Tonton video di bawah dan nilaikan sendiri.
Secara keseluruhannya Ilham telah dipuji oleh Pengerusi SELCAT kerana kebanyakan audit findings telah duly rectified, walau pun sekadar melalui jawapan lisan tanpa dokumen. Cuma bab pembayaran bonus, sesuatu yang terlalu mustahil untuk dikutip semula. Jadi dalam bab ini maka Pengerusi SELCAT akan membuat syor kepada MB Khalid Ibrahim untuk membuat ratification dalam memperbetulkan kesilapan Ilham sebagai Pengerus Besar Yayasan Selangor?
Satu soalan kepada SELCAT - apakah boleh dipercayai pendapat seorang yang telah ternyata banyak dikesan kesalahan pengurusan melalui audit findings? Pada saya Ilham tidak layak untuk membuat serkap jarang terhadap pengurusan yang terdahului, walhal diri sendiri banyak tidak mematuhi peraturan audit.
Kesimpulannya tuduhan serkap jarang ketirisan RM500 juta dalam Yayasan Selangor menjadi penampan kepada diri dari dikenakan tindakan oleh Teng Chang Khim! Siut betul, tegak-tegak rakyat ditipu dalam sessi pendengaran awam.










