Thursday, March 1, 2012

Khalid Samad Buta Geografi - Tak Tahu Kilang Rare Earth Magnet Bukan Terletak Dalam Kawasan Parlimennya?



Sepatutnya MP Shah Alam Khalid Samad, cakap terus terang apabila portal The Mole ingin mendapatkan komen beliau dalam isu pengeluaran rare earth magnet, bahawa kilang Shin-Etsu di Seksyen 26 berkenaan bukan terletak di kawasannya. Sebaliknya, ia terletak di kawasan parlimen Kota Raja yang diwakili oleh Dr Mariah Mahmud.


Samada ia terlalu suka bercakap dengan wartawan, atau tidak tahu sempadan kawasan atau pun terlebih suka mendahului Pesuruhjaya PAS Negeri Dr Rani Osman dalam menjawab segala isu di Selangor?

Jadi dalam hal ini, Dr Mariah pun harus diheret kerana tidak sedar kewujudan kilang berasaskan rare earth di kawasan yang diwakilinya. Selepas ini, maka terkial-kiallah Dr Mariah mencipta data-data pekerja Shin-Etsu yang terkena radioaktif.

No comments: