Saturday, October 4, 2014

Sudah Dijangka Oleh Khalid Ibrahim - Tony Pua Akan Jadi Bahan Lawak Jenaka


“Biarlah politik berperang, biarlah ahli politik berdrama. Lama-lama akan jadi lawak jenaka yang akan dikenang selama-lamanya. Itulah saja pesanan saya,” - Khalid Ibrahim
Mengimbas kembali amanat terakhir TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor (petikan atas) kepada penjawat-penjawat awam Selangor, nampaknya telah membuktikan kebenarannya.

Malang sekali tanpa membuat homework MP DAP Petaling Jaya, Tony Pua menyerlahkan kebodohannya dan menjadi bahan tawa penjawat awam apabila menghaburkan kemarahan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

Menurut laporan Malaysiakini, Pua dilaporkan membuat kenyataan berikut;
"Datin Paduka Alinah Ahmad mesti putuskan sama ada beliau mahu jadi Datuk Bandar demi rakyat petaling jaya atau hanya seorang birokrat yang tidak mengendahkan kepentingan warga bandar. 
"Datuk bandar enggan mematuhi keputusan ahli majlis dan sebaliknya mengeluarkan kenyataan semalam, mendakwa ahli majlis boleh menolak rancangan tempatan namun tiada kuasa untuk membatalkan proses cadangan deraf itu (deraf Rancangan Tempatan Petaling Jaya). 
"Menurutnya, tindakan membatalkan proses itu akan adalah salah di sisi undang-undang kerana dengan sengaja menghalang proses membuat keputusan oleh kerajaan negeri. 
"Hujah ini melucukan kerana ahli majlis adalah badan asal untuk mencadangkan sebarang perubahan ke atas rancangan tempatan untuk diluluskan kerajaan negeri. 
“Jika ahli majlis tiada kuasa untuk meminda deraf mereka sendiri, selain dari kerajaan negeri, siapa lagi yang berkuasa?”
Alinah dalam mempertahankan dirinya menyebut bahawa Majlis Bandaraya Petaling Jaya tidak mempuyai kuasa untuk membatalkan mengikut Seksyen 16 (2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Sebenarnya Pua tersalah tembak, memandangkan perlantikan Alinah sebagai Datuk Bandar adalah legasi daripada pentadbiran Khalid Ibrahim.

Kuasa membatalkan deraf Rancangan Tempatan Petaling Jaya adalah terletak pada Jawatankuasa peringkat negeri yang dipengerusikan oleh MB Azmin Ali.

Maka benarlah kata-kata Khalid berkenaan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat di Selangor, “Biarlah politik berperang, biarlah ahli politik berdrama. Lama-lama akan jadi lawak jenaka yang akan dikenang selama-lamanya".

No comments: