Saturday, February 12, 2011

PRK DUN Pelabuhan Klang 16 Mac 2011?

Saya pernah menulis tentang "PRK DUN Pelabuhan Klang Hampir Pasti". Kini, petanda-petanda telahan saya semakin kuat untuk menjadi kenyataan.

Khabarnya Setia Usaha Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah merancang program lawatan ke bahagian-bahagian UMNO seluruh Selangor yang sepatutnya bermula di Sabak Bernam. Walau bagaimana pun, telah meminda program dengan menjadikan Klang sebagai destinasi pertamanya.

Perjumpaan tertutup dengan Jawatan Kuasa UMNO Bahagian dan disertai oleh sayap Wanita, Pemuda dan Puteri telah berlangsung jam 3 petang tadi.

Tambahan pula menurut sumber-sumber dan disokong oleh pakar perundangan, bahawa permohonan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah tidak mempunyai peluang untuk menang.

Injunksi sementara yang menghalang SPR dari membincangan kekosongan akan berakhir pada 17 Februari 2011 bersamaan dengan tarikh saman Badrul didengar oleh mahkamah. Dalam pada itu Speaker DUN Selangor telah memfailkan permohonan membatalkan saman Badrul pada 10 Februari 2011 yang lalu.

Khabarnya PRK Pelabuhan Klang mungkin bakal berlangsung pada 16 Mac 2011.

No comments: