Sunday, July 17, 2011

Remaja Kantoi, Secara Tak Sengaja Sertai BERSIH

Ketika berlaku demontrasi BERSIH pada 9 Julai 2011 yang lalu, anak remaja saya menunjukkan mesej dari classmatenya di telefon bimbit yang berbunyi "wei, tolong selamatkan aku. terperangkap di kl sentral".

Rupa-rupanya, rakan anak saya itu telah membuat tindakan bodoh tetap keluar ke pusat bandaraya, walhal telah dinasihatkan supaya tidak keluar pada tarikh tersebut.

Kebetulan, apabila rakan anak saya (bersama seorang lagi temannya) sampai ke KL Sentral melalui perkhidmatan komuter, semua sambungan ke perkhidmatan LRT telah digantung. Mereka mendapati ramai kumpulan peserta BERSIH berada di sana.

Melihat di luar KL Sentral, mereka dapati polis sedang bertindak menyurai perhimpunan dengan semburan air dan gas pemedih mata. Teruja dengan tindakan peserta-peserta demontrasi, mereka secara spontan telah menyertai kumpulan tersebut, termasuk membaling batu ke arah anggota polis yang bertugas.

Namun malang menimpa mereka, ketika seronok membuat tindakan ke arah polis, tanpa menyedari kehadiran anggota polis di belakang, akhirnya mereka berdua telah ditangkap oleh anggota polis berkenaan.

Akhirnya, mereka telah dibawa ke Pulapol dan ditahan untuk seketika.

Tapi, mereka tetap seronok kerana makanan yang dihidangkan di Pulapol begitu menyelerakan.

No comments: