Tuesday, August 26, 2014

Kini Perlantikan MB Selangor Terletak Ditangan Sultan - Redhakah Anwar?


Mengamati kenyataan akhbar Istana Selangor yang boleh dibaca SINI, terdapat 2 perkara yang diberikan penekanan oleh pihak istana, iaitu;

  • Kuasa budi bicara mutlak Sultan dalam perlantikan MB Selangor yang selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959; dan
  • Amalan perlantikan yang sejajar dengan convention terdahulu.
Mengimbas kembali perlantikan-perlantikan terdahulu, berlaku 2 keadaan bila mana cadangan MB Selangor disaring begitu ketat oleh istana.

Pertama, ialah ketika mencari pengganti berikutan perletakan jawatan oleh TS Muhamad Mohd Taib dan yang kedua ialah pengganti kepada TS Abu Hasan Omar.

Apabila Muhamad meletakkan jawatan pada Ogos 1997, perlantikan adalah tidak serta merta. Abu Hasan bukanlah calon yang disebut-sebut sebagai MB kerana beliau mempunyai jawatan dalam kabinet. Telah menjadi cerita umum pada masa itu, pihak istana telah tidak memperkenankan calon-calon yang dikemukakan. 

Selangor tidak mempunyai MB hampir 2 bulan kerana perlantikan Abu Hasan terpaksa melalui PRK kawasan DUN Permatang, bagi membolehkannya dilantik kejawatan berkenaan. Abu Hasan hanya mengangkat sumpah pada Jun 1997.

Sekali lagi berlaku situasi yang sama, apabila Dr Mohd Khir Toyo mengambilalih jawatan MB dari Abu Hasan pada Ogos 2000. Khir dikatakan bukanlah pilihan utama, malah adalah paling junior setelah calon-calon terawal gagal melepasi saringan mengikut kehendak pihak istana.

Meskipun perlantikan-perlantikan tersebut bukan dibuat oleh Sultan Idris, namun baginda telah pun menzahirkan pendiriannya untuk mengikut convention terdahulu.

Tentunya pendirian baginda itu adalah untuk kepentingan Selangor dan seluruh rakya jelatanya.

DAULAT TUANKU!

No comments: