Saturday, April 21, 2012

Shah Alam Alu-alukan Siswasewel Berkhemah


Kalau benar petang tadi di Dataran Shah Alam telah menjadi lautan kuning, maka elok benarlah pada siswasewel yang berhajat sangat nak berkhemah sebagai tanda protes terhadap PTPTN, memindahkan lokasi dari Dataran Merdeka ke Shah Alam.

Tapi dalam hati aku berkata, apa yang berlaku di Dataran Shah Alam petang tadi bukannya lautan kuning, tapi sekadar hanya sekadar membentuk tompok kuning!

Friday, April 20, 2012

Memadaikah Hanya Rojak Sebagai Upah Bagi Hadi Untuk Julang Anwar Ke Putra Jaya?


Dalam situasi di bawah, kucing hitam juga yang untung naik ke puncak.

Kucing yang kat bawah tu, Hadi Awang ke?

Ulamak Zaman TV Hitam Putih Jadi Calon PAS Punca Anwar Tangguhkan Pilihanraya Selangor

Blog Gelagat Anwar menulis,

"Senarai calon PAS juga tidak menggembirakan Anwar – kerana kebanyakkannya masih lagi mengekalkan kalangan ulama’ zaman TV hitam putih. Selangor perlukan perubahan, kata Anwar. Perlu lebih ramai calon muda. Calon PAS pun Anwar boleh masuk campur???"

Klik SINI untuk kisah selanjutnya.

Thursday, April 19, 2012

Anwar & Azmin Bungkam Bila Program PKR Semakin Tidak Mendapat Sambutan


Seminggu selepas kejadian Adam Adli dan rakan-rakan dihambat oleh penduduk Kg Idaman, Pelabuhan Klang (baca SINI), PKR Klang melalui Pejabat Penyelaras DUN PR Pelabuhan Klang telah cuba mengadakan program memulihkan imejnya di kawasan DUN berkenaan.

Satu program Hi-Tea telah diadakan di Pendamaran Jaya, iaitu kawasan yang mempunyai pengundi paling ramai di DUN berkenaan. Untuk rekod, semasa PRU12 PKR menang besar di kawasan tersebut. Melalui tinjauan yang telah dibuat di kawasan berkenaan, program berkenaan tidak mendapat sambutan dari pengundi-pengundi di kawasan tersebut.

Bila blog Gerakan Timur mendedahkan foto-foto majlis berkenaan, saya menghubungi blogger GT dan lantas memberitahu bahawa beliau memperolehi foto-foto berkenaan melalui seorang facebooker pro PKR yang turut hadir di majlis tersebut.

Malang sungguh bagi PKR, bila mereka senakin tidak mendapat tempat dihati rakyat. Hakikatnya, dalam keadaan sekarang ini, jika PKR menang disesuatu kawasan, tidak lain kemenangan itu adalah kerana menumpang kekuatan PAS dan DAP.

Samada PR akan menyertai PRU13 di Selangor atau tidak, petanda-petanda kejatuhan semakin terserlah. Inilah akibat bila mereka, khususnya PKR hanya bergantung kepada isu untuk meraih undi.

Lagi foto-foto berkaitan boleh dilihat di blog Gerakan Timur.

Anwar Ibrahim Dapat Perkenan Sultan Khalid Al-Ijoki?

Anwar telah mengesyorkan (mengarahkan?) kepada Sultan Khalid Al-Ijoki supaya tidak membubarkan DUN Selangor serentak dengan PRU13 seperti dilaporkan oleh New Straits Times, semalam.


Andai ditakdirkan Sultan Selangor menggunakan budi bicara baginda untuk membubarkan DUN, apakah akan berlaku krisis perlembagaan?

Umum mengetahui bahawa Khalid gagal mentadbir Selangor dan syor dari Majlis PR tentunya diterima oleh Khalid dalam menyambungkan hayatnya di kerusi MB.

Laluan agak sukar bagi Khalid di kawasan DUN Ijok. Bibit-bibit menyampah rakyat di kawasannya itu hingga menerbitkan label sebagai "MB Tak Boleh Diharap". Klik SINI untuk membaca betapa benci orang Ijok terhadap Khalid.

Wednesday, April 18, 2012

Akhirnya YB PAS Dipanggil Hadir Ke Mahkamah Atas Caj Jenayah Syariah Negeri Selangor


Khalid Samad dipanggil hadir ke Mahkamah Syariah Klang pada atas pertuduhan Seksyen 23 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor pada 26 April depan.


Minggu lepas ketika berucap di Setapak Jaya, bukan main berdegar-degar boleh pecat Pengerusi Surau di Selangor, tapi diri sendiri tak terlepas dengan pertuduhan Jenayah Syariah.

Tuesday, April 17, 2012

Wanita Dedahkan Pengalaman Bersama MB Selangor Khalid Ibrahim

Wanita di atas ia seorang Cina Muslim.

Kebetulan saya bertemu beliau diruang menunggu di Pejabat Perkhidmatan Pegawai Penyelaras DUN BN Pelabuhan Klang Dato' Mazlynoor Abdul Latif.

Bila melihat beliau membaca surat yang didekatkan pada matanya, lantas saya bertanya samada matanya rabun. Beliau memberitahu bahawa sebelah matanya buta disamping mengidap penyakit buah pinggang.

Beliau turut menunjukkan kad OKU kepada saya.

Bila ditanya apa tujuannya untuk bertemu dengan Pegawai Penyelaras DUN, beliau memberitahu beliau telah ke pejabat MB Menteri Besar untuk memohon bantuan kebajikan kerana tidak mempunyai pendapatan. Suaminya tidak bekerja kerana menjaganya yang mengidap buah pinggang.

Jelasnya lagi, beliau dapat bertemu dengan MB di pejabatnya dan telah ditanya samada dirinya penyokong UMNO atau PKR. Dek kerana lurus, wanita mualaf ini memberitahu yang beliau adalah penyokong UMNO.

Kemudian MB telah berkata sesuatu. Namun, wanita ini tidak memahaminya. Mengulang dialog yang diucapkan oleh MB kepadanya, beliau mendakwa hanya mendengar "berb...berb...berb..". "Kakak tak faham langsung apa yang dia cakap. Yang kakak dengar berb... berb... berb... Telinga kakak ni ada masalah sikit," tambahnya.

Wanita tersebut telah pulang dengan tangan kosong dan akhirnya datang mengadu ke pejabat Penyelaras berkenaan.

Dipendekkan cerita, ada 2 pengalaman yang diperolehi oleh wanita malang berkenaan. Pertama, beliau baru tahu yang MBnya gagap dan yang kedua, Kerajaan ada simpanan RM1.9 bilion tapi tak mampu membantu OKU seperti dirinya.

Bekas YDP PAS Lebih Suka Anwar Jadi PM Berbanding Hadi


Ismath Habib adalah bekas YDP yang ditolak oleh ahli-ahli PAS Kawasan Klang sebab dia bukan tinggal dalam kawasan Klang, sebaliknya di Kota Raja.

Ismath juga pernah menjadi Setia Usaha KOHILAL, koperasi milik PAS yang hujung hilang, pangkal lesap. [Laporan klik SINI]

Dalam video di bawah (min 3:00) Ismath lebih rela Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri berbanding Presiden partinya sendiri, Hadi Awang.


Lagi kisah sedih Ismath di SINI.

Monday, April 16, 2012

Jawapan Ahli Parlimen Kepada Lembaga Disiplin PAS - Bila Perempuan Joget Tu Datang Saya Lari!

Hashim Gera adalah Ahli Parlimen Parit (1969-74) yang dipecat dari PAS kerana berjoget di khalayak ramai. Berikut adalah jawapannya di hadapan Lembaga Disiplin PAS.
Di depan Jawatankuasa Disiplin, Hashim memberitahu ulama Pas, joget adalah tarian bersih. "Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari.Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Bagaimanapun Pas menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat pada 16 Mei kerana melangkaui agama dan memalukan PAS.
Klik SINI untuk cerita selanjutnya.

Dalam pada itu kita layan klip video di bawah;

Cukupkah 6 Khemah Untuk Tawan Dataran Merdeka?

Kelakar! Memang kelakar.

Sabtu lalu seciput anak-anak muda yang mengaku pelajar universiti telah mengisytiharkan penawanan Dataran Merdeka. Dia orang ingat dengan 6 khemah dah cukup untuk tawan dataran.

Seingatan aku khemah macam ni pun masih tak cukup nak lawan khemah yang dipacakkan masa 'Pesta Woodstock' pada tahun 70an, semasa zaman Hishamudin Rais muda-muda dulu.


Oleh kerana mereka (anak-anak muda di Dataran Merdeka) tu tak tahu sejarah reformasi, mana dia orang faham yang Anwar marah gila kerana tapak lokasi pemangkin reformasi di Jalan Kebun telah ditawan oleh Najib.

Jadi, jangan harap Anwar akan berterima kasih, kerana kamu telah mengecewakan Anwar. Malah kamu telah membuat keputusan betul, beredar dari Dataran Merdeka.



Kamu mungkin tak mengerti akan nilai sentimental Anwar terhadap Dataran Reformasi.


Sunday, April 15, 2012

Nurul Izzah Urut Dada Bila Papa Kena Tibai

Telah terpasang banner pelancaran rasmi agenda TIBAI ( Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) yang bakal berlangsung pada 22 April 2012, jam 8 malam di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur.

Selain menampilkan musuh semula jadi Anwar, Umi Hafilda, 9 yang bakal berucap adalah mereka yang pernah bersahabat dengan Anwar.


Jadi tidak hairanlah, PKR terpaksa mengubah haluan mencari anak-anak ikan bilis untuk mengemudi dalam meraih sokongan baru memandangkan tabiat buruk Anwar dalam poket bekas teman-teman Anwar tersebut.

Bagi Nurul Izzah, sekadar boleh mengurut dada dengan apa yang menimpa papanya.

Najib Kena Terima Hakikat - Telahan 'Malaysian Spring' Oleh Anwar Semakin Jadi Kenyataan


Selepas 6 bulan jangkaan Anwar Ibrahim berhubung kebangkitan 'Malaysian Spring' telah menunjukkan asas-asas kebenarannya.

Semalam telah berlangsung perhimpunan serentak di 3 bandaraya utama di Malaysia, iaitu di Kuala Lumpur, Ipoh dan Shah Alam.

Menariknya, ketiga-tiga wilayah/negeri tersebut dikuasai oleh kerusi majoriti Pakatan Rakyat dalam PRU12 dan ketiga-tiga perhimpunan adalah menjadikan anak-anak muda sebagai sasaran.

Di Kuala Lumpur, Pakatan Rakyat melalu proksi mereka (kumpulan kecil) pelajar-pelajar universiti telah menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka. Dilaporkan, tidak ramai yang menyertai perhimpunan tersebut (lihat gambar atas) dan kelibat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dilihat dalam perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, di Ipoh perhimpunan pro Barisan Nasional khusus untuk anak-anak muda telah mendapat sambutan yang lebih hebat. (Saksikan gambar-gambar di bawah)





Manakala di Shah Alam sambutan adalah lebih hebat, dengan kehadiran PM.

Malah yang lebih penting dari itu ialah 'tertawan'nya Dataran Reformasi (pernah menjadi tapak perhimpunan era reformasi), malah anak-anak muda Selangor dengan beraninya menukar namanya menjadi Dataran Transformasi.





Dari respons di Kuala Lumpur, Ipoh dan Shah Alam itu, Najib harus menerima hakikat. Petunjuknya ialah kawasan-kawasan kerusi Pakatan Rakyat tersebut bakal diterbalikkan ekoran kebangkitan 'Malaysian Spring'.

Kepada Anwar, sesungguhnya telahan anda adalah betul!

Siapa yang pucat lesi, Najib atau Anwar?

(Gambar di Ipoh dipetik dari blog Kulaan Niring dan di Shah Alam dari blog Darul Ehsan Today).