Friday, September 26, 2014
Sudah Ketahap Penghinaan Kepada Ulamak PAS, Hinggakan Lulusan Timur Tengah Pun Tidak Layak Jadi Exco Agama Di Selangor
Malang sungguh PAS apabila lulusan agama pun tidak diiktiraf sebagai berkelayakan untuk ditimbangkan menjadi Exco Agama di Selangor.
Perlu diketahui bahawa antara 4 Exco PAS yang berkhidmat semasa regim Khalid Ibrahim, 3 adalah profesional iaitu Iskandar Samad (Arkitek), Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah (Doktor Perubatan), serta lulusan pengajian Islam universiti Timur Tengah, Sallehen Mukhyi.
Dalam tempoh 6 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, belum ada lagi seorang pun Adun PAS menghabiskan keseluruhan penggal mereka hingga ke tarikh pembubaran dewan.
Dato' Dr Hasan Ali misalnya, hanya dapat bertahan kurang 4 tahun selepas disingkirkan dari PAS diawal 2012 sementara Sallehen pula lebih malang kerana sekadar bertahan kurang setahun setengah, bila digugurkan hari ini.
Mungkin untuk menutup gerakan menghina ulamak dalam Pakatan Rakyat, Dr Halimah turut digugurkan. Dengan pelantikan yang berkurangan satu kepada PAS untuk jawatan exco, Iskandar dan Dr Yunus kekal, tetapi muka baru Zaidy Abdul Talib yang berkelulusan sarjana muda sains (fizik) telah diketengahkan.
Jika portfolio agama kekal diberikan kepada exco dari PAS, bermakna ia bakal disandang oleh yang bukan dari lulusan agama. Atau pun, mungkinkah MB Selangor Azmin Ali sendiri akan mengendalikan portfolio, yang telah pun menunjukkan 'skill'nya bila mengimamkan solat Zohor di kampungya, Kg Klang Gate Baru, sejurus dilantik sebagai MB, Isnin lalu?
Sebenarnya sejak awal September 2013, blog Akar Umbi telah meramalkan nasib Presiden PAS DS Abdul Hadi akan menjadi bagai 'melukut di tepi gantang' (Baca SINI), apabila KeTum PKR DS Anwar Ibrahim memperlihatkan kecenderungannya bukan fokus terhadap tekanan penggulingan Ikhwanul Muslimin di Mesir, sebalik lebih meneladani pertukaran regim di Tunisia.
Pertukaran regim di Tunisia dipelopori oleh An-Nahdah, gerakan Islam yang dipelopori oleh profesional dan cendiakawan yang bukan dari golongan ulamak.
Malah ketika Muktamar PAS Pusat di Johor minggu lalu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagai menyahut seruan Anwar, menyebut betapa keperluan PAS mencontohi kejayaan An-Nahdah di Tunisia dalam ucapan penggulungannya. Kenyataannya itu adalah sebagai jawapan terhadap polemik ' kepimpinan ulamak' yang dibahaskan oleh puak Anwarinas dengan puak pro ulamak, sepanjang muktamar berlangsung.
Anwar bagai menyusun pengguguran 'Islamic Scholar' dari pentadbiran Selangor, apabila awal-awal pagi sebelum pengumuman barisan exco baru diumum, menyiarkan artikel bertajuk 'Political Islam & Post-Islamism Era' tulisan Setia Usaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz di blog peribadi miliknya.
Artikel berkenaan, meskipun menyebut secara umum, namun adalah sukar menolak untuk mengatakan bahawa ia adala seruan kepada PAS supaya beranjak dari kedudukan yang sedia ada, dari bergantung dengan ulamak kepada bergantung kepada profesional yang lebih progresif.
Jelas terbukti akhirnya, pengumuman barisan exco yang dibuat oleh Azmin adalah menepati hasrat dan kehendak Anwar, apabila tidak memasukkan wakil 'golongan ulamak' Sallehin dalam pentadbiran baru di Selangor.
Sesungguhnya tindakan adalah melampau, seolah-olah meletakkan ulamak ke tahap yang paling hina, hingga tidak layak memegang portfolio agama di Selangor.
Walau bagai mana pun ini adalah langkah pertama dan kita bakal melihat langkah-langkah seterusnya, samada dari Anwar, Mat Sabu dan Lim Guan Eng.
Untuk setakat ini, mereka boleh merayakan kejayaan awal mereka, seperti dipaparkan oleh Mat Sabu dan Guan Eng dalam foto atas.
Ujian Pertama Azmin - Sultan Murka Kepada DAP & PKR Tapi Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat
"Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan menteri besar di negeri Selangor dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini (perlantikan MB Selangor)," - Sultan Sharafuddin Idris ShahDalam majlis Angkat Sumpah Jawatan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang menyokong baginda dalam penyelesaian kemelut perlantikan MB Selangor.
Namun baginda kelihatan bernada murka terhadap ahli-ahli poltik, khususnya PKR yang mengelirukan rakyat, malah mempertikaikan kuasa baginda seperti dimetrikan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
Baginda turut kecewa apabila bekas MB TS Khalid Ibrahim ditohmah dengan pelbagai tuduhan, malah berlarutan hingga dalam bulan Ramadhan yang mulia.
Kebetulan, menjelang majlis angkat sumpah petang tadi, saya menyaksikan sendiri Sultan apabila berselisih di Plaza Tol Sg Rasau, yang saya yakin baginda dalam perjalanan ke Istana Shah Alam, Klang.
Kemudian saya berselisih pula dengan MB Selangor Azmin Ali, di Lebuhraya Perseketuan bertentang dengan kampus UiTM, Shah Alam. Bermakna, Azmin dibelakang Sultan.
Dalam keadaan itu, apakah Azmin yang menyambut Sultan, atau Sultan yang menyambut Azmin di istana?
Thursday, September 25, 2014
Mengejutkan Hadi Awang - Azmin Ubah Pendirian, Berkira-kira Nak Kurangkan Anggota Exco PAS
Dalam laporan awal berhubung komposisi perlantikan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, MB Selangor memaklumkan kepada media bahawa ia adalah kekal seperti yang terdahulu iaitu 4 PAS, 3 DAP dan 3 PKR.
Malahan The Malaysian Insider melaporkan, Azmin dipetik sebagai berkata,"Komposisi kekal. Nama yang dikemukakan semuanya diterima Sultan. Tidak ada satu pun yang ditolak."
Namun begitu, bagai ada tekanan kepada Azmin apabila beliau mengubah pendiriannya, lihat bawah:-
Mungkinkah Azmin menerima tekanan kuat dari DAP dan PKR supaya mengurangkan jumlah Exco yang diperuntukkan kepada PAS?
Jika Azmin membuat pindaan cadangan anggota Exco seperti yang telah dipersembahkan kepada Sultan, hal ini bagai sengaja untuk mencetus krisis dengan istana.
Masakan Dapat Selindung Wajah Di Sebalik Lengan, Walhal Memang Berpakat Dengan DAP & PKR Nak Jatuhkan Hadi Awang
Sejurus Azmin Ali menerima sepucuk surat yang memperkenannya sebagai MB Selangor oleh Sultan, DAP melalui Lim Guan Eng terus membuat kenyataan menyokong Azmin dan pada masa yang sama melabelkan 4 Exco PAS yang meneruskan perkhidmatan dalam kerajaan sementara Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.
Maka terkial-kiallah exco-exco berkenaan menjawab, walhal mereka bertindak atas arahan parti, malah sempat juga Sallehin Mukhyi dan Iskandar Samad menempelak kenyataan Guan Eng.
Dalam pada itu dari Guan Eng sendiri dan juga dari kenyataan Anthony Loke, menjelaskan bahawa itu adalah pendirian bersama DAP.
Justeru kenyataan itu adalah mewakili DAP, bermakna kenyataan itu adalah serangan secara langsung terhadap PAS.
Begitu juga dengan 2 kenyataan berturut dari Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin yang mencadang kepada Azmin supaya mengurangkan perutukan jawatan exco kepada PAS dengan alasan kegagalan parti berkenaan menuruti cadangan PKR dan DAP yang hanya mencadang nama tunggal, Wan Azizah Ismail.
Kemudian, dituruti pula tuntutan maaf oleh Zuraida keatas Presiden PAS Hadi Awang terhadap kenyataan-kenyataannya yang memperkecilkan kebolehan Wan Azizah.
Serangan demi serangan yang ditujukan kepada PAS kalau diperhalusi terjemahannya, sebenarnya adalah bentuk tekanan untuk menjatuhkan Hadi dari jawatan yang disandangnya.
Bab perlantikan exco, perlu diakui adalah kuasa Azmin sebagai MB.
Jika Hadi dijatuhkan, maka mudahlah DAP dan PKR merencana perancangan mereka, kerana dalang-dalang mereka dalam PAS telah siap sedia untuk beraksi sekadar menjadi 'pak turut' dalam Pakatan Rakyat.
Bagi Hadi pula, bukanlah sukar untuk mengenal pasti pemimpin-pemimpin PAS yang wala' melebihi kepada Guan Eng dan Anwar Ibrahim berbanding dengannya, sebab mereka ini hanya menyelindung wajah disebalik lengan ketika berbaiah dengan kedua-dua tokoh pembangkang berkenaan.
Wednesday, September 24, 2014
Berhenti Secara Sukarela Adalah Antara Opsyen Buat Azmin, Bila Peguam Mendakwa Ada 'Cacat' Dalam Perlantikannya
Peguam perlembagaan Tommy Thomas mendakwa ada 'cacat' dalam perlantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor, malah menafsirkan ia jelas salah dari sudut perlembagaan, jika merujuk kepada kes United Kingdom, Australia dan India.
Thomas memberi pandangan tersebut di Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia hari ini.
Pandangan Thomas tersebut, dilihat selari dengan resolusi Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPP) berhubung perlantikan Azmin MB dan bukan melantik DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, seperti yang mereka cadangkan, dengan dakwaan ia adalah tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen.
Andai MPP bersetuju dengan kenyataan Thomas, maka Azmin mempuyai 3 opsyen untuk menyelesaikan kebuntuan tersebut;
- Berhenti secara sukarela; atau
- Berdepan dengan 'undi tidak percaya' di sidang DUN Selangor pada November depan; atau
- Mendapatkan endorsement perlantikan melalui 'undi percaya' di sidang DUN.
Kalau PKR benar-benar berprinsip, maka opsyen 1 dan 2 wajar menjadi pilihan. Tetapi kalau muka tak malu, maka lakukan opsyen 3 yang secara langsung mengiktiraf pemilihan Sultan.
Selesai Pastikan Tiada Kamera Tersembunyi Dalam Pejabat MB, Azmin Terima Mesej Arahan Pinda Perlembagaan Hapuskan Kuasa Sultan
Perkara pertama yang menjadikan ketakutan untuk Azmin Ali memulakan tugasan sebagai MB Selangor ialah memastikan tiada kamera tersembunyi di Pejabat MB, seperti yang pernah berlaku kepada TS Khalid Ibrahim.
Tambahan pula gambar Azmin tengah 'aiskrim' yang pernah tersebar dialam siber, sudah cukup untuknya supaya beringat dan berhati-hati.
Malang bagi Azmin, meski pun belum kering dakwat yang ditandangani pada dokumen aku janji terhadap Sultan, beliau telah menerima mesej arahan berikut;
"Saya menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat, terutamanya Azmin Ali, untuk menggunakan peranan baru beliau sebagai Menteri Besar Selangor, untuk memulakan reformasi perlembagaan (meminda kuasa eksekutif Sultan) serta-merta untuk mengelakkan krisis yang lain masa depan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor," - Gooi Hsio Leung (Ahli Parlimen PKR Alor Setar)Hasrat amat mudah dilaksana, memandangkan Pakatan Rakyat mempunyai 43 Adun, yang jumlahnya lebih dari dua per tiga untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
4 Exco PAS Cemas Bila Pecah Lobang Bersekongkol Dengan Khalid Ibrahim Tutup Pejabat Anwar
PAS ternyata tersilap langkah, apabila menjangka Azmin hanya akan mendapat sokongan mereka dan 3 lagi Adun PKR yang akan mengikuti MB Selangor itu.
Dengan tanggapan bahawa Azmin berpaling tadah dari Anwar Ibrahim, dihari terakhir Khalid Ibrahim sebagai MB, 4 Exco PAS (gambar atas) telah terlibat bersekongkol dengan bekas MB berkenaan dalam membuat keputusan menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Kini dengan sokongan padu yang diperolehi Azmin dari Adun-Adun DAP dan PKR, menjadikan kedudukan mereka (sebagai Exco) tidak menentu.
Malam terakhir menjelang majlis angkat sumpah Azmin sebagai MB, DAP dengan lantang melabelkan 4 exco berkenaan sebagai pengkhianat, atas tindakan masih meneruskan khidmat meski pun 6 rakan Exco yang lain telah dipecat.
Tidak mustahil PKR dan DAP akan mula mencari bukti demi bukti yang boleh mensabitkan keempat-empat mereka untuk tidak dilantik semula.
Dari berdepan dengan sindiran dan tohmahan dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, maka jalan terbaik bagi mereka ialah menarik diri dari menyertai kerajaan baru dibawah pentadbiran Azmin.
Apatah lagi semasa Muktamar PAS Pusat minggu lalu, sesama dalam PAS menyindir mereka sebagai 'Orang Kaya Berempat'.
Dari riak-riak yang ditunjukkan oleh PAS Selangor, menunjukkan pengharapan yang amat sangat agar mereka punya wakil dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Jika sebelum ini mereka menjadikan alasan untuk selamatkan kerajaan Pakatan di Selangor untuk kekal bersama kerajaan sementara Khalid Ibrahim, mungkin kali ini mereka akan memberi alasan untuk selamatkan Melayu dan Islam untuk menyertai kerajaan baru Azmin.
Alasan itu sudah pasti digmunakan, memandangkan 15 Adun DAP semuanya bukan Melayu dan bukan beragama Islam, sementara PKR mempunyai 14 Adun tetapi hanya 11 yang berbangsa Melayu/Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)







