Saturday, September 13, 2014

Cakap Berdolak Dalik Rafizi Berkenaan Isu RM2.2 Bilion Melibatkan Ketum Anwar Ibrahim


Dalam respons awalnya terhadap MOU Penstrukturan Semula Industri Air Selangor yang ditandatangani pada 26 Februari 2014 lalu, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli menyerang TS Khalid Ibrahim mempertikaikan harga berjumlah RM9.65 bilion untuk transaksi berkenaan.

Bagi Rafizi, ia adalah terlalu tinggi kerana penstrukturan semula tersebut adalah dibiayai oleh Kerajaan Pusat. Antara lain, kenyataan Rafizi menyebut,
"Oleh sebab itulah, harga pampasan dan pembelian yang dibayar kepada pemegang konsesi adalah cukup sensitif kerana ia bersamaan dengan tanggungan hutang baru yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Lebih tinggi harga pampasan dan pembelian itu, maka lebih untunglah pemegang konsesi dan lebih tinggi hutang negara yang ditanggung rakyat"
Namun begitu, nadanya Rafizi amat berbeza ketika membentangkan salah laku Khalid yang dibentangkan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, dengan tujuan mendapatkan persetujuan majlis berkenaan untuk memecat Khalid, Rafizi menghujahkan,
"Sudah tentu keputusan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim itu yang dibuat pada akhir tahun 2013 dibantah oleh Splash kerana nilaian pampasan Splash dipotong mendadak sebanyak RM2 bilion sedangkan pampasan Tan Sri Rozalli Ismail dinaikkan RM568 juta.  
Splash memohon untuk bertemu dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa kali untuk membincangkan pertukaran nilaian mendadak ini di antara bulan Oktober 2013 hingga Disember 2013 tetapi tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berniat untuk memberi ruang kepada Splash untuk membincangkan pertukaran nilaian yang diputuskan itu.  
Perkara ini kemudiannya dibawa ke pengetahuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN."
Kenyataan yang berbeza mengikut suasana ternyata begitu meragukan kita sebagai rakyat biasa, seolah-olah ada hanky panky di pihak kepimpinan tertinggi PKR. Tiba-tiba sahaja Rafizi bertukar watak, dari juara rakyat kepada juara pemegang konsesi.

Bagi Khalid yang sememangnya telah pun menjadi mangsa keadaan membuat suatu keputusan yang amat mengejutkan, apabila memuktamadkan Perjanjian Utama dengan Kerajaan Pusat pada harga RM7.45 bilion, berbanding harga asal RM9.65 bilion.

Supaya anda lebih faham pada isu sebenar, elok anda mengetahui kronologi awal di SINI.

No comments: