Tuesday, January 3, 2012

Ku Li Arahkan Aspan Alias & Arif Sabri Masuk DAP?


Saya melihat kemasukan Apan Alias dan Arif Sabri dua orang bekas bukan semata-mata untuk mengintai peluang demi kepentingan peribadi masing-masing. Malah saya melihat lebih dari itu.

Bagi kebanyakan blogger pembangkang hanya highlight tentang kemasukan Arif Sabri, yang dikatakan bekas ADUN BN di Pahang dan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, iaitu bahagian UMNO yang diketuai oleh PM DS Najib Razak. Oleh yang demikian, mereka spin penyertaan Arif sebagai penghijrahan orang kuat Najib ke parti DAP.

Terus terang saya katakan bahawa saya tidak begitu mengenali Arif, kecuali membaca artikel-artikel yang saya lihat lebih cenderung memihak kepada Ku Li.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui siapa pula Aspan Alias? Aspan sebenarnya merupakan orang yang kuat memuja Ku Li. Beliau merupakan antara ahli jawatan kuasa tertinggi parti Semangat 46.

Bila Semangat 46 dibubarkan dan bergabung dengan UMNO, beliau turut mengikuti Ku Li dan saya pernah nampak kelibat Aspan menjadi perwakilan UMNO Kuala Pilah.

Berdasarkan sejarah politik Aspan dan mungkin juga Sabri, pada hemat saya kemasukan mereka kedalam DAP tidak lain adalah satu rencana halus, untuk meletakkan Ku Li sebagai pengganti Anwar Ibrahim untuk mengetuai Pakatan Rakyat.

Ku Li telah mempersiapkan platformnya melalui Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH), malah fasal 22,perlembagaannya menyebut bahawa fungsi pertubuhan AMANAH boleh dipinda hanya sekadar di mesyuarat Majlis Pusat. [Klik SINI untuk lebih terperinci].

Seperkara lagi, Aspan berkemungkinan besar berdepan dengan musibah dengan penyertaannya ke DAP. [Klik SINI untuk membaca pesanan arwah ibu Aspan]

Sementara itu, pendokong kuat Ku Li di dalam PAS ialah YDP PAS Kawasan Kota Raja Jaafar Shamsudin. Beliau adalah bekas Ketua Semangat 46 Klang dan antara yang aktif dalam Semangat 46 Selangor, disamping Haji Suhaimi Kamarudin suatu ketika dulu.

Kita tunggu penafian dari Ku Li yang beliau tidak terlibat.

No comments: