Monday, April 30, 2012

Projek Azmin Kantoi - PKNS Kerugian RM300,00 Sebulan


Yang kantoi ialah projek Azmin, tapi tak pasal-pasal PKNS yang terpaksa menanggung ketirisan RM300,000 sebulan.


Ceritanya bermula begini. 'Laman PKNS' adalah merupakan projek pembangunan yang mercu tanda baru bandaraya Shah Alam [baca SINI berkenaan projek berkenaan].

Malangnya, projek Laman PKNS tersebut telah terbengkalai (gambar atas) selama 2 bulan, gara-gara kegagalan kontraktor fasa 2 yang tidak cukup wang untuk memulakan kerja pembinaan mercu tanda bandaraya Shah Alam tersebut.

Puncanya, kegagalan kontraktor yang menjadi pilihan Azmin (klik SINI) menyediakan perfomance bond yang dianggarkan bernilai RM7juta. Khabarnya, sebarang kelewatan boleh membawa denda kepada sebanyak RM33,000 sehari, namun ada desas-desus mengatakan kontraktor berkenaan diberikan waiver atas arahan pihak tertentu.

Meskipun di atas kertas mungkin tidak mencatatkan sebarang kerugian kepada PKNS, namun secara kasarnya akan berlaku ketirisan dari kantung PKNS berjumlah RM300,000 sebulan dalam bentuk penyewaan.

Disamping itu, kontraktor berkenaan telah mendapat fasiliti dari anak syarikat kerajaan negeri milik SSIC dalam bentuk bekalan bahan binaan. Setakat ini, difahamkan hutang kontraktor berkenaan telah mencecah RM700,000.

Bukan itu sahaja, desas desus mengatakan bahawa kontraktor berkenaan telah cuba mendapatkan advance dari PKNS.

Lebih teruk, papan tanda projek masih menggunakan papan tanda projek fasa 1, kecuali pada nama kontraktor pembinaan yang ditampal dengan nama "KESUMA MURNI SDN BHD" sebagai ganti kontraktor IC & E Group Sdn Bhd. (Maklumat ini diberikan oleh rakan yang berada di Shah Alam ketika artikel ditulis - gambar asal papantanda boleh dilihat di SINI)

No comments: