Sunday, November 11, 2012

Isu Selangor : RM18 Dah Bayar Tapi Peparitan Eli Wong Tetap Semak Tak Bertebas


Bagi lot tanah pertanian, selain membayar cukai tanah, pemilik juga membayar cukai parit. Dari bil cukai tanah di atas, cukai tanah berjumlah RM33 dan cukai parit RM18.

Tapi bila melihat parit-parit di Selangor yang tidak diselenggara, timbul persoalan kemanakah jumlah pungutan cukai berkenaan dialihkan oleh rejim Khalid Ibrahim?

Persiaran Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah

Jalan Imam Yusof, Pulau Indah

Perhatikan gambar-gambar di atas (lokasi - Pulau Indah) yang membuktikan parit-parit yang diliputi rumput dan gambar bawah jelas menunjukkan ia terlalu tebal, hingga tidak nampak sama sekali wajah parit yang sebenar.

Maka oleh itu, tidak hairanlah Selangor sering dilanda banjir pada masa ini.

Kalau ya pun Selangor nak berjimat, janganlah sampai menjadi seperti peparitan Eli Wong yang semak tak bertebas!

ADUN PAS Hulu Klang Mundar-Mandir Ditepi Jalan Akibat Hidapi Penyakit Alzheimer


ADUN PAS Hulu Klang Saari Sungib dikesan mundar-mandir di tepi jalan.

Kelihatan bagai beliau telah diserang penyakit penurunan saraf otak atau istilah sainstifiknya adalah ALZHEIMER.

Malah beliau kelihatan turut serta dalam protes penduduk setempat terhadap Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang meluluskan projek pembangunan berhampiran tapak asal 'Tragedi Highland Towers'.


Kesian Saari, sudah terlupa yang Selangor diperintah Pakatan Rakyat dan dirinya adalah sebahagian dari kerajaan.

Atau mungkin ketelusan tidak wujud dalam pentadbiran Pakatan Rakyat, hingga ADUN pun tidak maklum dengan projek-projek di kawasannya?

Saturday, November 10, 2012

Sambil Baring Eli Wong Boleh Dapat RM80,000 Sebulan!


Dato' Dr Hasam Ali dalam kenyataannya yang dipetik oleh portal berita KL Pos mendedahkan gaji anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat adalah diantara RM70,000 - RM80,000 sebulan.
Ini bermakna, hanya sambil baring-baring di ruang tamu rumahnya, Elizabeth Wong mendapat sejumlah yang dinyatakan sebulan.

Kalau pendapatan exco RM80,000 sebulan, memadaikah program 'Jom Shopping' untuk warga emas hanya berbekalkan baucer RM100 seorang?

Friday, November 9, 2012

Pandamaran Banjir Selepas 3 Minggu Dilewati Anwar Ibrahim


Baru sahaja melewati kawasan yang dilanda banjir ini sebentar tadi. Malah, jalan ini pernah dilewati Anwar Ibrahim 3 minggu lepas.

Lokasinya ialah berhampiran kawasan parkir Hypermarket Econsaves, Pandamaran yang pernah menjadi tapak ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim, yang berlansung pada 21 Oktober 2012. [Laporan baca SINI].

Amat jarang jalan ini dilanda banjir.

Kebetulan atau bala?

Husam Tersepuk & Malu Bila Ditegur Nik Aziz Di Sidang Media


Video di bawah menunjukkan betapa malu-malu alahnya Husam bila dengan sekali dehem sahaja, beliau menarik balik dan memperbetulkan kenyetaannya terhadap PM.


Baca selanjutnya di SINI.

Thursday, November 8, 2012

Tergamaknya Rosmah Mansor Bagi Bihun Goreng Takda Telur Pada Mangsa Banjir


Benarkah mangsa-mangsa banjir dihidangkan makanan di atas kepada mangsa-mangsa banjir?

Sebenarnya, itulah dakwaan oleh blog pro pembangkang seperti dinyatakan dalam petikan di bawah.


MB Selangor dah melawat pusat pemindahan banjir? Kalau belum dan bercadang untuk melawat, jangan lupa bawa 2 biji telur.

Barangkali juak-juak pembangkang bangga bahawa mangsa-mangsa banjir di Selangor (negeri ditadbir PR), telah dijamu dengan sate dan makanan yang sedap-sedap.

Video di bawah menjawab persoalan berkenaan.

Klip Video Dangdut Ito Untuk Promo Anwar