Thursday, March 27, 2014

Dulu Nallakarupan Bayar RM15,000 Pada Anwar, Kini Giliran Anwar Bayar RM20,000 Pada Nallakaruppan


Semalam telah berlangsung 2 penghakiman kes yang melibatkan Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, Putra Jaya.

Kes pertama, Anwar telah gagal dalam permohonan semakan terhadap penghakiman bertulis untuk memadam perenggan 'kecenderungan melakukan homoseksual dengan Azizan Abu Bakar', berhubung pembebasan Anwar dari kes liwatnya terhadap Azizan, yang diputuskan 9 tahun lalu.

Kes kedua, Anwar telah diperintahkan oleh mahkamah membayar kos RM20,000 kepada S.Nallakarupan selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Nallakaruppan untuk menempatkan semula pernyataan pembelaannya yang dibatalkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Serentak dengan itu, kes tersebut akan dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.

Sedikit mengenai kes yang kedua,

  • Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta', yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.
  • Pada 19 Jun, 2012, Mahkamah Tinggi membuat penghakiman liabiliti ke atas Nallakaruppan kerana kenyataan fitnahnya terhadap Anwar selepas membenarkan ketua pembangkang itu membatalkan pernyataan pembelaannya (Nallakaruppan). 
Nallakarupan kemudiannya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan, namun gagal malah telah diperintahkan membayar kos RM15,000 kepada Anwar.

Nampaknya seteru (yang dulunya rakan karib) Anwar, Nallakarupan setakat ini untung RM5,000. Sementara dipihak Anwar, beliau akhirnya gagal 2 kes dalam sehari!

No comments: