Tuesday, October 25, 2011

Malang Bertimpa-Timpa - Khalid Ibrahim Boleh Jadi Sasau Kalau Tak Tahan Mental

Satu demi satu masalah mendatangi MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Rakyat mula memukul Khalid dengan penjualan Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya [Klik SINI].

Kemudian, rakan-rakan MP Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat begitu kuat bangkitkan kelewatan laporan Ketua Audit Negara untuk edaran kepada para wakil rakyat.

Ingatkan akan mengenakan pentadbiran PM DS Najib Razak, sebaliknya terpalit ke muka Khalid Ibrahim sendiri.

Malang bertimpa-timpa tertempek di kepala Khalid.

Hari ini juga, kes pertikaian sivil Khalid dengan pemiutangnya Bank Islam Malaysia Berhad telah dipulangkan ke Mahkamah Tinggi.

PUTRAJAYA 25 Okt. — Mahkamah Persekutuan hari ini mengembalikan kes pertikaian sivil antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim membuat keputusan itu selepas panel berkenaan menolak untuk menjawab isu-isu perlembagaan kepada mahkamah tertinggi itu untuk memutuskannya.

Hakim Arifin berkata, panel itu berpandangan bahawa sebarang isu perlembagaan yang timbul dalam kes itu tidak akan diputuskan dengan cara merujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Hakim lain yang bersidang dalam panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong. [Bernama/Utusan]

No comments: