Monday, December 5, 2011

Aktivis PKR Tiga Suku Bogel Terjatuh Dari Tingkat 1 Dalam Keadaan Lalok?

Sebenarnya laporan BERNAMA berkenaan lelaki yang yang terjatuh dari tingkat satu dalam keadaan hanya berseluar dalam, berlaku di kompleks perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Sekyen 7, Shah Alam. [Laporan berkenaan klik SINI].

Apabila PR mengambilalih pentadbiran selepas PRU12, mereka telah secara angkuh menganggap kompleks perumahan ini membazir dan kononnya akan menjual kompleks perumahan berkenaan. Walhal, adalah lebih baik anggota exco kerajaan negeri dikumpulkan dalam satu kawasan perumahan, sekurang-kurangnya memudahkan MB Khalid Ibrahim memantau tingkah laku exco-exconya.

Kejadian bila lelaki yang cuma berseluar dalam jatuh dari tigkat satu di kompleks berkenaan menimbulkan banyak tandataya dan misteri.

Tajuk perbualan di kedai kopi kini ialah, apakah kompleks perumahan itu berhantu? Ini dikaitkan apabila exco kerajaan negeri PR membuat keputusan tidak mahu tinggal di kompleks perumahan berkenaan.

Tidak kurang juga satu teori yang menarik, mungkinkah lelaki bekenaan dipengaruhi oleh arak atau pun ganja?

Difahamkan, ketika kejadian PR sedang menganjurkan kursus pilihanraya dan para peserta kursus telah ditempatkan di kompleks berkenaan. Kompleks perumahan berkenaan lengkap dengan kolam renang dan dewan, jadi ia adalah sesuai untuk penganjuran kursus anjuran kerajaan negeri.

Kumpulan sasar kursus ialah JKKK Selangor. Sebelum ini, blog ini ada melaporkan bahawa pernah berlaku seorang Pengerusi JKKK di Selangor dicekup polis dalam satu operasi di sebuah pub di Pelabuhan Klang. [Laporan klik SINI]

Telah menjadi buah mulut di kampung bekenaan, selain Pengerusi JKKK mereka 'kaki pub', beliau juga adalah pengguna ganja yang tegar. Oleh yang demikian, maka timbullah teori mengatakan bahawa lelaki yang jatuh tersebut, dalam keadaan lalok lantaran bercampur dengan Pengerusi JKKK yang turut berkursus di tempat yang sama.

Sekadar teori atau pun memang betul?

No comments: