Wednesday, October 30, 2013

Mujur Dengan Muhyiddin - Kalau Dengan Anwar Pasti Ditanya "You Pemuda Mana?"


TPM TS Muhyiddin Yasin mengambil pendekatan yang amat mudah dan merendah diri. Jika kata-katanya menyinggung perasaan, maka beliau memohon maaf.

Muhyiddin jelas bertindak sebagai gentleman berdepan sendiri rombongan Dewan Pemuda PAS Kedah yang datang menyerahkan sepucuk surat kepadanya berhubung isu 'gula dan Allahyarham TS Azizan'.


Selain Pemuda PAS menerima permohonan maaf Muhyiddin, menurut laporan Utara News isu yang dibangkitkan dianggap selesai apabila anak kelima Azizan, Mohd Rafi'ie, telah menghantar maklumat kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi ini bahawa keluarga Allahyarham telah menerima permohonan maaf yang telah dibuat oleh beliau semalam.

Mujurlah mereka berdepan dengan Muhyiddin, kalau dengan Anwar Ibrahim bagaimana pula gamaknya?

Pasti terpacul dari mulut Anwar, "You pemuda mana?"

No comments: