Friday, March 30, 2012

Dasar Hindraf Manoharan - Bila Bercakap Bukan Main Keletah, Tapi Bila Rakyat Ditimpa Bencana, Jenguk Muka Pun Tidak

Bila bercakap bukan main keletah. Kononnya dialah anti-rasis dan kononnya dialah tokoh memperjuang dan membela nasib orang India. Tapi bila rakyat yang diwakili ditimpa bencana, langsung tak nampak muka.

Inilah dia M. Manoharan pelopor Hindraf dan ADUN Kota Alam Shah yang dimenanginya atas tiket DAP pada PRU12. Malah kemenangan Manoharan ketika PRU12, adalah ketika beliau masih didalam tahanan ISA.

Pagi tadi, dengan kejadian banjir di Jalan Mohd Yamin, Telok Gadong, Klang adalah ujian sebenarnya sebagai wakil rakyat. Rupa-rupanya dia hanya keletah bercakap, tetapi zero dalam kerja.

Bukan Manoharan sahaja, malah MP DAP Klang Charles Santiago pun berperangai sama.

Sebaliknya, yang muncul sebagai hero bagi kawasan itu ialah Ketua UMNO Cawangan Telok Gadong (berjeket kuning), iaitu insan dari parti yang begitu dibenci dan dimusuhi oleh Manoharan.

Sedar dengan bencana yang dialami oleh penduduk-penduduk di Telok Gadong, Haji Alkamal Alifollah yang juga Ketua Cawangan UMNO Telok Gadong, mengambil inisiatif menyediakan khemah sebagai pusat operasi bantuan mangsa-mangsa banjir disitu.

Alkamal dengan bantuan dan sokongan moral dari bekas wakil rakyat Ch'ng Su Chin menyediakan apa yang terdaya bagi mereka untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa-mangsa banjir.

Dengan permulaan wang poket sendiri, sebelum kehadiran team parti Gerakan Klang (diketuai oleh Ch'ng), Alkamal dengan dibantu oleh pasukan Bomba & Penyelamat menyediakan makanan untuk mangsa-mangsa banjir.

Selain Gerakan Klang, antara yang hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Klang dan pegawai dari ICU Jabatan Perdana Menteri. Tiada wakil dari kerajaan negeri, kecuali Pengerusi JKKK yang hanya sekadar datang menjenguk tanpa sebarang bantuan yang dihulur.

Nampaknya, selepas kejadian banjir di Lembah Jaya, Ampang, banjir di Klang juga menjadi bukti kelemahan kerajaan PR Selangor dalam mengurus bencana.

Khalid Ibrahim, tolong nafikan kenyataan ini.



No comments: