Saturday, September 13, 2014

Rafizi Dedahkan Campurtangan Anwar Supaya Khalid Membayar RM1.851 Bilion


Isu penstrukturan semula industri bekalan air Selangor menyerlahkan lagi bahawa PKR punya kepentingan terhadap transaksi berkenaan.

Sebelum ini Rafizi Ramli mendedahkan keengganan Khalid membayar RM2.25 bilion kepada Splash dan sebaliknya berdegil pada harga tawaran RM250 juta. Baca kenyataan awal Rafizi di bawah:-
"Sudah tentu keputusan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim itu yang dibuat pada akhir tahun 2013 dibantah oleh Splash kerana nilaian pampasan Splash dipotong mendadak sebanyak RM2 bilion sedangkan pampasan Tan Sri Rozalli Ismail dinaikkan RM568 juta.  
Splash memohon untuk bertemu dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa kali untuk membincangkan pertukaran nilaian mendadak ini di antara bulan Oktober 2013 hingga Disember 2013 tetapi tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berniat untuk memberi ruang kepada Splash untuk membincangkan pertukaran nilaian yang diputuskan itu.  
Perkara ini kemudiannya dibawa ke pengetahuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN."
Dalam kenyataan terbaru Rafizi berhubung reaksinya terhadap permetraian Perjanjian Utama penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang dilaporkan oleh Malaysia Chronicle, Pengarah Strategik PKR itu mendakwa Khalid telah bersetuju dengan tawaran terakhir kepada Splash RM1.851 bilion.

Kita melihat bahawa 2 kenyataan Rafizi adalah begitu kontradik, bila kenyataan menyebut sebagai "Khalid tidak melayan Splash", tetapi kenyataan Rafizi hari ini menyebut sebagai "Khalid bersetuju dengan RM1.851 bilion".

Kini timbul persoalan, mungkin berlaku tekanan kepada Khalid oleh Anwar supaya membayar amaun berkenaan kepada Splash.

Apa pun menurut laporan Bernama, Khalid akan memberikan butiran berkenaan pada hari Isnin, yang pastinya Khalid akan mematikan langkah Rafizi dan Anwar.

Baca punca keberangan Rafizi terhadap Khalid di SINI.

3 comments:

Anonymous said...

gelinya tengok muka pondan haprak mangkuk hayun ni aka RR..

Anonymous said...

Bila pondan perasan macam dia pandai sangat, memang huru-haralah akibatnya. Langkah kajang yang "digeruni" oleh semua pihak yang diatur oleh pondan ni yang bergelar pakar strategi PR hanya membawa kerosakan yang tak mungkin dapat dibaiki lagi.

Anonymous said...

Dari awal lagi Langkah Kajang ada kaitan dengan extra cash untuk lipat Sarawak dan bungkus Sabah, gara-gara janji 16 September yang tak menjadi.

Ada yang berpandangan extra cash datang dari SPLASH,

Ada juga berpandangan dari extra CASH milik kerajaan negeri Selangor.

Sebab Khalid urus isu air dan duit kerajaan macam syarikat berwibawa, dia mahu buat jahat macam yang didesak.

Maka Langkah Kajang adalah untuk itu semua...........

INI KALILAH BUANG ANWAR dan PKR...!!!