Wednesday, November 9, 2011

Ketua Dewan Pemuda PAS Turut Bedal Spesis Haji Anwar & Rafizi

Saya dapat maklumat ada pejuang Human Rights bermati - matian memperjuangkan hak golongan lesbian, gay dan biseksual ini biarpun majoriti penduduk dalam negara ini menganggap ia adalah perbuatan yang keji dan bertentangan dengan fitrah. Mereka perjuangkan atas nama Human Rights kononnya, tetapi anehnya saya tidak pernah pula mendengar golongan pejuang Human Rights memperjuangkan hak penagih dadah untuk mengambil dadah seperlu mereka. Rasanya penagih dadah juga mahu menghisap dadah dengan aman dan tenang tanpa gangguan. mana hak mereka ? kenapa tidak dipertahan dan diperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan dadah ?

dunia - dunia ... meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta ....

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Banglo Haji Anwar Diisytiharkan Kawasan Larangan

Maka bertambahlah lagi seorang insan yang tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman Haji Anwar ekoran pendedahan intim dengan Rafizi Ramli pada pertengahan 1990an.

Bajet Kamikaze Selangor 2012 - Sekarang Sudah Confirmed Khalid Sigaraga Mahu Bagi RM1,000 Pada Anak-Anak Bawah 12 Tahun


Kalau didasarkan pada kenyataan media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Selangorkini confirm Kerajaan Negeri Selangor bakal memberi elaun penjagaan anak RM1,000 setahun setiap anak (bawah 12 tahun) yang pendapatan bulanan keluarga RM1,000.

Umum memang mudah tapi dari segi perlaksanaan pasti sukar. Bagi yang makan gaji dan mempunyai payslip bolehlah dinilai dan dipastian pendapatan bulanan mereka. Akan tetapi, bagi penjual ikan, penjual buah, penjual daging babi yang tidak punya payslip dan penyata pendapatan, bagaimana pula?

Dari sinilah bermulanya ketirisan dan lahirnya kronisme apabila ADUN atau Penyelaras DUN Pakatan Rakyat sendiri yang bakal menentukan kelayakan tersebut.

Apapun, tahniah kepada Tuan Khalid Sigaraga yang bermurah hati mengeluarkan zakat!


Khalid Ibrahim Buat Bajet Kamikaze - Bagi Habuan Pada Para Isteri Elaun Tahunan RM1,000 Untuk Setiap Anak Dibawah 12 Tahun

Benarkah MB Selangor TS Khalid Ibrahim akan memberi RM1,000 setahun bagi setiap anak dibawah umur 12 tahun, melalui pembentangan Bajet Selangor 2012 di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini?

Namun elaun ini hanya layak kepada ibu yang berpendapatan dibawah RM1,000 sebulan. Persoalannya bagaimana pula halnya bagi surirumah yang pendapatan suaminya dibawah RM1,000 sebulan, apakah mereka turut layak?

Cerita ini elaun tahunan bukan saja-saja direka,tetapi dipetik dari media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.

SHAH ALAM, 8 NOVEMBER : Belanjawan Selangor 2012 yang dijadualkan akan dibentang esok dijangka membawa kejutan menarik bagi golongan ibu dan belia di Selangor.

Difahamkan sejumlah yang besar akan diperuntukan bagi membantu menampung kos penjagaan anak oleh isteri yang bekerja. Dasar ini dilihat selari dengan bajet alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan 3 Oktober lalu.

Didalam bajet alternatif tersebut setiap keluarga yang berpendapatan RM1,000 sebulan akan diberi elaun penjagaan anak berjumlah RM1,000 setahun bagi setiap anak berusia 12 tahun ke bawah. [Selangorkini]

Tuesday, November 8, 2011

Ku Li Minta PRU Ditangguh Hingga Keputusan Kes Liwat Haji Anwar?

Apakah Ku Li, Ong Tee Kiat, S. Subramaniam dan Kadir Sheikh Fadzir yang samada masih bergelar YB mahu pun bekas YB menang di kawasan masing-masing dalam suasana pilihanraya yang tidak adil?

Mereka yang kini mempelopori NGO Angkatan Amanah Warisan Merdeka (AMANAH), dalam kenyataannya hari ini, meminta PRU13 diadakan hanya selepas parlimen membentuk satu proses pilihanraya yang bebas dan adil.

Penangguhan PRU yang disyorkan oleh AMANAH adakah juga sehingga Haji Anwar telah dijatuh hukum ke penjara?
A LUMPUR: The next general election should only be held after the Parliamentary Select Committee on electoral reforms completed its work and its recommendations implemented, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) president Tengku Razaleigh Hamzah said today. [NST]

Anak Perempuan Haji Anwar Ibrahim Calon PKR Di Bukit Melawati?

Haji Anwar Ibrahim kini semakin pening, apabila 52 orang pemimpin dan ahli PKR mengidamkan kerusi DUN Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Menariknya juga, sumber dalaman PKR sendiri mendedahkan usaha pemimpin kanan PKR untuk meletakkan anak perempuan sebagai calon di DUN tersebut. Mungkinkah pemimpin kanan yang dimaksudkan ialah Haji Anwar sendiri?

Kemungkinan lain, berita ini sengaja dihebahkan sebagai helah bagi penyandang jawatan Muthiah Maria Pillay untuk kekalkan dicalonkan?

Namun yang pasti ialah ada sesuatu yang tidak kena dalam pemilihan calon-calon PKR di Selangor.

PETALING JAYA: Fifty-two PKR members have indicated their interest in contesting the Bukit Melawati state seat in the next general election.

The rush for the seat started about six months ago after a rumour was circulated within party circles that incumbent assemblyman Muthiah Maria Pillay, 63, would not stand.

Out of the 52 aspirants, it is believed that about 30 have sent formal letters to PKR headquarters offering themselves as candidates.

Party insiders say a senior party leader is also believed to be eyeing the seat for his daughter.

Although Bukit Melawati was regarded as an “Indian seat”, those who had shown interest were from all races, said the party insider.

He said the rumour could have been started to oust Muthiah as some felt that it would be easy to grab his seat as the assemblyman was not the confrontational type.

Muthiah said he had not indicated that he would not be contesting in the next general election.

“But I will not ask for the seat as it is against my principles to demand to contest because I feel it’s the party leadership’s decision,” he said.

Muthiah said there was even talk that he was gravely ill.

“Some people called to ask me if it was true that I was very ill and I jokingly told them that I was already dead,” Muthiah said.

Muthiah, who is an engineer by profession, said he had also not lobbied to contest in the 1995 general election where he won the Pasir Panjang state seat in Lumut under the Barisan Nasional ticket.

“Even then, I never asked to contest but was selected by the MIC,” said Muthiah, who was the MIC Youth chief between 1996 to 1999.

He left the MIC to join PKR in 2006.

Sudah Terbiasa Tidur Dengan Wang Ringgit, Nur Jazlan Mohamed Rahmat Tidak Berminat Lagi Jadi Wakil Rakyat Dan Ketua UMNO Pulai?

Ketika kebanyakan dari kita sudah pun lupa dengan kisah pembatalan bidaan firma China Everbright International Constructions dalam kontrak Bukit Bintang City Center, Pengerusi UDA Holdings Bhd Nur Jazlan Mohamed membuka kembali cerita-cerita yang sudah tertutup.

Sesuatu yang agak janggal juga apabila kenyataan Nur Jazlan dikeluarkan disaat-saat kebanyakan kita sedang bercuti merayakan Aidil Adha. Apakah beliau menuntut pengorbanan dari kita semua, atau beliau sendiri yang rela untuk berkorban atau dikorbankan?

Semalam Utusan melaporkan kenyataan yang berikut:

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Penangguhan projek pembangunan di tapak Penjara Pudu bakal menyebabkan UDA Holdings Bhd. (UDA) terpaksa menanggung pelbagai kos yang kesemuanya berjumlah RM8 juta setahun.

Kos-kos itu termasuk premium tanah, pinjaman dan kadar faedah pinjaman bank yang dibuat bagi membayar premium tanah tersebut.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kos itu terpaksa ditanggung sendiri oleh UDA, ketika keadaan aliran tunai entiti itu semakin 'sesak'.

''Tujuan UDA membangunkan tapak Penjara Pudu bersama-sama sebuah syarikat milik kerajaan negara China sebelum ini bertujuan demi kelangsungan UDA dalam tempoh jangka panjang.

''Dengan cadangan asal itu UDA bakal mendapat aset bernilai RM2 bilion, selain pendapatan tetap sebanyak RM300 juta setahun.

''Tapi cadangan awal itu dibatalkan bagi mematuhi arahan Kementerian Kewangan (MoF), kita akur," katanya ketika ditemui di sini.

Nur Jazlan berkata, MoF telah meminta UDA menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek itu yang dijangka mengambil masa antara lapan bulan hingga setahun.

Katanya, kajian itu perlu dilakukan semula dan tidak boleh mengguna pakai kajian sebelum ini kerana ia memerlukan ketelitian semua aspek bagi membolehkan penyertaan kepada syarikat-syarikat Bumiputera dalam projek tersebut.

''Kami anggarkan kajian semula ini bakal menelan kos RM10 juta, ia juga terpaksa ditanggung UDA,'' katanya.

Beliau mengakui penangguhan projek di tapak Penjara Pudu memberi kesan besar kepada aliran tunai UDA untuk jangka panjang.

''Projek Penjara Pudu adalah kelangsungan UDA pada jangka panjang. Apabila ia terpaksa ditangguhkan maka ia menjejaskan perancangan dan strategi UDA pada masa depan.

''Tetapi, kami tiada pilihan kerana saya percaya keputusan itu diambil atas keprihatinan kerajaan terhadap agenda bumiputera, meskipun 'suara-suara' bantahan mengenai projek Penjara Pudu itu tidak mewakili majoriti bumiputera,'' tegasnya.

Nur Jazlan mengakui UDA berada dalam keadaan tertekan kerana bukan sahaja projek Penjara Pudu terpaksa ditangguhkan tetapi penjualan tanah di Jalan Sultan Ismail turut menerima nasib sama.

Jelas beliau, penjualan tanah itu yang bernilai RM250 juta kepada Nadayu Properties Bhd. dan penjualan Plaza Warisan sebanyak RM120 juta kepada kerajaan untuk melaksanakan projek MRT sebelum ini telah diambil kira sebagai modal kerja UDA bagi jangka sederhana.

''Dengan pembatalan jualan tanah di Jalan Sultan Ismail, UDA kini hanya ada RM120 juta sahaja dan angka ini memang tidak mencukupi untuk modal kerja kami,'' katanya.

Beliau berkata, sungguhpun MoF telah melupuskan kadar faedah hutang-hutangnya tetapi UDA masih tidak memiliki aliran tunai mencukupi, memaksa UDA membuat pinjaman daripada institusi kewangan.

''Bagi saya pelupusan hutang Uda hanya memberi ruang kepada kami untuk bernafas semula tetapi untuk jangka panjang nasib UDA masih sukar.

''UDA bukan tidak boleh mengembalikan kegemilangannya sebagai 'bapa agenda Bumiputera', UDA masih mempunyai potensi untuk diperbaiki dan dimajukan tetapi ia perlu dilakukan dengan agenda Bumiputera yang baharu dan bukan mengekalkan gaya lama,'' katanya.

Bukan sekadar menyatakan tentang pendedahan angka kerugian yang bakal ditanggung oleh UDA Holdings akibat pembatalan, malah Nur Jazlan juga telah memberitahu kepada umum berkenaan berkenaan pembatalan penjualan tanah yang strategik, milik UDA Holdings di Jalan Sultan Ismail.

Dari pengamatan saya terhadap kenyataan media di atas, Nur Jazlan seolah-lah cuba untuk memaklumkan kepada umum tentang perkara-perkara berikut:-

1. Angka-angka kerugian UDA Holdings akibat tertangguhnya projek BBCC
2. Pembatalan urusniaga tanah di Jalan Sultan Ismail dengan Nadayu Properties Bhd (dulu dikenali sebagai Mutiara Goodyear) - Baca [SINI] untuk cerita awal transaksi berkenaan.
3. Pengorbanan UDA Holdings untuk memberi laluan kepada projek MRT, melalui pelupusan Plaza Warisan.
4. Kesukaran UDA Holdings dalam menghadapi hari-hari yang mendatang meskipun pelupusan hutang telah diberikan oleh MOF.

Namun begitu, cuba pula selami betul-betul 2 isu yang dibangkitkan oleh Nur Jazlan yang seolah-olah cuba memberi isyarat dan mesej kepada PM DS Najib Razak:-

1. ''Tetapi, kami tiada pilihan kerana saya percaya keputusan itu diambil atas keprihatinan kerajaan terhadap agenda bumiputera, meskipun 'suara-suara' bantahan mengenai projek Penjara Pudu itu tidak mewakili majoriti bumiputera,''

2. ''UDA bukan tidak boleh mengembalikan kegemilangannya sebagai 'bapa agenda Bumiputera', UDA masih mempunyai potensi untuk diperbaiki dan dimajukan tetapi ia perlu dilakukan dengan agenda Bumiputera yang baharu dan bukan mengekalkan gaya lama,''

Dari kenyataan di atas, jelas Nur Jazlan mempertahankan bahawa keputusan awal yang dibuatnya terhadap UDA Holdings adalah betul. Beliau dengan penuh yakin menganggap suara-suara bantahan mengenai projek Penjara Pudu sebagai TIDAK mewakili majoriti bumiputera. Disamping itu, beliau juga melontarkan idea agenda bumiputera yang baharu tanpa mengekalkan gaya lama.

Apa jua cadangan dan pembaharuan yang cuba diterapkan oleh Nur Jazlan, beliau harus menyedari hakikat bahawa beliau memakai 2 baju, iaitu korporat dan juga politik. Dengan penampilan 2 imej ini, Nur Jazlan harus berhati-hati. Melainkan kalau Nur Jazlan melepaskan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pulai dan turut tidak mahu bertanding dalam sebagai calon wakil rakyat di sana, maka boleh beliau membuat sesuatu pemikiran yang di luar kotak politik.