Wednesday, December 19, 2012

Nik Aziz Wajib Bertanggungjawab Bila Janda Tengku Wong Kahwin Dengan Orang Kuat DAP


Tentunya MB Kelantan pening kepala kerana ia bertanggungjawab dalam suatu perkara.

Janda yang ditinggalkan oleh Tengku Wong telah dikahwinkan dengan orang kuat DAP.

Begitulah ibarat sebuah perkahwinanan yang dialami oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang dipaksa menjalankan JV keatas tanahnya seluas 10,526 ekar dengan Upayapadu Plantations Sdn Bhd. yang dimiliki oleh Tengku Wong.

Bila Upayapadu diambilalih oleh oleh sekumpulan peniaga yang turut melibatkan pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, maka jadilah YIK bak janda yang ditinggalkan malah dipaksa pula berkahwin dengan orang kuat DAP. [Baca latarbelakang ceritanya klik SINI].

Berbalik kepada JV YIK - Upayapadu, ia telah termetri semenjak 2006 dan projek mereka telah terbengkalai semenjak 2007.

Sepatutnya bagi projek yang terbengkalai selama 5 tahun, sudah sepatutnya YIK membatalkan  JV berkenaan. Nik Aziz atas kapasiti Pengerusi Lembaga Pengarah YIK boleh bertindak demikian. Sebaliknya, Nik Aziz tidak dapat melihat hal ini. Mungkin beliau duduk mempengerusikan YIK tanpa mengetahu apa-apa pun yang berlaku.

Kelemahan Nik Aziz telah diambil kesempatan oleh orang-orang bawahannya. Apabila DAP meminta bahagian mereka di Kelantan, PAS mula menggelabah. Namun kelicikan PAS  menutup pemberian tanah secara terus kepada DAP, mereka menggunakan formula pengambilalihan Upayapadu yang mempunyai projek terbengkalai melalui JV dengan YIK.

Akhirnya, YIK sebuah yayasan yang bermatlamatkan memaju dan memertabatkan pendidikan Islam dan Arab di Kelantan menjadi mangsa. Maka benarlah kata pepatah, 'keluar mulut buaya masuk ke mulut naga' dan umpama berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

No comments: