Wednesday, December 29, 2010

Hassan Ali dan Zahid Hamidi Setuju Perlantikan Khusrin Munawi?


Meskipun Harakahdaily cuba jadi batu api menolak perlantikan Dato' Mohammed Khusrin Haji Munawi sebagai SUK Selangort, namun secara tidak langsung ia menjulang Khusrin sebagai "Hero Baru Selangor".


Sementara kami bekas pelajar sebuah sekolah di Klang, mengalu-alukan perlantikan Khusrin. Salah seorang sahabat menulis di wall FBnya yang berbunyi,

"Makluman untuk semua bekas pelajar2, Insya Allah seorang lagi bekas pelajar akan menjadi YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang Baru menggantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lama ,juga bekas pelajar. Hebat juge sekolah kita nie ye...!"

Sengaja aku pamirkan sebahagian sahaja, takut nanti bekas pelajar sekolah lain kecil hati pula.

Hakikatnya, kami yang pelbagai ideologi asalnya tetap tumpang berbangga diatas perlantikan Khusrin. Mungkin juga tumpang berbangga ialah Dato' Dr Hassan Ali dan Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang juga produk dari sekolah yang sama.

Pakatan Rakyat Janji Isytihar Barang Kawalan Demi Kesejahteraan Rakyat

Ismail Sabri harus peka dengan permasalahan rakyat bukan asyik berkaraoke. Bukan tak boleh bersuka-suka, tapi sebagai public figure hindarilah aktiviti tersebut. Sebaliknya, cuba-cubalah duduk bertenang memikirkan bagaimana nak kawal harga. Petrol naik, gula pun naik. Semuanya berselindung disebalik pelarasan harga.

Tindakan Ismail Sabri seharusnya pro-aktif. Misalnya, bila Malaysia dah belasah Indonesia 3-0 dalam saingan pertama perlawanan akhir Piala AFF Suzuki janganlah asyik dok sembang kat kedai kopi pasal prestasi pasukan kita. Sepatutnya beliau harus terus turun padang dan cepat-cepatlah isytihar barang kawalan pada 3 barang keperluan terkini.

1. Jersi Pasukan Kebangsaan

Jersi Baru Malaysia, naik mendadak. Minggu lepas di Up Town, Shah Alam harga sehelai cuma RM45, tapi hari ni melambung naik ke paras RM65.

2. Laser Pen

Bekalan laser pen juga semakin sukar diperolehi. Desas-desus mengatakan bahawa banyak yang telah diseludup ke Indonesia kerana permintaan yang naik mendadak di sana, khususnya di Jakarta.

3. Ultraman

Sungguh sia-sia bila high-tech yang diperkenal di era pentadbiran Tun Dr Mahathir gagal diteruskan oleh para penggantinya. Contohnya pengeluaran ultraman berkuasa laser. Disaat-saat genting ini usahkan nak beli, sebaliknya pengeluar sendiri lebih berminat untuk eksport ke negara luar, khususnya di Indonesia.

Nanti, jangan salahkan rakyat sebagai tak patriotik kalau pakai baju biasa duduk depan big screen bersama PM di Bintang Walk malam besok.

Lagi satu, jangan ada yang kutuk pasukan muda negara jika tewas kepada Indonesia di saingan kedua perlawanan akhir Piala AFF Suzuki.

Yang peliknya, Pakatan Rakyat dah pun tambah janji ke 11 dalam Buku Jingganya, iaitu isytiharkan barangan kawalan ke atas 3 barangan di atas.

Apa pun kami doakan kejayaan pasukan negara demi memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia.

Tuesday, December 28, 2010

SIRIM Berhad : Kalau Tak Untung, Kembalikan Sebagai Agensi Kerajaan

Khabarnya, SIRIM Berhad yang suatu ketika dulu agensi kerajaan yang kemudiannya dikorporatkan, tidak mendapat sebarang amaun wang ehsan seperti mana dinikmati oleh kakitangan kerajaan mahu pun bonus bagi kakitanagn swasta.

Amat malang meskipun hampir menjangkau 15 tahun dikorporatkan, kakitangan SIRIM hanya menikmati 2 kali sahaja bonus dari majikan mereka.


Pak Menteri malah PM mahupun TPM tolong tengok-tengok SIRIM Berhad ini. Kalau tak untung apa salahnya dikembalikan sebagai agensi kerajaan. Sekurang-kurangnya berhaklah mereka menikmati seperti mana kakitangan kerajaan.

Meleleh air liur kakitangan SIRIM bila mendengar drebar van sekolah yang menjadi kerani banci sambilan, walau hanya untuk beberapa hari pun menerima habuan RM500 seperti dinikmati kakitangan tetap, kontrak dan pesara kerajaan.

Monday, December 27, 2010

Pengarah JAIS - Khusrin Munawi Bakal MB Selangor?

Dato' Mohammed Khusrin Hj Munawi bukan orang politik, sebaliknya beliau ialah seorang pegawai kanan kerajaan. Tetapi bagi PAS mungkin beliau dilihat sebagai pro-UMNO. Atau PAS melihat Khusrin sebagai calon MB Selangor?

Nampaknya, Harakahdaily cuba memburuk-burukkan Khusrin disamping mempengaruhi agar beliau yang telah pun diumumkan sebagai SUK yang baru (berkuatkuasa 1 Januari 2011) oleh KSN tidak akan dilantik ke jawatan tersebut. Pada masa yang sama Pejabat MB dalam satu kenyataan, memaklumkan perlantikan tersebut belum muktamat.

Harakahdaily sepatutnya memahami Enakmen Pentabiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 khususnya Bahagian VII (Masjid). Satu lagi yang amat penting diketahui oleh Harakahdaily, kedudukan Khusrin sebagai Pengarah JAIS, dengan secara automatik berfungsi sebagai Setia Usaha Majlis Agama Islam Negeri Selangor.

Kenyataan Harkahdaily "Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, sistem pemilihan AJK masjid dan surau dibuat secara demokrasi dan pihak yang dipilih anak-anak kariah akan dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor berbanding sebelum ini pemilihan dibuat melalui perlantikan terus bukan pemilihan secara demokrasi." adalah silap sama sekali.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah, masjid mahu pun surau cuma membuat pencalonan kepada MAIS dan dalam konteks ini MAIS mempunyai kuasa mutlak melantik seperti yang diperuntukkan dalam enakmen yang berkenaan.

Sunday, December 26, 2010

Kalau 1Malaysia Politik Lama Dan 'Double Standard', 'PAS For All' Itu Apa?

Kalau 1Malaysia disifatkan oleh Dr Lo'lo sebagai politik lama UMNO dan 'double standard', bagaimana pula dengan 'PAS For All'? Apakah ia lambang penggadaian maruah agama atau lambang kebodohan PAS?

Buku Jingga PR yang PAS turut sama dokongi, lebih banyak ilusi berbanding realiti.

Sedarkah Dr Lo'lo dan seluruh saf kepimpinan, apakah mungkin kebetulan namanya apabila ada 10 perkara yang dijanjikan dalam Buka Jingga sementara 10 essei pula yang tertulis di dalam 'Orange Book'. Bukankah itu menunjukkan kecenderungan?

Nak tanya sekali lagi ni..... Satu kebetulan atau satu suratan?

Bambang Gagal Bantu: Tumpas Angkara Laser


Kemasukan Bambang Pamungkas di 8 minit terakhir gagal membantu Indonesia dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2010. Sebaliknya, mereka tumpas kepada Malaysia 0-3, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gol-gol Malaysia dijaring oleh Safee Sali (2) dan Ashari Shamsudin (1).

Kedua-dua pasukan akan bertembung untuk perlawanan berikutnya di Jakarta, Rabu ini.

Perlawanan hampiran tergendala, angkara gangguan sinaran laser dari penonton.

Tanpa Sedar Nik Aziz & Hadi Awang Diperbodohkan Anwar & Guan Eng

Kalau nak katakan 'diperbodohkan' mungkin terlalu kasar, jadi kita gunakan 'dipermainkan'. Begitulah yang terjadi kepada Nik Aziz, Hadi Awang dan nama-nama besar lain yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka.

Sebenarnya, mereka telah dipermainkan oleh Anwar dan Lim Guan Eng. Mereka tabur janji dalam "Buku Jingga" yang berkiblatkan "Orange Book" yang bukan pun ditulis oleh orang Islam.

Dulu Nik Aziz tak setuju dengan fahaman sosialis tapi sekarang bukan main puji "Buku Jingga" yang meniru buku tulisan para ahli politik Parti Lebiral Demokrat di Britain yang menjadikan 'social liberalism' sebagai asas perjuangan mereka.

Habislah para ustaz-usataz dipermain-mainkan oleh PKR dan DAP!