Friday, December 14, 2012
Lanskap Politik Baru Malaysia Selepas PRU13 Ditangan Ibrahim Ali?
Khabarnya Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) akan mengadakan Persidangan Tahunan Kali Ke 3 esok di Astaka Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, jam 9 pagi yang bakal dirasmikan oleh Mufti Perak TS Harussani Zakaria.
Meski pun Perkasa bukan parti politik, namun bila dipimpin oleh orang politik iaitu Dato' Ibrahim Ali, kecenderungan pertubuhan tersebut terhadap politik tidak dapat disangkal.
Difahamkan, Perkasa mempunyai keanggotaan seramai 300,000 orang. Secara perbandingan, DAP mempunyai 150,000 anggota. Lantas ini bermakna, Perkasa mempunyai sekali ganda bilangan keanggotaan berbanding DAP.
Jika diukur dari segi keanggotaan tentunya di atas kertas, Perkasa juga mampu mencorakkan lanskap politik negara menjelang PRU 13.
Namun, persoalannya mampukah pertubuhan yang dipimpin oleh Ibrahim Ali melaksanakannya?
Baca kupasan berkenaan persoalan di atas di SINI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment