Monday, October 28, 2013

Bahang Kekalahan - Nasrudin Hassan Umum Lepaskan Jawatan Ketua Pemuda PAS


Bagai sudah terbayang kekalahan dalam pemilihan parti di mata penyandang Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan, lantas beliau telah mengumumkan penarikan diri dari mempertahan jawatan berkenaan.

Berita penarikan diri Nasrudin telah dilaporkan oleh Harakah Daily.

Penarikan diri yang dibuat oleh Nasrudin jelas menunjukkan kegentarannya untuk berdepan saingan sengit dengan 5 calon iaitu Kamaruzzaman Mohammad, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-His, Riduan Mohd Nor, Suhaizan Kaiat dan Zulhazmi Zakaria.

Dengan terbitnya 6 calon untuk jawatan Ketua Pemuda PAS pusat itu, jelas menunjukkan ketidaksepakatan dikalangan pemuda PAS.

Berbeza dengan UMNO yang hanya memerlukan seseorang calon untuk jawatan Ketua Pemuda mengemukakan borang pencalonan masing-masing, sebaliknya PAS masih mengambil kaedah pencalonan dari kawasan-kawasan PAS seluruh negara.

Ini bermakna kawasan-kawasan tidak sekata dalam meletakkan semula Nasrudin di tempat yang disandangnya.

Dari senarai nama-nama calon, hanya seorang iaitu Riduan Mohd Nor yang mempunyai latarbelakang pendidikan Islam. Oleh itu, jika sebelum ini Nasrudin membawa imej 'pemuda sebagai benteng ulamak', kini pemuda PAS sudah terdedah diresapi golongan bukan ulamak.

Untuk rekod, Nasrudin telah kalah teruk dalam pemilihan Naib YDP PAS Kawasan Indera Mahkota September lalu.

No comments: