Tuesday, January 7, 2014

Tahniah Kerajaan PAS Kelantan Kerana Berani Robohkan Gereja


Mungkin ramai yang tidak sedar, atau pun telah terlupa dengan keberanian Kerajaan PAS Kelantan merobohkan gereja orang asli di Gua Musang pada tahun 2007.

Perobohan ini kerana kerajaan negeri Kelantan berpendapat bahawa ia dibina secara haram serta tidak mendapat kebenaran dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Dalam mengulas polisi Kerajaan Kelantan terhadap pembinaan gereja, Berita Harian pernah melaporkan,
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri menghalang pembinaan gereja Orang Asli di Hulu Kelantan kerana ia ingin dibina di atas tanah yang tidak dibenarkan.  
Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri menghalang pembinaan rumah ibadat itu adalah berdasarkan kepada peraturan dan perundangan. 
"Gereja Orang Asli ini dibina atas tanah tidak diizinkan oleh kerajaan negeri, kalau buat atas tanah sendiri saya izin, kita ada peraturan dan banyak tokong dibina sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Dalam pada itu, perhatikan pula ketegasan jawapan Setpol kepada Nik Aziz (23/9/2010), dalam menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh penyelaras bagi Centre for Orang Asli Concerns, Colin Nicholas, berhubung arahan pemberhentian pembinaan gereja di Pos Pasik, Kelantan oleh pihak berkuasa negeri;
"Isu utama saya nampak ialah pembinaan tanpa izin pihak berkuasa JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) dan pejabat tanah Gua Musang. 
Pihak orang Asli di Pos Pasik atau pihak gereja kena minta kebenaran membina dulu. Masalahnya buat dulu minta kemudian. Kenapa tak bincang atau mohon lebih awal dan minta pandangan pihak berkuasa terlebih dulu. Di sini timbul soalan, gereja itu dibina atas kehendak siapa? 
Sebenarnya semua urusan tanah di bawah tanggungjawab Ketua Jajahan, maka tidak benar Pos Pasik itu di luar kuasa pejabat jajahan. Cuma ia di luar bidang kuasa majlis daerah memang benar.  
Hak eksklusif orang Asli dalam kawasan penempatannya hanya untuk bercucuk tanam dan tempat tinggal bukan untuk membina apa-apa bangunan termasuk rumah ibadat. Sebab kehidupan nature orang Asli memang tiada rumah ibadat! Keperluan rumah ibadat adalah tertakluk kepada permohonan pihak agama itu sendiri atau kerajaan.  
Apapun, prinsip dan dasar kerajaan negeri adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 3(1) yang memberi hak dan kebebasan semua kaum dan agama mengamalkan cara hidup masing-masing.  
Tetapi di sana ada peraturan lain yang perlu dipatuhi bagi mengamalkan kebebasan itu. Maksudnya kebebasan berasaskan rule of law. Pihak Pastor Moses Soo tu kena bertimbang rasional, tak boleh nak force tak tentu kalu."
Sebaliknya, apa yang berlaku di Selangor, apabila serbuan Jabatan Agama Islam Selangor yang merampas Bible berbahasa Melayu dari pihak gereja, Exco Agama Selangor yang merupakan Adun PAS tidaklah setegas seperti pentadbiran negeri Kelantan.


Exco berkenaan, Sallehin Mukhyi sekadar menjawab,
"Saya tak tahu"
Dalam pada itu, sudah tiba masanya pihak tertinggi gereja mencuba sejauh mana kekuatan mereka di Kelantan, dengan mengadakan upacara keagamaan dalam Bahasa Melayu serta menggunakan kalimah "Allah". Jika Nik Aziz tak melompat, maka selepas ini mereka boleh berbuat apa-apa sahaja tanpa penguatkuasaan undang-undang.

No comments: