Isu yang dibangkitkan ialah natijah daripada operasi perlombongan pasir secara berleluasa, yang akhirnya memberi kesan kepada ekosistem, malah menjadi punca banjir di Selangor.
Dalam pada itu, Zin turut mempersoalkan arahan MB Selangor TS Khalid Ibrahim kepada Task Force memberhentikan pemantauan di Kuala Selangor, Puchong, Kuala Langat dan Sepang.
Sekali lagi Zin mengungkit berkenaan sasaran kutipan royalti pasir RM150 juta yang tidak pernah tercapai. Untuk tempoh 2009 - 2011 hanya RM32.5 juta diraih dari sektor tersebut.
Khalid dalam beberapa kenyataannya sebelum ini masih mempertahankan bahawa Kerajaan PR Selangor tidak pernah menjanjikan kutipan sebanyak itu, walhal kenyataan ini tercatat dalam hansard Sidang DUN Selangor bertarikh 23 Oktober 2008.
Sumber : m.s 10 & 11 Hansard Sidang DUN Selangor |
Sebenarnya isu royalti ini boleh dimatikan awal-awal lagi, kalau Khalid mengakui kesilapannya dan meminta maaf dari Zin.
Apa salahnya merendah diri dengan mengatakan, "Maaf Zin. Exco aku bernama Yaakop Sapari tu bodoh. Dia kira royalti berdasarkan metrik tan itu sebab dapat RM150 juta. Sepatutnya royalti dikira menurut meter padu". Anggaran berat 1 meter padu adalah lebih kurang 1.6 - 1.8 metrik tan.
Sebaliknya dari dulu sampai sekarang, Khalid tetap ego malah masih berdolak-dalik dan sering cuba menegakkan benang basah.
Itulah hakikat sebenar yang menjadi kecoh 1Selangor. Puncanya adalah atas kebodohan seorang Exco Kerajaan bernama Yaakob Sapari.
Cuba anda bandingkan dengan kaedah pengiraan mengikut pekeliling Pejabat Tanah & Galian di bawah. Anda sendiri pun boleh nampak kebodohan Yaakob Sapari.
Sumber : Pekeliling PTG |
1 comment:
Adakah budget kerajaan negeri selangor disediakan oleh Exco-Exco. Bukankah disediakan oleh jabatan-jabatan berkaitan. Kalau disediakan oleh jabatan-jabatan berkaitan tidak akan timbul silap perkiraan seperti yang didakwa oleh MB itu.
Post a Comment