Wednesday, December 19, 2012

Isu Selangor : Khalid Ibrahim Hantar Orang Kuatnya Jadi 'Datin Bandaraya' Untuk Halang Kemaraan Azmin



MB Selangor dalam kenyataan medianya hari ini mengumumkan perlantikan Datin Paduka Alinah Ahmad sebagai 'Datin Bandaraya' MBPJ yang baru, berkuatkuasa 1 Januari 2013.


Datin Alinah, disamping menjadi Ketua Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Selangor sebelum ini turut menjadi Pengerusi Jawatankuasa Geran Selangorku yang dikawal terus dari Pejabat MB.

Geran Selangorku bukan sahaja menjadi bahan kecaman BN Selangor, tetapi turut dicemuh oleh kem Azmin Ali dalam PKR Selangor.

Sebelum ini, Faekah Husin yang turut menjadi anggota JK Geran Selangorku sering dikecam oleh juak-juak kem Azmin. Selain Faekah dan Alinah, seorang lagi wanita yang melengkapkan trio 'angels' Khalid Ibrahim, ialah Rohany Talib (pentadbir MBI).

Alinah sebagai Pengerusi JK Geran Selangorku juga tidak begitu disenangi oleh kebanyakan pegawai tinggi di Selangor kerana arahan-arahan bagai SUK.

Oleh yang demikian, perlantikan Alinah lebih menampakkan penyusunan Khalid terhadap pentadbiran Negeri Selangor. Apatah pula jika Alinah kekal sebagai Pengerusi JK Geran Selangorku, maka pasti bakal menghalang kemaraan Azmin.

Tugas pertama yang harus dilaksanakan oleh Alinah ialah memilih mana satu logo rasmi MBPJ. Yang ada tulisan jawi atau yang tak ada tulisan jawi?

1 comment:

Anonymous said...

Kau ni apa juga yg dibuat oleh Khalid Ibrahim tak betul....