Sunday, April 28, 2013

Sindiran Najib Pada Khalid Ibrahim Di Sekolah Tamil Batang Berjuntai - "Dia lari tengah malam untuk bertanding di Pelabuhan Klang. Dia sudah tipu orang Ijok, mahu tipu orang Pelabuhan Klang"

Sebentar tadi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bestari Jaya (dulu dikenali sebagai Batang Berjuntai) dalam kawasan DUN Ijok, PM DS Najib menyindir MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

"Dia lari tengah malam untuk bertanding di Pelabuhan Klang. Dia sudah tipu orang Ijok, mahu tipu orang Pelabuhan Klang," ujar Najib. [laporan penuh baca Utusan]

Pada sebelah malam ini pula, Najib dijadualkan membantu kempen calon BN DUN Pelabuhan Klang Dato' Nasaruddin M. Zin dalam majlis bersama rakyat di Jalan 97, Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang.

Nampaknya, hari ini Najib hambat Khalid dari Ijok hingga ke Pelabuhan Klang.

No comments: