Wednesday, September 11, 2013
Nga Kor Ming Dapat Perlindungan Nik Aziz Untuk Cetuskan Provokasi Terhadap Melayu
Keakraban tokoh DAP Perak Nga Kor Ming yang pernah dibelengu konroversi pajakan 4,000 hektar tanah milik Yayasan Islam Kelantan dengan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz mempunyai muslihat disebaliknya.
Berbaik-baik dengan Nik Aziz yang tak mengaku Melayu, membolehkan Nga bebas buat provokasi terhadap orang-orang Melayu.
Dalam status FB miliknya (klik SINI), Nga sengaja mencetuskan kontroversi melalui persendaan terhadap UiTM yang berada dalam kedududkan 701+ senarai ranking dunia.
Kalau kedudukan ranking 701+ berkenaan pun sengaja diperbesar dan dikaitkan dengan dasar perkauman, apatah pula agaknya serangan Nga kalau UiTM berada pada ranking 1 dunia?
Pasti Nga akan menyalak keseluruh dunia yang UiTM contoh rasis kerajaan BN kerana hanya memberikan kepada orang Melayu untuk masuk ke universiti No. 1 dunia!
Nga berani mengusik sentimen Melayu hanya kerana dia mendapat perlindungan Nik Aziz yang akrab dengannya.
Tuesday, September 10, 2013
Khalid Samad Jatuhkah Taraf Nik Aziz Ketahap 'Tok Lebai Janggut'
Pendirian Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad yang disebarkan melalui twitter, yang merelakan penggunaan kalimah Allah dengan sendirinya menjatuhkan martabat Mursyidul Am TG Nik Aziz ketahap 'Tok Lebai Janggut'.
Kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak bertarikh 13/1/2013 yang ditandatangani bersama oleh TG Nik Aziz dan Timbalannya Dato' Dr Harun Din berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam antara lain menyebut,
"menterjemahkan perkataan God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ia adalah salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah."
Menyanggah keputusan Majlis Syura Ulamak juga adalah satu perbuatan melanggar disiplin dan Khalid Samad boleh dikenakan tindakan, lantaran kenyataannya itu disamping menjatuhkan kredibiliti majlis malah ia juga boleh mendatangkan mudarat kepada PAS.
Dengarkan pendirian Majlis Ulamak PAS berkenaan isu berkenaan seperti yang dihuraikan oleh Nik Aziz dalam video di bawah:-
Monday, September 9, 2013
Doa Sesalan Nik Aziz Selepas Tidak Lagi Menjadi MB Kelantan
"Saya berdoa dan minta Haji Hadi (Abdul Hadi Awang) yang banyak pengalaman dan ilmu kalau boleh biar dia teruskan jadi Presiden (tetapi) timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan.
"Semua orang Pas ulama, sedikit atau banyak itu (yang membezakan), mana boleh orang Pas jahil, semua orang Pas ulama belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya.
Nik Aziz hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan dalam membuat pertimbangan.
"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan dia kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," - Nik Aziz
Hanya deisebabkan nafsu amarahnya terhadap UMNO maka kesilapan demi kesilapan dilakukan. Gara-gara menjadi UMNO musuh, lantas Nik Aziz terpengaruh dengan doktrin 'Tahaluf Siyasi' yang berikut;
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama.
Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.UMNO dianggap oleh Nik Aziz berfahaman nasionalis dan menolak Islam, lantaran itu dianggap musuh. Tiada sama sekalikah jasa UMNO kepada Islam hingga sanggup dijadikan musuh?
Malahan Nik Aziz dengan amarah yang wujud dalam dirinya terlupa bahawa kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, tidak pula menjadi dominan malah berada pada kedudukan paling rendah berbanding DAP dan PKR.

Sedarkah Nik Aziz betapa kebenciannya terhadap UMNO telah melonjakkan sokongan terhadap DAP yang dari dulu, kini dan selamanya tidak begitu gembiran dengan dominan Islam di negara ini?
Sepanjang tempoh 2008 - 2013, Nik Aziz terpesona dan terlena dengan dendangan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Kalau UMNO dianggap sebagai nasionalis yang bertentangan dengan Islam, apa pula status DAP dan PKR, Islamkah mereka?
Dalam keadaan Nik Aziz yang berada dipenghujung usia, sudah sampainya masanya Nik Aziz menyoal dirinya tentang apa yang telah diredai olehnya benar-benar telah menjujung Islam kekedudukan yang tertinggi.
Barangkali, kekesalan yang bakal dihadapi oleh Nik Aziz ialah atas kegagalannya mengawal Anwar Ibrahim dan Khalid Samad yang beria-ia mengizinkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam terjemahan 'God' dalam Bible berbahasa Melayu.
Lantaran itu, maka siang malam Nik Aziz akan menangis dan menadah tangan berdoa kepada Allah supaya PAS dikembalikan kepada ulamak.
Friday, September 6, 2013
Kejutan Ke2 Dibuat Oleh Noh Omar Dalam Tempoh Seminggu
Dalam tempoh seminggu, 2 kejutan telah dibuat oleh Pengerusi Perhubungan Selangor DS Noh Omar.
Awal minggu ini, Noh telah secara terbuka membuat kenyataan meminta Ketua-Ketua Bahagian di Selangor yang telah gagal memenangkan BN di kawasan masing-masing pada PRU13 yang lalu supaya mengundurkan diri. (Baca SINI)
Kenyataan Noh ini dilihat sebagai amat memeranjatkan kerana perlantikan Noh sebagai Pengerusi Perhubungan difahamkan adalah hasil permintaan dan 15 Ketua Bahagian dalam suatu perjumpaan dengan Presiden UMNO DS Najib Razak.
Sepatutnya sepakat membawa berkat, tetapi kenyataan Noh itu tentunya mengguris hati sebahagian besar Ketua Bahagian yang menyokong perlantikan Noh kejawatan berkenaan.
Semalam Noh membuat kejutan kedua dengan pengumuman untuk tidak mempertahankan jawatan kerusi MT UMNO yang dimenangi dalam pemilihan 2009.
"Berdasarkan senario politik semasa dalam UMNO saya dengan rasa rendah diri telah mengambil satu ketetapan tidak mencalonkan diri dalam pemilihan ahli MT yang akan datang," kata Noh seperti dilaporkan oleh Utusan.
Tidak dapat dipastikan samada keputusan Noh itu punya kaitan dengan kenyataan (meminta Ketua Bahagian yang gagal supaya berundur) awal minggu lalu.
Selain Noh, seorang lain wakil Selangor dalam MT ialah DS Mohd Zin Mohamed. Zin yang sebelum ini ialah Setia Usaha Perhubungan UMNO Selangor, telah dicicirkan terus oleh 'kumpulan 15' dan telah tidak diberikan apa-apa peranan di peringkat perhubungan.
Saya melihat ada sesuatu yang tidak kena melanda UMNO Selangor.
Jika ini berterusan, kemungkinan besar sejarah Pemilihan UMNO 1978 pasti berulang, apabila tiada wakil Selangor yang menang untuk jawatan MT apabila MB Selangor ketika itu, Dato' Hormat Rafie telah tewas dalam pemilihan berkenaan.
Untuk rekod, Hormat menggantikan Dato' Harun Idris MB Selangor, disaat-saat kekuatan politik Harun di Selangor, apatah pula beliau telah dilucutkan jawatan secara kontroversi dikaca mata para penyokongnya. Dengan populariti Harun di Selangor dan nasional yang berada dipuncak berbanding Hormat yang low-profile, lantas agak sukar bagi Hormat untuk menang kerusi MT.
Berpandukan keadaan semasa, adalah sukar untuk mana-mana wakil Selangor mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih ke jawatan MT dalam pemilihan kali ini.
Melainkan Ketua-Ketua Bahagian yang ada kembali untuk bermuafakat dan membina persefahaman, maka itulah jalan terbaik untuk memenangkan wakil-wakil Selangor. Namun begitu, perlu juga disedari bahawa kedudukan Ketua-Ketua Bahagian yang masih berminat mempertahankan jawatan, belum terjamin dengan kedudukan masing-masing.
Satu nasihat untuk Ketua-Ketua mahupun bakal-bakal Ketua, buanglah ego masing-masing dan carilah titik persamaan dan bukannya makin menambah titik perbezaan.Cukuplah dengan 2 kekalahan PRU yang sepatutnya menjadi pengajaran yang amat bermakna.
Thursday, September 5, 2013
Sudahkah Nik Aziz Pulangkan 14 Lot Tanah Kepada Yang Empunya Hak?
Seorang pembaca blog ini telah mengutuskan e-mel kepada saya dengan ajuan persoalan berkenaan 14 lot tanah dengan nilaian jutaan ringgit yang didaftarkan atas nama bekas MB Kelantan TG Nik Aziz Nik Mat.
Sesungguhnya soalan ini sukar untuk dijawab kerana ia adalah diluar pengetahuan saya.
Menjelang PRU13, Presiden Perkasa Dato' Ibrahim Ali tampil dengan pendedahan dan pembuktian pemilikan Nik Aziz melalui carian di Pejabat Tanah.
Keseluruhan pemilikan atas nama Nik Aziz adalah seperti berikut:-
.png)
Dalam menjawab dakwaan Ibrahim, PAS Kelantan menjelaskan lot-lot tanah berkenaan adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Nik Aziz hanyalah pemegang amanah (baca SINI).
Mungkin soalan yang diajukan pembaca blog ini tersebut sekadar untuk tahu akan status terkini tanah berkenaan, memandangkan Nik Aziz bukan lagi MB Kelantan, disamping keuzuran beliau ketika ini.
Khalid Samad Langgar Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS - Tak Setuju Larangan Penggunaan Kalimah Allah Kepada Bukan Islam
MP Shah Alam Khalid Samad terang-terang melanggari keputusan Majlis Surah Ulamak PAS yang bermesyuarat pada 13/1/2013.
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak yng bersidang pada tarikh tersebut telah membuat ketetapan bahawa menterjemahkan perkataan God atau Lord dari mana-mana kita agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ia adalah salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.
Namun begitu, Khalid dalam forum 'Adakah Allah Eksklusif Kepada Islam - Undang-Undang, Iman & Politik' anjuran Mysuara.Net mempertikaikan, disebalik larangan adalah lebih baik mendidik dan memupuk kefahaman tentang pengertian Allah kepada orang-orang Islam, lapor TMI.
Pastinya, pendirian Khalid ini adalah bertentangan dengan keputusan Majlis Ulamak yang ditandatangani oleh 2 Tuan Guru utama PAS, TG Nik Aziz dan Dato' Dr Harun Din seperti di bawah.
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak yng bersidang pada tarikh tersebut telah membuat ketetapan bahawa menterjemahkan perkataan God atau Lord dari mana-mana kita agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ia adalah salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.
Namun begitu, Khalid dalam forum 'Adakah Allah Eksklusif Kepada Islam - Undang-Undang, Iman & Politik' anjuran Mysuara.Net mempertikaikan, disebalik larangan adalah lebih baik mendidik dan memupuk kefahaman tentang pengertian Allah kepada orang-orang Islam, lapor TMI.
Pastinya, pendirian Khalid ini adalah bertentangan dengan keputusan Majlis Ulamak yang ditandatangani oleh 2 Tuan Guru utama PAS, TG Nik Aziz dan Dato' Dr Harun Din seperti di bawah.
Mungkin Khalid menganggap dirinya lebih hebat berbanding 2 tokoh utama Majlis Syura Ulamak PAS tersebut, hinggga sanggup meletakkan dirinya tidak terikat dengan keputusan syura tersebut.
Wednesday, September 4, 2013
Anwar Ibrahim Buat Perancangan Jadikan Hadi Awang Melukut Di Tepi Gantang Untuk Tarik Perhatian Israel
Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim telah menyiarkan artikel tulisan Pengarah Program Israel Institute, Michael Koplow di blog beliau anwaribrahimblog.com.
Artikel tersebut menggunakan tajuk 'First They Came for the Islamists' dan sub-heading 'Egypt’s Tunisian Future'.
Sekilas pandang, tiada apa-apa disebalik penyiaran artikel tersebut, melainkan peranan gerakan Islam dalam pertukaran regim.
Sejarah politik Mesir telah membuktikan betapa peranan gerakan Islam yang besar, khususnya dengan bantuan Ikhwanul Muslimin berjaya menumbangkan kerajaan monarki di Mesir, disamping yang terbaru menurunkan regim Hosni Mobarak.
Hakikatnya Anwar bukan fokus kepada kemelut yang sedang berlaku di Mesir, sebalik berdasarkan sub-heading 'Egypt’s Tunisian Future' dalam artikel di blog Anwar, jelas beliau lebih meneladani pertukaran regim di Tunisia.
Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa gerakan menukar regim di Tunisia adalah ditunjangi oleh kumpulan revolusiner yang dikatakan sebagai 'Islamist-Free'. Kumpulan revolusiner ini adalah terdiri dari golongan intelektual, peguam dan kesatuan sekerja yang berfahaman sekular. (Rujuk SINI)
Justeru, adalah menjadi harapan Anwar supaya dirinya akan mengepalai pertukaran rejim mengikut acuan di Tunisia, agar dirinya mendapat pengiktirafan dan sokongan dari Israel!
Sementara nasib Hadi Awang pula, akan terus bagai melukut di tepi gantang.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.png)






