Friday, March 30, 2012

Pelik Tapi Benar - Banjir Hanya Di kawasan DUN DAP

Hujan lebat di Klang sejak awal pagi telah mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di parlimen Klang.

Pelik tapi benar, daripada 3 kawasan DUN, 2 kawasan DAP iaitu Kota Alam Shah (Manoharan) dan Pandamaran (Ronnie Liu) telah dilanda banjir. Sementara kawasan BN Pelabuhan Klang (Badrul Hisham) tidak terjejas.

Gambar di atas diambil selepas subuh di kawasan Kota Alam Shah. Beberapa kawasan, khususnya sekolah-sekolah dilanda banjir teruk. Rakan sekolah anak saya yang telah berada awal di sekolah, telah menelefon dan memberitahu supaya jangan datang ke sekolah.

Sementara itu, di kawasan Pandamaran air turut naik. Kawasan perumahan di atas, tidak pernah banjir sejak dihuni 24 tahun lalu. Mengikut laporan rakan-rakan di Pandamaran, air naik hingga ke paras betis di beberapa tempat.

Yang peliknya, meskipun hujan lebat turun gambar atas yang diambil di kawasan BN Pelabuhan Klang, tidak menunjukkan kenaikan paras air yang luar biasa.

Dalam perkembangan yang sama, air turut naik di kawasan parlimen Kapar dan Kota Raja. Beberapa tempat di DUN Andalas (PKR - Dr Xavier Jayakumar) turut banjir. Begitu juga di Kapar, bila dilaporkan banjir di DUN Selat Klang (PAS - Dr Halimah Ali).

Banjir pun pandai pilih kawasan?

2 comments:

Anonymous said...

Salam bro,

Allah s.w.t. turunkan banjir dalam kawasan DAP@PKR@PAS untuk memudahkan puak-puak PAS "bergambar ketika bersembahyang dalam banjir" untuk
di jadikan bahan propaganda politik kot?

Anonymous said...

Tak ada kene mengena dengan politik.... ini semua ketentuan yang esa..... kalau kawasan UMNO tak kena .... mungkin allah tu nak bagi sedar kut... ialah selama nie orang2 yg berpangkat tinggi tu betul ke caranya dalam melaksanakan hukum kat malaysia nie... renung kan lah yea....