Monday, March 5, 2012

Anwar Menyesal Sokong Permit Limo Pada Latif Mirasa


Malas nak ulas panjang-panjang.

Kalau mereka yang berfikiran panjang, Anwar ni pernah punya kuasa. Kalau betul dia jujur, pernahkah dia halang lesen Airport Limo diberikan kepada Ketua UMNO Bahagian didalam Perhubungan UMNO yang dia sendiri menjadi pengerusinya?

Berapa banyak lesen dia dah recommend pada pemandu limo di airport semasa punya kuasa dulu?

RPK Menghentam Lagi - Syakki Loyar-Loyar Kroni Pakatan Dapat Kerja Guaman Melalui Runding Terus Pada Harga Mahal Dari Agensi Kerajaan Negeri Selangor!

Raja Petra Kamaruddin mendakwa kerja-kerja guaman kerajaan negeri dan agensi-agensinya dibolot oleh peguam-peguam yang menjadi kroni kerajaan PR Selangor, bukan pada harga yang murah, melalui 'runding terus'.

Beliau yang menulis di portal Malaysia Today (petikan di bawah), mempersoalkan jika para peguam tersebut merasakan diri mereka bersih, mengapa mereka perlu takut untuk didedahkan umum berkenaa senarai para peguam berserta kerja dan nilai yuran guaman.

Baca sepenuhnya di SINI.

Sunday, March 4, 2012

Husam Bengang Bila Kickdefella Teladani Helah Anwar

Bengang!

Mungkin itu yang timbul disanubari Husam, apabila helah Anwar diteladani oleh Kickdefella dalam saman sivil antara kedua mereka.

Ku Li Tetap Akan Bertanding PRU13 Meskipun Bukan Atas Tiket UMNO?

Ku Li telah mengisytiharkan diri untuk bertanding dalam PRU13.

Walau pun tidak kedengaran pengakuan Ku Li dalam video di bawah, tetapi Antara Pos melaporkan, Ku Li tetap akan bertanding meskipun tidak dipilih oleh pucuk pimpinan UMNO.

Itu tidak menghairankan kerana dipihak Ku Li memang kita maklumi bahawa sedang memperkaya uranium untuk meledakkan bom pada bila-bila masa.

Baca persiapan awal Ku Li jika tidak terpilih melalui UMNO di SINI.

Pahrolrazi Umpama Bughah (Penderhaka) Yang Boleh Dikenakan Hukuman Berat - Tuan Guru Awang Lanai

"Tiada sebab untuk kami menentang pentadbiran Azizan. Saya ingin tegaskan kami bimbang perbuatan dan tindakan mengganggu gugat kerajaan dan parti yg sedang berlaku sekarang ini boleh membawa mereka ke dalam golongan 'Bughah' (penderhaka) yang amat berat hukumannya di sisi Islam" - Tuan Guru Awang Lanai

"Selagi Najib mendirikan solat, dia tak boleh diperangi" - Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

"Tokoh ulama abad ke-7 Hijrah, Imam Nawawi ketika menghuraikan hadis sahih ini meletakkannya di bawah tajuk Bab Wajib Mengengkari pemerintah-pemerintah dalam perkara yang bercanggah dengan syarak dan tidak memerangi mereka selagi mereka solat," katanya Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri (Setiausaha Dewan Ulamak PAS.

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Mempertahankan kerajaan Islam merupakan tanggungjawab beragama dan satu jihad, manakala mereka yang bertindak mengisytiharkan diri keluar dari kerajaan Islam dibimbangi termasuk dalam mati sebagai mati jahiliyyah.


Demikian dijelaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Katanya, kebimbangan mati sebagai mati jahiliyyah itu selaras dengan peringatan Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud; "Sesiapa yang mati sedangkan tiada di tengkuknya sebarang bai'ah (janji setia terhadap pemerintah Islam) maka dia mati sebagai mati jahiliyyah".


Beliau berkata, pemerintah dalam Islam merupakan pengganti kepada Nabi s.a.w. bagi menggalas tugas menegakkan agama dan mentadbir negeri dan negara berlandaskan prinsip dan dasar agama yang menekankan konsep ihsan, keadilan dan kebajikan.

Menurutnya, kerajaan dan pemerintah yang melaksanakan amanah kepimpinan mesti ditaati dan dipertahankan sepertimana firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud; "Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan Ulil Amri di kalangan kamu".

Katanya, oleh itu, ahli-ahli PAS digesa berbai'ah dan mempertahankan kerajaan Islam dan menegur kemungkaran pemerintah sekiranya berlaku dengan hati dan lidah mereka.

"Ia merupakan dua kewajipan beragama yang perlu dilaksanakan oleh umat beriman," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Berasaskan kaedah itu, menurutnya, wakil-wakil rakyat PAS, sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan dasar pemerintahan Islam, tidak boleh mengisytiharkan diri keluar dari kerajaan Islam, tetapi kewajipan mereka membuat teguran dan mengengkari pemerintah sekiranya sabit dan terbukti berlaku kesilapan dan tindakan yang bercanggah dengan syarak.

Katanya, pemerintah yang menyeleweng dan melakukan kesalahan menurut hukum syarak perlu diengkari menggunakan hati dan ditegur menggunakan lidah, tetapi bukannya dengan menentangnya secara bersenjata selagi dia menegakkan solat dan tidak ternyata padanya kekufuran yang nyata.

Hal itu, tegasnya, dijelaskan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Akan ada pemerintah-pemerintah, lalu kamu kenali mereka dan kamu engkari (kesilapannya). Maka sesiapa yang mengengkari (membenci dengan hatinya) dia terlepas dan sesiapa yang mengengkarinya (dengan lidah) maka dia selamat. Tetapi yang redha dan menurut sahaja (dia tidak terlepas dan selamat). Para sahabat bertanya, bolehkah kita memerangi mereka (dengan senjata). Tegas baginda; tidak boleh selagi mereka solat".

"Tokoh ulama abad ke-7 Hijrah, Imam Nawawi ketika menghuraikan hadis sahih ini meletakkannya di bawah tajuk Bab Wajib Mengengkari pemerintah-pemerintah dalam perkara yang bercanggah dengan syarak dan tidak memerangi mereka selagi mereka solat," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri.

Malah, tegas beliau, menegur pemerintah Islam dengan lidah dikira sebagai jihad yang paling afdhal sebagaimana sabda Nabi s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik jihad di sisi Allah kalimah yang benar di sisi pemerintah yang zalim".


''Saya yakin boleh menang' - Pahrolrazi a.k.a Seteru Ustaz Azizan

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Pahrolrazi menyatakan keyakinan bahawa kemenangan akan berpihak kepadanya dalam kemelut PAS Kedah.

Tidak pasti apakah disebalik istilah menang yang dilafazkan.

Baca laporan penuh di SINI.