Thursday, July 21, 2011

Kalau Najib Ikut Cakap KJ, Dr Jeyakumar Tetap Bersama Anwar

Imej dipetik dari : House PK

Ini bukan soal generation gap. Tapi ini soal situasi politik.

KJ bukan sembarangan orang, sebaliknya beliau ialah seorang ketua yang memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Bila bercakap tentang pandangan peribadi, dengan sendiri juga membawa maksud bahawa matlamat pandangan juga mungkin bermaksud mencari populariti peribadi.

Kalau KJ bercakap secara profesional, KJ juga harus hormat pada prinsip profesional. Bila mempersoalkan penahanan Dr Jeyakumar, dengan sendiri KJ tidak hormat pada prinsip profesional.

Dalam soal penahanan, ini adalah kerja polis. Siapa kita untuk bertanya kerja polis kerana mereka memikul rahsia-rahsia keselamatan. Begitu juga kepada saya, pastinya tidak berhak untuk bertanya KJ apa yang berlaku dalam mesyuarat MT mahupun Exco Pemuda kerana ianya adalah rahsia didalam parti.

Sebaliknya, KJ dari semasa kesemasa melakukan kesilapan. Memberi pandangan peribadi dengan kedudukan dirinya sebagai Ketua Pemuda yang boleh dibaca dan diketahui oleh semua orang. Walhal, KJ punya saluran untuk menyatakan pendirian dan pandangan.

Atas sebab KJ berjawatan dalam parti, ia memberi kesan kepada parti yang dianggotainya. Isu penahanan Dr Jeyakumar sebenarnya telah digunakan oleh pihak pembangkang sebagai modal politik.

Dengan demikian, adalah tidak wajar KJ bercakap senada dengan pembangkang. Dalam apa keadaan pun Dr Jeyakumar tidak akan mengatakan dirinya bersalah. Malah jika PM sendiri menerima pandangan KJ, saya tidak fikir Dr Jeyakumar akan menyokong KJ apatah lagi PM. Sebaliknya, orang yang pasti disokong beliau ialah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim!

Jadi nasihat kepada KJ, "Dont waste your time".

3 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Nasib baik Najib tak kasi budak itam nie jawatan menteri.

Anonymous said...

KJ memang begitu tab'atnya apalagi dalam kaedaan politik Umno khususnya dan politik Malaysia amnya tidak pedulikannya lagi...hanya saki baki dalam pemuda terutama bironya dan pembangkang yg pemain spin...sebab dia pun bolih spin jua.....

Nasihat saya pada Umno....jangan usik orang desperado ini sebab dia hanya tunggu sebab nak tikam pemimpin Umno bersama tambi tambinya........

Tiba masa Umno menolong MIC untuk mendapatkan calon dari Umno yg begitu ramai dikalangan pemimpin muda untuk menggantikan Allahyarham Tan Sri Sok Ubaidullah yg menyandang Majlis tertinggi MIC mewakili Islam berketurunan India.Agar lebih berkesan dalam memahami Islam olih MIC.Dalam masa yg sama KJ kekurangan panglimanya...

Fikir fikirkan lah

Win win situation & good Intention too

Hperancis

Anonymous said...

Nasib le! Pemuda UMNO dapat seorang Pemimpin macam KJ..No Class. KJ meroyan tu tak dapat satu pun jawatan menteri atau timbalan menteri.