Monday, March 26, 2012

Anwar Yang Merelakan Atau Latheefa Koya Yang Gopoh?

Tidak pasti samada Anwar Ibrahim benar-benar merelakan saman terhadap Nalllakarupan, atau firma guaman Latheefa Koya, Tetuan Daim & Gamany yang gopoh hendak menyaman.

Perlu diingat Latheefa ialah Pengarah Biro Guaman PKR Pusat.

Kalau bagi Nalla, cabaran yang dibuat terhadap Anwar sebagai suatu perangkap, maka adakah ini bermakna Anwar dah masuk jerat?

Isu biseksual: Anwar saman RM100j Nalla dan Utusan

26/03/2012 11:39am

KUALA LUMPUR 26 Mac – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta, terhadap Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.

Anwar memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Anwar selaku plaintif, menamakan Nallakaruppan, UMMB dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing selaku defendan pertama hingga ketiga.

Saman itu berhubung artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk: “Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla” bertarikh 20 Mac lalu. – UTUSAN

No comments: