Monday, August 19, 2013

Penyokong Nik Aziz Temui Cermin Ajaib Dalam Rusuhan Di Mesir


Blog The Unspinners menyimpulkan bahawa pertempuran dan rusuhan di Mesir telah diperbesar dan digembar-gemburkan oleh PAS dan segelintir pemimpin Islam PKR dalam konteks melonjakkan profil perjuangan menegakkan negara Islam ala PAS. [Baca SINI].

Bagai cerita dongeng yang mengisahkan penyokong Nik Aziz di Mesir menemui 'cermin ajaib' yang jika seekor kucing merenung cermin berkenaan, lantas akan kelihatan seperti seekor singa, maka itulah barangkali itulah perumpamaan yang tepat untuk mengibaratkan perjuangan PAS dalam mendaulahkan Kerajaan Islam di Malaysia.

Hakikatnya PAS gagal mengambil iktibar dari apa yang berlaku keatas gerakan Ikhwanul Muslimin, bukan sahaja dalam menjatuhkan Hosni Mobarak dari tampuk pemerintahan, tetapi juga yang berlaku keatas pemimpin Ikhwanul Muslimin Sayyid Qutb.

Perlu diimbas betapa Sayyid Qutb akhirnya dihukum gantung meskipun membantu Gamal Nasser dalam menggulingkan kerajaan monarki Mesir.

Bukan untuk memperkecilkan sumbangan Ikhwanul Muslimin yang telah terasas selama 85 tahun, tetapi apa yang ingin diingatkan betapa harakah Islam berkenaan sekadar dipergunakan untuk menjatuhkan beberapa rejim di Mesir.

Diawal penentangan terhadap Mobarak, telah timbul jangkaan bahawa Ikhwanul Muslimin bakal disisih oleh gerakan pro demokrasi di negara berkenaan.

Kesilapan utama mungkin berpunca dari doktrin Tahaluf Siyasi yang didenifinasikan sebagai,
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.
Sesuatu yang boleh dipertikaikan apabila doktrin ini membolehkan kerjasama dengan gerakan yang pernah atau berpotensi menentang ideologi harakah Islam, meskipun ada 2 pandangan ulamak yang menghukumkan haram dan ada pula yang menghukumkan harus.

Dalam konteks politik Malaysia yang PAS dalam kedudukan yang tidak dominan, adalah sukar bagi PAS untuk mencapai matlamat menegakkan daulah Islam.

Sesungguhnya, ini merupakan pembohongan PAS terhadap ahli-ahlinya dan juga mereka yang cenderung dalam harakah Islam.

Rasanya tidak salah untuk mengibaratkan yang penyokong-penyokong PAS telah menemui cermin ajaib di celah-celah runtuhan bangunan dan mayat bergelimpangan di Mesir!

Khalid Ibrahim Buat Makan Besar Dengan Ketepikan PKNS


Secara peribadinya, adalah menjadi hak bagi MB Selangor TS Khalid Ibrahim untuk mengadakan makan besar dimana jua venue yang disukainya. Apatah lagi bagi orang yang berwang sepertinya.

Dilaporkan oleh Media Selangorku, Khalid telah buat makan besar di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam, sempena majlis perkahwinan anak lelakinya.Malah dilaporkan juga bahawa Tuanku Sultan turut mencemar duli ke majlis berkenaan.

Dalam kegembiraan Khalid menerima menantu baru, beliau terlupa dengannya sebagai Pengerusi PKNS. Khalid bagai sengaja untuk tidak mempromosi, apatah lagi menyokong Shah Alam Convention Centre (SACC) yang merupakan milik penuh perbadanan ekonomi negeri berkenaan.

Barangkali Khalid sedar bahawa SACC yang beliau sendiri menjadi terajunya adalah tidak sehebat SCCC?

Thursday, August 15, 2013

Kerajaan Negeri Selangor Lebih Utamakan Sambutan Tahun Baru Cina Berbanding Hari Raya


Lampu yang bergermelapan seperti gambar atas akan kelihatan di kawasan PBT Klang ketika sambutan Tahun Baru Cina sepanjang pentadbiran kerajaan PR di Selangor.

Khususnya di pekan Pandamaran yang majoriti penduduk dari kalangan berbangsa Cina, kesuluruhan pekan akan dihiasi dengan lampu-lampu di sepanjang jalan pekan berkenaan.

Namun, pemandangan seperti tidak kelihatan sama sekali ketika sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.

Apatah pula Majlis Perbandaran Klang yang bertangung jawab dalam mengurus bandar Klang, tidak prihatin sama sekali untuk menghiasi bandar Klang dalam menyemarakkan sambutan di Bandar Diraja berkenaan.

Jika ada pun, MPK sekadar menggantung replika ketupat dan mendirikan replika pelita di sepanjang Jambatan Kota yang menghubungkan Klang Utara dengan Klang Selatan.

Double standard ini mengundang persepsi bahawa Selangor kini adalah dibawah pemerintahan DAP.

Friday, August 9, 2013

Lelaki Beruban Mirip Mahfuz Omar Hadiri Sambutan Aidil Fitri Tajaan Pengeluar Arak


Gambar di atas dilapor dirakamkan di Alor Setar dan merupakan sambutan Aidil-Fitri anjuran DAP.

Kelakarnya, dalam gambar tersebut turut tampil lelaki beruban dan berpeluk tubuh meniru gaya Pesuruhjaya PAS Kedah Mahfuz Omar.

Seperkara yang menarik tentang majlis sambutan, terpampang banner promosi pengeluar arak.

Sesungguhnya, ini adalah kelemahan 'Tahaluf Siyasi' amalan PAS yang besekongkol denganpersendaan terhadap keraian kemenangan mukmin dan mukminat yang kembali kepada fitrah hakiki setelah sebulan beribadah di bulan Ramadan.

Baca sumber laporan di blog Cucu Tok Selampit.

Wednesday, August 7, 2013

PAS Janji Benarkan Aktiviti Haram Jika BN Tewas PRU 14?


Apakah PAS telah berjanji untuk turut sama seperti DAP untuk menghalalkan aktiviti haram jika BN berjaya ditewaskan dalam PRU14?

Tahaluf siyasi anutan PAS yang membenarkan kerjasama dengan musuh Islam bakal membawa kepada kemusnahan terhadap harakah Islam, meskipun khilaf ulamak menghukumkan sebagai HARAM.

Baca seterusnya pendedahan oleh blog Gelombang Wangsa Maju.

Thursday, August 1, 2013

Tangisan Rosmah Mansor

Foto rakaman MIK

Sempat menonton tangisan isteri PM Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang sebak ketika mendeklamasi sajak nukilan beliau sendiri yang sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri BAKTI kepada Angkatan Tentera Malaysia di Buletin Utama TV3 malam tadi.

Jangan sekali-kali kita memperjudikan keamanan dan kestabilan Malaysia yang tercinta
Kalau kita leka dan berdegil juga nanti buruk padahnya
Anak cucu kita akan merana lalu bertanya, 
Kenapa generasi Datuk dan Nenekku melakukan perkara durjana
Memfitnah, bergaduh dan dengki khianat berlaku... berleluasa
Sehinggakan kami terpaksa mengalami kesan-kesannya

Wahai rakan dan taulan,
Fikirkanlah semasak-masaknya
Jangan kita tersilap langkah
Sehingga negara ditertawakan oleh dunia

Wahai Pahlawanku sekalian,
Teruskan perjuangan
InsyaAllah Anda semua dipandang mulia disisi Tuhan
Dan juga dimata kami yang cintakan keamanan

DPS Rosmah Mansor

Monday, July 29, 2013

5 Oktober 2013 - Penentuan Apa Ahli UMNO Mahu?


Tanggal 5 Oktober 2013 (Sabtu) telah ditetapkan sebagai hari pengundian untuk memilih bukan sahaja memilih kepimpinan UMNO bahagian seluruh negara, tetapi juga bagi memilih saf kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO, termasuk jawatan-jawatan utama seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO.

Dengan pengenalan kaedah pemilihan yang baru, bila jawatan-jawatan tertinggi parti ditentukan oleh para perwakilan di peringkat bahagian, maka 2 faktor yang menjadi penentuan ialah populariti calon dan terjemahan terhadap kehendak ahli akar umbi UMNO di bahagian-bahagian seluruh negara.

Blog Akar Umbi menyimpulkan pertembungan pada 5 Oktober nanti, sebenarnya adalah pertembungan antara idealisme dengan isu.

Persoalannya, yang mana satu yang akan membentuk trend pengundian? Samada idealisme atau isu?