicipta untuk memberi pulangan kepada PKR Selangor.

Oh SelangorOKU, maka bermula episod pengisian dana PKR oleh amil-amil PKR sempena bulan puasa.

Mata Harimau


Selamat berjuang kepada pasukan kebangsaan Malaysia yang akan menentang Singapura pada malam ini.

Wednesday, July 27, 2011

Golongan Muda Tak Ingin Bekerja Dengan Pakatan Rakyat Kerana Takut Tersampuk Hantu Kak Limah

Walk-In-Interview yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sempena Karnival SPIES Bersama SPIES bertempat di SRA Sg Udang Klang tidak mendapat sambutan.

Saya sendiri hadir ke karnival berkenaan pada Sabtu lepas, menyaksikan tidak ada barisan panjang mahu pun barisan pendek sekalipun, yang berada di kaunter berkenaan.

Apakah ini bermakna tidak ada yang ingin menerima budi pakatan rakyat? Atau takut tersampuk hantu Kak Limah?

Sambutan begitu berbeza dengan BN Youth Job Fair 2011 yang berlansung pada 25 - 27 Julai 2011, bila puluhan ribu hadir untuk meninjau peluang pekerjaan. (gambar bawah)

Bila Najib Semakin Handsome Berbanding Anwar....

Sekitar gambar-gambar sempena lawatan PM ke kawasan parlimen Subang Selangor.



Laporan penuh lawatan klik [SINI]

Tuesday, July 26, 2011

Peguam Anwar Mohon Perintah Mahkamah Untuk Bersembang Mesra Dengan Najib & Rosmah

Apakah sekadar hendak bersembang-sembang atau untuk mengganggu masa saksi maka pasukan pembelaan Anwar Ibrahim mendapatkan perintah mahkamah untuk memanggil 5 saksi untuk ditemu bual di mahkamah, menjelang pembelaan diri Anwar di mahkamah pada 8 Ogos nanti?

Pelik juga, apabila pemilik kondominium yang didakwa tempat perlakuan liwat, Hasanuddin Abdul Hamid adalah antara 5 saksi yang enggan ditemu bual, selain PM dan isteri, bekas IGP serta bekas CPO Melaka.
Hari ini, Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes liwatnya sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos. [TVS NEWS]

Yang Baik Dari Nik Aziz, Yang Buruk Dari Anwar

Saya tidak fikir kenyataan awal Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz Nik Mat akan kekal konsisten.

Bila Anwar Ibrahim datang hasut, gerenti berubah statement.
PAS sedia dengar taklimat, penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS bersedia untuk mendengar taklimat dan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung sistem biometrik itu. [Berita Harian]

Antara Janji & Implimentasi - Kini Pakatan Rakyat Terkial-Kial Mempertahan Selangor

Berbeza semasa menjadi pembangkang, kini PKR, PAS dan DAP yang membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kelihatan terkial-kial untuk mengekalkan pegaruh mereka.

Pelancaran slogan 'Selangorku', pada 24 Julai 2011 di Stadium Melawati, Shah Alam adalah kemuncak dari siri jelajah kempen propaganda kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sepanjang minggu lalu.

Di Daerah Klang, sepengetahuan saya ada 3 acara yang berlansung sepanjang hujung minggu lalu dan saya sendiri menghadirkan diri untuk melihat sendiri respons rakyat terhadap program tersebut.

Program pertama ialah karnival 2 hari di Sungai Udang yang bertempat di Sekolah Rendah Agama Sungai Udang. Kehadiran tidak begitu memberansangkang. Daripada hampir 50 gerai yang ditawarkan, tidak sampai separuh yang menjalankan perniagaan.

Sementara itu, program makan durian anjuran pertubuhan belia dengan kerjasama Penyelaras DUN Pelabuhan Klang berlansung di Dewan MPK, Kg Idaman. Sambutan juga tidak begitu memberansangkan. Sebaliknya, program itu menimbulkan backfire apabila segelintir remaja kecewa dengan penganggihan durian.

Difahamkan kumpulan remaja berkenaan, mengambil beberapa biji durian dan ingin makan di tepi dewan, tetapi telah dihalang oleh petugas, walhal penduduk setempat yang berbangsa China yang rumah mereka berhampiran dewan berkenaan, kelihatan berulang alik membawa durian balik ke rumah. Kumpulan remaja berkenaan diminta oleh penganjur untuk makan hanya di ruang disediakan. Seterusnya inilah yang menimbulkan rungutan dan akhirnya perkara ini dijaja oleh kumpulan remaja berkenaan.

Di Pendamaran Jaya pula, telah dianjurkan program gotong royong. Seperti program-program di Sungai Udang dan Kg Idaman, program itu juga tidak mendapat sambutan. Ranting-ranting pokok yang dibersihkan kelihatan ditinggalkan selepas gotong royong. Akhirnya mengundang rungutan kepada penduduk setempat, meskipun akhirnya dibersihkan oleh kontraktor pembersihan di kawasan berkenaan.

Melalui program-program sedemikian, pihak Pakatan Rakyat Selangor cuba sedaya upaya untuk menerangkan kejayaan pentadbiran mereka. Akan tetapi, ia seakan-akan membaca skrip yang tertulis. Tidak kira siapa yang menjadi pemidatonya, isu-isunya mesti berkenaan Tawas, MES, SPIES dan pelbagai akronim yang tidak difahami rakyat yang tujuannya bermaksud bahawa manifesto PRU2008 telah mereka laksanakan.

Bandingkan apa yang mereka janjikan dengan apa yang mereka laksanakan di bawah:-

Sosial dan Kebajikan Rakyat:

· Memberi hadiah sebanyak RM1,000 seorang kepada setiap anak Selangor sebaik menerima tawaran kemasukan ke mana-mana institusi pengajian tinggi.

· Memberi bantuan atau biasiswa menurut merit kepada anak Selangor di semua peringkat pendidikan.

· Membuka tabung permulaan bernilai RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.

· Memberi pendidikan pra-sekolah percuma kepada anak Selangor berusia 5-6 tahun.

· Mengurangkan bebanan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke nurseri tanpa had bilangan dengan memberi subsidi antara RM50 – RM100 seorang.

· Mencarumkan skim perlindungan insurans (takaful) warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim.

· Memberikan elaun ibu tunggal yang layak menurut tanggungan masing-masing.

· Memberi elaun khas antara RM150 – RM250 sebulan untuk wanita tanpa pekerjaan tetap yang memilih untuk menjadi suri rumah bagi menjaga anak-anak kecil mereka (di bawah 12 tahun).

· Memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah dalam skim perumahan rakyat.

· Mewujudkan institusi untuk menyelaraskan hal-ehwal agama selain agama Islam demi mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum dan agama.

Kesihatan Rakyat:

· Memberi cuti bergaji selama 90 hari bagi wanita bersalin (kakitangan kerajaan negeri).

· Memberi cuti selama 14 hari kepada suami (kakitangan kerajaan negeri) bagi menjaga isteri yang baru bersalin.

· Memberi cuti bergaji selama satu bulan bagi wanita (kakitangan kerajaan negeri) yang kematian suami.

· Memberikan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan dan pengangkutan awam percuma kepada semua warga emas berusia 65 tahun ke atas.

Ekonomi Rakyat:

· Memudahkan dan mempercepatkan kelulusan dan pembaharuan lesen perniagaan.

· Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.

· Membela kehidupan rakyat miskin terutama petani dan nelayan bagi memperolehi pendapatan minimum RM1,200 sebulan.

Keselamatan Rakyat:

· Menguatkuasa dan memantau projek-projek pembangunan agar mematuhi syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan kejadian seperti tanah runtuh dan banjir.

· Mengkaji semula sistem Rukun Tetangga untuk diganti dengan sistem baru yang lebih berkesan di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

· Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.

Kami akan menyemak semula prestasi syarikat-syarikat rugi yang selama ini ditanggung oleh kerajaan negeri. Projek-projek mewah yang hanya memanfaatkan kroni politik akan dihentikan.

Bagi kami kepimpinan adalah satu amanah. Ia bukannya peluang bagi mana-mana pemimpin untuk merebut kekayaan bagi diri, kroni-kroni dan keluarganya sendiri dengan terus meminggirkan rakyat.

Sumber kekayaan dan hasil pendapatan Negeri Selangor adalah hak seluruh rakyat. Ia bukannya hak milik mana-mana pemimpin. Pemimpin hanya menguruskan sumber-sumber ini bagi pihak rakyat yang memilih mereka.

Perhatian Kepada Para Suami : Kod Etika Penyusuan Diketat

Tahukah para suami bahawa pemasaran susu formula mempunyai kod etika?

Bukan sahaja mempunyai kod etika, sebaliknya kod etika berkenaan akan diperketatkan.

KUALA LUMPUR 25 Julai – Kerajaan akan memperketatkan kod etika bagi pemasaran susu formula dan produk berkaitan bagi mengelakkan berlakunya pelanggaran peraturan oleh syarikat pengeluar susu formula yang beroperasi di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, langkah itu turut melibatkan mempamer bahan-bahan yang tidak diluluskan serta tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Peraturan dan Akta Makanan. [Utusan]

Monday, July 25, 2011

Pernahkah Lim Kit Siang Buat Kenyataan Untuk Kematian Lelaki India Ini?

Lelaki di atas dikatakan membakar diri kerana kecewa kerana kuil di kawasannya akan dirobohkan pada 8/11/2010. Mangsa akhirnya meninggal dunia pada 30/11/2010. [Baca SINI]

Oleh kerana mangsa kecewa dengak pihak berkuasa negeri Selangor, apakah kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat bertanggung jawab membunuh, seperti didakwa oleh Lim Kit Siang?
The DAP parliamentary leader said any layman would agree that being forced to commit suicide by Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officers was not the same as suicide but was “equal to homicide”. - Lim Kit Siang

Sunday, July 24, 2011

Masyaallah! Rupanya Wajib Kita Jentik Telinga & Tampar Muka Nik Aziz


Dihukumkan wajib jentik telinga dan tampar muka Nik Aziz.

So, tunggu apa lagi? Jom tampar!

Terima kasih diatas siaran video di atas oleh blog Dari Kedah Ke KL.

Pemuda PAS Tak Marahkah Bila Konsert & Kuliah Agama Perdana Bertembung?

Hari ini Shah Alam meriah.

Di I-City ada konsert.

Dalam pada itu, untuk pujuk Pemuda PAS jangan buat kacau, Kuliah Maghrib Perdana dianjurkan di Masjid Negeri, Shah Alam.

Sebenarnya, kalau tak dianjurkan majlis di Masjid Negeri pun, Pemuda PAS takkan berani piket. Sebabnya ialah mereka tu bacul dan takut dengan DAP.

Nak dijadikan cerita, bagi menggenapkan segitiga lambang Israel, satu lagi majlis akan berlansung di Stadium Melawati. Majlis di stadium berkenaan ialah pelancaran slogan 'Selangorku'.

Acara-acara yang bakal berlansung di Shah Alam pada hari ini, akan menyerlahkan slogan 'Selangorku' Khalid Ibrahim (barangkali?).

Hidayah Untuk Tian Chua - Ada Banyak Air, Mengapa Perlu Istinjak?


Dengarkan teriakan Tian Chua. Dia mahu bersih.

Baguslah, Selangor banyak air, jadi mengapa perlu istinjak? Anwar Ibrahim dan Hadi Awang dah berjaya pengaruhi Tian Chua, rajin-rajin basuh dan jangan lap saja.

Tengok juga dalam video di atas, betapa apek-apek di Kajang berhimpun BERSIH sambil makan-makan dan minum-minum. Tak payah nak provok polis.

Bab makan-makan, panggil orang China. Bab bertempur panggil orang Melayu.

Yang peliknya beberapa kerat orang Melayu yang boleh termakan hasutan Tian Chua untuk buat provokasi terhadap polis semasa BERSIH 9/7/11. Apa punya bongok jenis manusia ini?

Anak Perempuan Anwar Ibrahim Serasi Dengan Puteri UMNO!

Sungguh tak disangka sama sekali. Anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Ilham begitu serasi dengan warna rasmi Puteri UMNO, 'pink'.

Lihat warna tema khemah yang berwarna pink di majlis pernikahan Nurul Ilham dengan Mohd Rezza Rafaie.