Thursday, December 20, 2012

Nasihat Kepada Nik Aziz & Azizan Razak Yang Juga Ada Kaitan Dengan Eli Wong Bukit Lanjan - Jagalah Hutan Simpan Masing-Masing


Bila menasihatkan MB Kedah dan Kelantan supaya menjaga hutan simpan masing-masing, tidak dapat tidak nasihat tersebut turut membabitkan Exco Alam Sekitar Selangor Eli Wong.

Ia bukan nasihat yang berbaur seksis, seperti yang disabitkan kesalahan kepada Adun Batang Kali  Mohd Isa Abu Kasim di sidang DUN Selangor. Sebaliknya ia adalah nasihat ikhlas kepada ketiga-tiga mereka.

Perlu diingatkan, apabila pendedahan oleh Pisau.Net tentang pengambilalihan Upayapadu Plantions Sdn Bhd oleh Ngeh Koo Ham & Nga Kor Ming yang membabitkan pajakan tanah 10,526 ekar di Kelantan, hakikatnya mempunyai agenda yang lebih besar dari itu.

Saya melihat bahawa pengambilalihan itu merupakan perencanaan DAP untuk menjadi Upayapadu sebagai Special Purpose Vehicle (SPV) untuk mengerjakan hutan-hutan simpan di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat.

Mana mungkin SPV yang dicipta oleh DAP ini berhenti setakat berkhalwat dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang dipengerusikan oleh Nik Aziz. Upayapadu sendiri sebelum ini dipandu oleh seorang yang robust dalam industri pembalakan iaitu Tengku Wong. [Kisahnya ada di SINI].

Bak kata pepatah, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan", justeru bila dah menceburkan diri ke bidang tersebut, tentunya pulangan besar yang diimpikan oleh Ngeh & Nga serta rakan kongsi mereka.

Khusus kepada Azizan Razak, cukup-cukuplah dengan penggondolan hutan di Kedah dan jangan relakan pula Upayapadu mengambil kesempatan dari ikatan persabatan anda.

Begitu juga Nik Aziz dan Eli Wong, jagalah hutan simpan masing-masing.

No comments: